Kelab Ragbi terulung di Malaysia, COBRA telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah bersempena Kejohanan COBRA 10s 2023 Edisi Ke-50.
Kejohonan berprestij ragbi ini bakal berlangsung pada 11 dan 12 November di Padang Astaka, Petaling Jaya, ianya terbuka untuk orang ramai terutamanya peminat Sukan Ragbi di Malaysia untuk datang menyaksikan kejohanan ini.
Untuk pengetahuan anda,
COBRA telah ditubuhkan pada 8 Jun 1967. Pada mulanya terdiri daripada pemain ragbi tempatan, yang tidak dapat menyertai mana-mana kelab sosial yang wujud ketika itu. Kini, nama COBRA telah berkembang dan menjadi kuasa besar ragbi tanah air.
Penganjuran acara tahunan COBRA Rugby 10s, merupakan kejohanan yang sangat dinanti-nantikan oleh pasukan tempatan mahupun pasukan dari luar negara.
Bagi menyokong objektif untuk mempopularkan format 10 terutamanya dalam kalangan wanita, kejohanan tahun ini turut disertai oleh pasukan wanita.
Selain itu, COBRA juga akan menganjurkan Mini 10s pada 9 Disember 2023 di tempat yang sama.
Kejohanan Ragbi COBRA 10s 2023 Edisi Ke-50
Kelab Ragbi COBRA turut mengadakan majlis bagi mengumumkan Kejohanan Ragbi COBRA 10s 2023 Edisi Ke-50 dan juga mengiktiraf penaja kejohanan tersebut.
Kejohanan ini akan melibatkan sejumlah 9 pasukan, termasuk 8 pasukan teratas yang mewakili Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Fiji dan Papua New Guinea termasuk beberapa pasukan baharu beraksi.
Perlawanan 10 sebelah akan dimainkan mengikut undang-undang kecil Ragbi Dunia dengan variasi permainan sepuluh sebelah seperti yang diterima pakai oleh Ragbi Malaysia (MR).
Kelab Ragbi COBRA, sekali lagi, sangat bernasib baik kerana mendapat tajaan korporat bagi membolehkan mereka menjadi tuan rumah kejohanan berprestij pada tahun ini.
IJM Corporation Berhad telah menjadi penyokong setia Kelab serta Penaja Utama COBRA 10s selama lebih 20 tahun. Mereka telah memainkan peranan penting dalam memastikan Kelab dapat menjadi tuan rumah 10s setiap tahun.
Di sini disertakan senarai beberapa kelab yang akan bertanding :
- PORT MORESBY HARLEQUINS (PAPUA NEW GUINEA)
- CASUARINA COUGARS (AUSTRALIA)
- DAVETA RUGBY (FIJI)
- GLOBAL LIONS (NEW ZEALAND)
- PAKURANGA UNITED RUGBY CLUB (NEW ZEALAND)
- PALMERSTON NORTH BOYS’ HIGH SCHOOL (NEW ZEALAND)
- NTK (SOUTH AFRICA)
- WEST COAST SHARKS (SOUTH AFRICA)
- COBRA (MALAYSIA)
Manakala 4 pasukan ragbi wanita yang akan mengambil bahagian pula :
- WOLVES RFC (SINGAPORE)
- DINGOES RC (MALAYSIA)
- BEDOK KINGS (SINGAPORE)
- COBRA VENOM (MALAYSIA)
Jom sama-sama kita memeriahkan Kejohanan Ragbi COBRA 10s 2023 Edisi Ke-50 yang akan berlangsung di Padang Astaka, Petaling Jaya pada 11 dan 12 November ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai COBRA 10s dan jadual perlawanan, anda boleh layari laman rasmi http://www.cobrarugby.com