December 3, 2024

Gabungan Sempurna ‘Cheesy Garlic Sensation’, Hanya di Marrybrown

Cheesy Garlic Sensation

Ada menu baru dekat Marrybrown SEKARANG!!

Jom nikmati ”Cheesy Garlic Sensation” gabungan sempurna keju dan bawang putih khas untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia dari Marrybrown.

Terkenal sebagai restoran yang sentiasa menyediakan “sesuatu yang berbeza”, kali ini, Marrybrown menghidangkan pelbagai pilihan yang menyelerakan.

Menu baharu ini menghidangkan pilihan menambat selera termasuk :

  • Double Cheesy Garlic Chicken Burger,
  • Cheesy Garlic Chicken,
  • Cheesy Garlic Chicken Meatballs,
  • Triple Cheesy Bowl,
  • Jejari Keju, dan
  • Pai Mangga.

Cheesy Garlic Chicken Meatballs

Menu baharu ini didatangkan dengan pembuka selera, Cheesy Garlic Chicken Meatballs, yang pasti akan memikat cita rasa anda.

Bebola daging ayam keju yang dilimpahi dengan kuah pekat yang menyelerakan, bersama sos bawang putih untuk gabungan sensasi yang sempurna!

Penggemar MB boleh menikmati hidangan ini dalam bentuk kombo yang dihidangkan bersama Coca-Cola, harga bermula dari RM21.99.

Triple Cheesy Bowl

Bagi penggemar keju, hidangan Triple Cheesy Bowl dengan harga bermula dari RM17.50 boleh juga dijadikan pilihan!

Hidangan ini digabungkan dengan kentang lenyek, jejari keju, dan bebola daging, yang dilimpahi dengan kuah pekat, keju dan sos bawang putih.

Bagi penggemar yang inginkan hidangan yang mengenyangkan, pilihlah kombo Double Cheesy Garlic Chicken Burger yang disempurkan dengan patty ayam bersama dengan dua jejari keju mozarela yang digoreng rangup dan dilimpahi dengan sos bawang putih, harga bermula dari RM22.99.

Bagi mereka yang menginginkan kelainan, nikmatilah Kombo 2-pc Cheesy Garlic Chicken yang didatangkan dengan Ayam Rangup MB yang bersalut keju dan sos bawang putih, harga bermula dari RM23.99.

Bagi mereka yang inginkan pilihan lengkap, nikmatilah Cheesy Garlic Chicken Box Meal yang didatangkan dengan 1 ketul Cheesy Garlic Chicken dan Double Cheesy Garlic Chicken Burger, harga bermula dari RM27.50.

Hidangan kombo ini disediakan dengan kentang goreng dan Coca-Cola.

Marrybrown Cheesy Garlic Sensation

Sempurnakan hidangan anda dengan Pai Mangga MB! Dapatkan pencuci mulut istimewa ini pada harga tambahan RM4.50 apabila memesan mana-mana hidangan kombo.

Bagi penggemar keju, nikmati 3 Jejari Keju hanya dengan harga tambahan RM7.90.

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Aplikasi MB, promosi, dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *