Baru sahaja mendapat khabar dari twitter Vyrec mengenai keadaan terkini kenalan blogger – Mazidul Akmal Sidek yang selama ini menyepi dari laman sosial dan media masa.
Beliau rupanya terkena strok.
Bro ada terima khabaran ini dulu, malangnya tiada maklumat tepat untuk Bro kongsikan.
Buat masa sekarang, Bro harapkan anda sudi berdoa untuk kesihatan beliau. Akibat strok yang beliau alami, separuh tempurung kepala dibuang.
Waktu beliau awal-awal berblog,
Bro antara blogger yang rajin bertandang ke blog beliau. Dari situ dibawa ke facebook dan twitter.
Sehinggakan kami bertembung sewaktu Operasi Pengemis Di Bazar Ramadhan SS6 Kelana Jaya.
Lagipun, beliau bukannya orang jauh. Sekampung dengan ayah Bro juga.
Cuma baru-baru ini, beliau block bro di facebook. Motif? Masih belum diketahui (ke sebab newsfeed beliau dibanjiri oleh status facebook Bro?)
Apa-apa pun moga kesihatan beliau bertambah baik.
Lama dah dengar berita ini. .. tapi tak tahu pula keadaan beliau sampai ke tahap ini.. Diharap tuan Mazidul Akmal Sidek kembali sihat. .
Suka dengan cara Tuan Mazidul melaporkan sesuatu berita.
Blognya juga kini sepi. Semoga Allah swt sembuhkannya semula
Harapnya macam itu la kan…
Ya allah.. baru tahu berita ni… harap sangat dia sembuh seperti sedia kala… aamiiin
amal singgah sini.. moga tuan blog dipnjangkn umur dan dimurahkan rezekii.. aamiiiin
Baru semalam saya tahu..
Patutlah lama menyepi takde update blog..
Peringatan juga untuk kita semua.
Balik raya nanti kena kawal makan. Lebih lebih lagi yang berlemak
Punca utama strok
Doa yang terbaik agar sembuh spt sedia kala.
Semoga beliau cepat sembuh. Pernah makan semeja dengan beliau di gerai beberapa tahun yang lalu.
moga beliau cepat sembuh.Amin
Ala…siannya dia… Semoga di sembuh dan boleh melaporkan berita-berita best2 lagi.. Semoga family dia pun tabahlah dengan nak raya semua ni… Innalillahi wa inna ilaihi rajiun…
semoga dia cepat sembuh.amin.
Doakan beliau semoga cepat sembuh.. :(
deno pun ada baca pasal ni.. semoga beliau cepat sembuhhh