May 16, 2024

Bufet Ramadan 2024 – Restoran Rebung, Kuala Lumpur, Harga RM99 Seorang

Bufet Ramadan 2024 - Restoran Rebung, Kuala Lumpur

Anda boleh dapatkan Pakej Bufet Ramadan 2024 – Restoran Rebung, Kuala Lumpur yang berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadan, bermula dari 12 Mac hingga 8 April 2024.

Tahun ini,

Restoran Rebung hadir dengan tema “Ceq Lapaq Nasik lah!” yang menampilkan 5 jenis hidangan nasi yang popular di Malaysia dan jarang ditemui.

Ceq Lapaq Nasik lah! Restoran Rebung Kuala Lumpur
5 jenis hidangan nasi yang popular di Malaysia dan jarang ditemui.

Antaranya Nasi Lemuni, Nasi Daging, Nasi Ikan, Nasi Ulam dan Nasi Kerabu. Setiap jenis hidangan nasi ini, didatangkan dengan set yang merangkumi lauk utama dan lauk sampingan yang dimakan bersama nasi-nasi tersebut.

Di samping itu, hidangan-hidangan lauk pauk lain juga ada disediakan beserta aneka kuih muih dan manisan sebagai pemanis mulut.

Orkes Melayu Rojer

Sambil pelanggan menjamu selera, pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan ghazal dari kumpulan Orkes Melayu Rojer sepanjang Ramadan ini.

Harga Bufet Ramadan 2024 – Restoran Rebung, Kuala Lumpur

Harga Bufet Ramadan 2024 - Restoran Rebung, Kuala Lumpur

Dewasa : RM 99 nett
Kanak-kanak : RM 69 nett (umur 5-12 tahun)

Bayaran boleh dibuat secara tunai, credit card, debit card dan juga e-Perolehan (Agensi Kerajaan).

Terdapat beberapa kemudahan yang terdapat di Restoran Rebung, Kuala Lumpur untuk keselesaan pelangan, antaranya ;

Ruang makan yang mampu menampung kapasiti sehingga 450 orang pada satu masa mengikut keadaan.

Terdapat juga bilik-bilik seperti Orange Room untuk 10-12 orang, Blue Room berkapasiti 15-18 orang, Red Room berkapasiti 60-80 orang, Green Room berkapasiti 90-110 orang, Stage Area berkapasiti 110-130 orang, Yellow Room berkapasiti 45 orang manakala Anjung boleh menampung sehingga 60-80 orang.

Ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa. Terdapat kemudahan Lift dan juga kawasan Restoran yang mesra OKU.

Selain itu, parking kereta awam disediakan sebanyak 460 buah kereta pada kadar RM 4.40 (termasuk 6% sst) sekali masuk.

Sekiranya anda berminat untuk berbuka puasa di sini, anda boleh membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut di :-

Restoran Rebung, Kuala Lumpur
5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin,
Taman Botani Perdana, 50480, Kuala Lumpur.

Waze : Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Tempahan : +6 03 2276 3535

Office : +6 03 2276 2525
Emel : restoranrebungchefismail@gmail.com

Facebook : Restoran Rebung Chef Ismail | Instagram : @rebung_taman_botani | Tiktok : restoranrebung

Perkhidmatan Katering dan Majlis Tertutup di Restoran Rebung, Kuala Lumpur.

Restoran Rebung, Kuala Lumpur juga menyediakan perkhidmatan sewaan bilik dan katering samada di restoran, kediaman anda ataupun di pejabat.

Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa di tempat anda, anda boleh menghubungi pihak Katering Restoran Rebung, Kuala Lumpur untuk membuat tempahan.

Selain itu, bagi mereka yang ingin mengadakan majlis tertutup (private function) samada Majlis Bertunang, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Lahir, Majlis Persaraan, Majlis Berbuka Puasa atau Majlis Rumah Terbuka di Restoran Rebung, anda boleh menghubungi pihak restoran di talian 03-2276 3535/2525 untuk maklumat lanjut.

Manakala untuk tempahan katering, anda boleh menghubungi wakil katering :

  • En Hafiz : 017-778 7895
  • Cik Jannah : 014-508 2996

Bufet Hari Raya (Promosi Bulan Syawal) di Restoran Rebung, Kuala Lumpur

Buffet Hari Raya Restoran Rebung, Kuala Lumpur

Restoran Rebung akan membuat Bufet Hari Raya di mana mereka akan menggabungkan hidangan di Bufet Lunch dan Bufet Dinner beserta tempahan menu sempena hari raya seperti Lemang, Ketupat Palas, Rendang dan lain-lain.

Promosi ini akan berlangsung bermula pada 16 April 2024 (Hari Rayaketujuh) hingga 9 Mei 2024. Promosi ini akan dibuat sebanyak 3 sesi, bermula jam 11 pagi – 2 petang (sesi 1), jam 3 petang – 6 petang (sesi 2) dan jam 7 petang – 10 malam (sesi 3).

Harga adalah RM 79 nett untuk dewasa dan RM 59 nett untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun.

Di sini Bro kongsikan harga asal (luar bulan Ramadan & Syawal) sekiranya anda ingin menikmati bufet di Restoran Rebung, Kuala Lumpur :

  • Bufet Breakfast : Bermula pada jam 8:00 pagi – 10.30 pagi (Sabtu & Ahad)
    Harga : RM 21.20 (Dewasa), RM 18 nett (Kanak-Kanak)
  • Bufet Lunch : Bermula pada jam 11:30 pagi – 4:00 petang. (Setiap hari)
    Harga : RM 50 nett (Dewasa), RM 35 nett (Kanak-Kanak)
  • Bufet Dinner : Bermula pada jam 6:30 Petang – 10:00 Malam (Setiap hari)
    Harga : RM 70 nett (Dewasa), RM 50 nett (Kanak-Kanak)

Pemberitahuan : Cawangan ke-2 Restoran Rebung di Putrajaya secara rasminya akan mula beroperasi pada 1 Mac 2024. Restoran ini bertempat di Taman Seri Empangan, Lebuh Gemilang, Presint 5, menghadap tasik.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *