Tahniah diucapkan kepada pasukan Jerman atas kejayaan memenangi World Cup 2014 selepas menewaskan Argentina 1-0.
Dan kejayaan ini dapat Bro raikan bersama rakan-rakan yang turut serta menonton Final World Cup 2014 di Tropicana Golf and Country Resort yang dianjurkan oleh Domino’s Pizza Malaysia.
Memang meriah bila ianya turut dihadiri oleh 100 orang pemenang bertuah dimana mereka juga turut dijemput untuk menyaksikan perlawanan akhir ini.
Eh.. Bro dan puan isteri Sokong Jerman he..23x
Nampak tak semangatnya disana.
Ikut hati nak dia conteng satu muka. Tapi sikit-sikit udah la. Orang lain pun nak juga.
Peminat bola sepak yang bertuah dipilih dari 5 orang pemenang pertama Domino’s Kickoff Online Contest, yang telah berlangsung dari 28 April hingga 1 Jun tahun ini.
Dan mereka boleh membawa 20 orang rakan dan ahli keluarga untuk turut serta.
Seawal pukul 11.30 malam,
Dah ramai tetamu yang hadir. Bagi menunggu perlawanan bermula pada pukul 3 pagi. Ada beberapa aktiviti dijalankan untuk memeriahkan lagi suasana di sini.
Penat beraktiviti,
Peminat yang hadir disajikan dengan hidangan Piza seperti yang dinyatakan dalam slogan kempen “More Pizza More Football”
Memang nikmat menikmati piza sambil bersantai diatas Bean Bag bersama rakan-rakan sambil menantikan perlawanan akhir yang amat dinanti-nantikan.
Rasanya piza dorang habis dulu kot sebelum bola start.
Bro simpan sikit.
Ada juga benda untuk dikunyah sewaktu menonton bola.
Terdapat beberapa kuiz diadakan.
Dan pemenang akan membawa pulang sama ada voucher atau premium item dari Domino’s Pizza Malaysia.
Dan soalannya adalah..
..
..
..
Semua pakat keluar handphone sebab nak Google jawapan. Memang agak mencabar soalan yang diajukan.
Gambar puan isteri yang sudi menemankan Bro menonton bola.
Tapi bila start bola,
Dia lebih over berbanding dengan Bro he…23x
Tapi, Bro juga yang terus berjaga sampai ke babak piala yang diidam-idamkan diberikan kepada pasukan Jerman.
Sanggup Bro berjaga sepanjang malam (tak tidur) semata-mata nak tonton perlawan akhir ini.
Paling menarik,
Peminat yang hadir turut dapat menyertai Domino’s Instagram photo contest – dubbed ‘Bear-A-Selfie’.
Dimana mereka perlu berselfie bersama Popobe® Bola Bears (Lebih kurang macam selfie Bro diatas) dan and gunakan hashtag #BolaBears.
Pemenang akan membawa pulang iPad Mini.
Dan pemenangnya..
…
…
…
…
Bukan Bro… Kecewa punya pasal, sampai terlupa ambil gambar pemenang.
Apa-apa pun terima kasih Bro ucapkan kepada Domino’s Pizza Malaysia kerana sudi jemput Bro dan mengadakan majlis seperti ini.
Dan tahniah Jerman atas kemenangan ini.
Nape kalau tengok bola mesti ada bean bag. hehe.. kat dataran pn ade gak
Bro…muka tu masih kurang ganas la…kasik ganas lagi…haha
terbaek r bro..
Bestnya ada event macam ni… Sambil tu boleh terus bersdahur makan Dominos Pizza… ;)
Memang layan makan pizza laju sahaja masuk mulut tak sedar ketika menonton. :-)