Kesejukan waktu petang selepas hujan. Menemani puan isteri jalan shopping pepetang disekitar pekan Parit Raja.
Dalam mood kemalasan, puan isteri mengumpan untuk belanja ayam goreng di gerai yang paling dia minat sewaktu kecil. Tak sangka, Bro ternampak menu bubur ayam di gerai tersebut.
Bubur ayam?
Macam best je, macam sedap je perkena time-time sejuk selepas hujan di waktu petang.
Pujuk puan isteri nak lepak di gerai perkena bubur ayam. Macam menarik je, macam romantik je he…23x RM4 semangkuk, plan nak perkena semangkuk dan kongsikan dengan puan isteri (bajet romantik la tue).
Tau-tau puan isteri beli 2 mangkuk.
Bila rasa, baru terasa memang patut puan isteri beli 2 mangkuk. Sedap…
Bro nampak pekerja di gerai tersebut busy membungkus bubur ayam berbanding ayam goreng.
Baru 5 minit Bro menikmati, anak peniaga di gerai itu berkata “maaf bang, bubur ayam dah habis. Kena tunggu 5 minit baru siap”
Perhhhhhh…!! Laku siot bubur ayam dia hari ini. Memang murah rezeki.
Tetapi RM4 tue terasa mahal la pulak (dah nak dekat sama dengan bubur ayam McD) Tetapi bila nampak isi didalamnya termasuk telur masin + lobak masin + sambal ikan bilis. Memang harga RM4 itu berbaloi-baloi.
Harap ada rezeki, boleh singgah lagi ke gerai ini.
** Maaf, lupa ambil gambar gerai ini.
Sedap pula tgok bubur ni… Haih lama xmakan. Bila sakit teruk je reti telan bubur. Hahaha…
Selamat time tue reti telan bubur.. Kalau tidak?
Orang Parit Raja ke?
Puan Isteri orang sana
Masih ada lagi bubur kat parit raja tu, dah lama tak makan kat sana. Memang sedap.
Masih ada lagi, tempoh hari ke sana untuk menikmatinya. Lepas tue, asik mintak puan isteri masakan bubur hari2 :)
Nampak menyelerakan bubur ayam tu :-)
Alhamdulillah, memang menyelerakan bila dimakan time kedinginan hujan :)
nampak sedap! kalaulah parit raja ni sebelah rumah, sekarang jugak saya pergi beli
He..23x hari nie tutup… :)
Kalau ke MCD pasti akan beli cumanya tak ada telur masin dan lobak masin.
Itu bezanya ia dengan McD punye he…23x Cer kalau McD ada telur masin, apa jadi?
sedap pulak tengok.lapar nya tengok
Jom buat bubur… mudah je…
nampak sedap betul …nyum3…terliuq dah air liuq cheq
Lap air liur tue cepat. sebelum mengalir masuk dalam mangkuk bubur nie
assalamualaikum bro…lama dah x singgah sini…nampak sedap jer bubur tu…:)
Nanti singgah la Parit Raja perkena ek
Nampak sedap pulak bubur ayam tu bro…harga tu kira ok la tu…kat McD mana ada telur masin kan bro…hee
Kat mana gerai jual bubur ayam ni? dulu study kat UTHM asyik makan bakso & soto je