January 18, 2022

Pembukaan Semula OGAWA Concept Store di Mid Valley Megamall

Grand Opening OGAWA Concept Store
Tahniah diucapkan kepada OGAWA Malaysia atas pembukaan semula OGAWA Concept Store di Mid Valley Megamall.

Tinggal beberapa hari sahaja sebelum kita melangkah ke tahun 2022.

2022 memberi lembaran baharu untuk OGAWA Malaysia dengan memberi pengalaman baharu kepada pengguna dengan memperkenalkan teknologi hybrid pintar untuk mempertingkatkan mutu kesihatan dan pengalaman gaya hidup yang sangat menarik kepada orang sekeliling.

Dengan adanya OGAWA Concept Store ini, ia membuka lebaran baru bagi pengguna untuk menjalani kehidupan baru melalui pengalaman fizikal yang ditawarkan di sini dengan lebih mudah.

OGAWA Concept Store Mid Valley Megamall

OGAWA Concept Store menawarkan pilihan teknologi, inovasi, kehidupan global dan tawaran pengalaman terbaik yang sesuai dengan khalayak sasaran abad moden.

Daripada estetika dalaman kedai kepada identiti jenama logo yang dipertingkatkan, OGAWA Concept Store menandakan satu lagi babak transformasi yang mengintegrasikan kedua-dua kehidupan pintar dan pengalaman runcit fizikal yang memberikan “Smart Living” yang mengasyikkan dengan cara yang mudah.

Kini pelangan berpeluang merasai pengalaman sendiri menggunakan pelbagai produk OGAWA yang ditawarkan ketika mengunjungi kedai ini.

Grand Opening OGAWA Concept Store Mid Valley

Paling menarik pelanggan juga boleh merasai keunggulan produk OGAWA, Master Drive AI 2.0 yang dibina dengan sehingga 5,184 kombinasi urutan untuk menyediakan penyelesaian kesihatan yang luas, menampilkan Kecerdasan Buatan (AI) termaju termasuk pengecaman muka, Penjejak Kesihatan dan Pengimbas™, dan Automatik Berkuasa AI.

Sempena pembukaan semula, OGAWA menawarkan tawaran istimewa semperna Hari Krismas, dimana pengguna berpeluang menikmati potongan harga sehingga 50%, dengan pelan 0% sehingga 68 bulan. Hanya di cawangan OGAWA.

Untuk maklumat lanjut mengenai OGAWA Concept Stor, anda boleh layari www.ogawaworld.net

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *