January 18, 2022

YES Lancar Perkhidmatan 5G Pertama Di Malaysia

Yes First 5G
YTL Communications mengumumkan pada bahawa perkhidmatan telekomunikasi YES akan melancarkan perkhidmatan 5G ke pasaran terpilih di Lembah Klang, menjadikannya telco pertama di Malaysia untuk berbuat sedemikian.

Pengumuman ini dibuat susulan daripada pelancaran perkhidmatan 5G Malaysia oleh Digital Nasional Berhad [DNB] pada hari Ini.

Pelan YES #FirstTo5G

Sehubungan dengan pelancaran 5G di Malaysia, YES akan melancarkan pelan istimewa YES #FirstTo5G yang merangkumi akses 5G tanpa had sehingga 1 April 2022.

Pelanggan yang mendaftar untuk mana-mana pelan berkenaan boleh dapatkan pengalaman teknologi mudah alih generasi kelima yang terkini, yang menawarkan kelajuan lebih tinggi, rangkaian yang lebih terjamin, latensi rendah, dan kapasiti rangkaian lebih besar bersama dengan telefon mudah alih 5G.

Dengan 5G, pelanggan boleh menikmati kelajuan muat turn, melayari laman web, dan penstriman video yang lebih pantas.

Cara mendaftar:

  • Pelanggan perlu mendaftar untuk Pelan YES FT5G di laman web ww.yes.my/FT5G, dari Pengedar Sah atau dari 163 outlet MyNews di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.
  • Jika pelanggan mempunyai telefon yang menyokong 5G, aktifkan kad SIM melalui aplikasi MyYes (App Store/Google Play) dan masukkan SIM ke dalam telefon untuk dapatkan pengalaman 5G. Jika berada di luar kawasan 5G, rangkaian 4G LTE YES akan
    digunakan.

Jika pelanggan tidak mempunyai telefon yang menyokong 5G, mereka boleh daftar untuk mana-mana pakej YES FT5G 99 Postpaid Bundle melalui kedai dalam talian YES' untuk menikmati telefon PERCUMA atau disubsidi yang akan dihantar terus
ke rumah mereka.

Rangkaian 5G buat masa sekarang merangkumi Putrajaya, Cyberjaya, dan beberapa bahagian Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Ia dijangka untuk dikembangkan ke seluruh Lembah Klang pada akhir tahun 2022.

Kini, YES sedang bekerjasama dengan gergasi dunia teknologi global dari pelbagai industri untuk membawa inovasi kelas dunia ke Malaysia, termasuklah Cloudminds, Zoom, Tencent, Lenovo, dan Qualcomm. Melalui perkongsian ini, YES bertujuan untuk membangunkan dan menyediakan penyelesaian 5G termaju di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan yang ditawarkan dan pengalaman kuasa 5G, sila layari www.yes.my/FT5G.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *