Kalau ikutkan, Bro kurang berminat nak kongsikan isu ini. Tetapi rasanya, perlu bro kongsikan “Luahan Hati Seorang Blogger – Part 39″ berkenaan dengan blogger yang sombong.
Bukan nak aibkan sesiapa, cuma nak bagi kesedaran kepada rakan blogger yang lain. Kita hidup hanya sekali, kenapa perlu sombong dengan orang lain.
Bro telah berblog sejak tahun 2006.
Dalam tempoh waktu itu, dapat berkenalan dengan ramai blogger.
Ada yang sekarang jadi penulis, jadi selebriti, jadi suami/isteri orang, jadi mak bapak, jadi ahli politik, jadi businessman. Ada yang hilang tanpa berita, ada yang selama ini fake dan ada yang telah pergi.
Sekarang ini, ramai yang jadi blogger.
Terlalu ramai. Macam cendawan tumbuh selepas hujan.
Malangnya tak semua blogger Bro kenal. Dan tak semua blogger kenal Bro (blogger yang hampir nak menopause).
Ada yang pernah jumpa, ada yang tak pernah jumpa. Hanya kenal di dunia maya, sembang di facebook, twitter etc.
Tak kenal maka tak cinta.
Jangan pula korang anggap, Tak bertegur tak bermakna Bro atau anda adalah seorang yang sombong. Mungkin tiada topik untuk diperbualkan.
Ada orang, rancak bersembang secara online. Bila bertentangan mata, lidah jadi kelu.
Tapi korang mesti rasa pelik.
Bila bertahun kenal, bertahun jumpa bersembang, bergathering dan ber”dating”.
Tetapi sejak dua menjak. Bila berjumpa, susah sangat nak bertegur sapa. Sekurang-kurang hanya perlu ucapakan “Hi” ataupun naikkan kening tanda menegur.
Mungkin dia rasa tak perlu kot nak bertegur sapa, sebab selalu sangat jumpa.
Ok dah fikir positif disini.
Mungkin juga dia rasa tak layak untuk bersembang atau lepak dengan kita. Tapi bila dia sensorang, terhegeh-hegeh pula nak lepak dengan kita. Nampak sangat ke”fake”an disitu.
Bukan Bro sorang perasan, orang sekeliling juga perasan.
Bro akui, ramai blogger Bro tak tegur dan bersembang sewaktu Iftar Bersama Blogger 2014 tempoh hari.
Mungkin ada rakan-rakan yang perasan.
Bro lebih banyak duduk setempat dari berjalan-jalan.
Mungkin ada yang perasan dan ternampak sesuatu yang terpapar pada raut wajah Bro malam itu.
Kadangkala, Bro terfikir. Masihkah ada peluang lagi untuk Bro dan korang bersama lagi. Mungkinkah Ramadhan kali ini yang terakhir buat kita?
Apa-apa pun terima kasih pada rakan-rakan yang sudi bertegur sapa dengan Bro.
Maaf jika ada yang nampak macam Bro nie sombong. Tegur je Bro, insya’lah Bro akan entertain anda selagi mampu.
gua tak sombong, cuma gua agak pemalu dan pendiam.
paling tak, gua akan bersalaman masa kenalkan diri dan masa balik
Mungkin yang tak tegur ingat pesan orang tua.. “jangan tegur, nanti demam”. Hahaha
setuju…bukan nak mengata..tapi kat laman sosial pun ramai yang sombong..pernah saya tanya seorang rakan blogger..kenapa x add blogger yang femes tu jadi rakan…dia kata…dah beberapa kali tegur dalam fb tapi tak pernah berjawab…saya pun pernah juga beberapa kali kena mcm tu..kadang2 bukan kita sombong ke apa ke..cuma segan nak tegur…bukan apa malu andai sapaan kita diam tak berjawab…segan la
gua dah lama x jumpa blogger, mesti rmai pkir wa sombong..
huhu
maaf kalau saya sombong T____T
saye bru je nak aktif ber blogging
tak kenal ramai blogger
tapi iena tegur bro kan kan
:p
Pojie tak pernah sombong ngan bro n mana2 blogger kan?
Bro pun tak sombong.
Cuma klo terjumpa Pojie pasnih, Pojie senyap bukan sombon tau
Tapi segan.
Semua blogger semakin meletop2, Pojie je blogger dah berkuburrrrr..
Hahha!
Selamat Hari Raya bro!
Bro antara blogger yang ‘rajin’ dan sangat peramah..
Dengan sesiapa pun Bro tegur..
Even dengan MJ walaupun sangatlah segan, yela MJ blogger biiasa2 tp Bro luar biasa, tp tetap tegur menegur bila berjumpa.
Dan mungkin Bro ada terkecil hati sesangat tu yg terbit entry ni ha :)
Saya jenis ‘introvert’ tetapi yang kenal rapat akan mudah rapati saya. :-)
sentiasa rasa kita bukan sesiapa.. hanya orang biasa untuk elak kita rasa kita lebih dari orang lain & jadi sombong.
Haippp…entri sentap?
Ragam orang ni pelbagai Bro jadi kita ni terimalah seadanya.
Bila Bro tulis nie, teringat gurau senda di FB pasal duduk semeja masa IBB2014 tu
Hehehehehe
Alhamdulilah, masih lagi kita bergurau kan
rawlins, BroF ada datang ke masa IBB2014 ni? tak perasan laaaa..
*lariklajulaju
maaf, saya bukan sombong tapi pemalu… ^_^
sama laaa kita deqnoor.. hik hik hik.. (malu laaa ai..)
Bro Framestone. saya bukan tak ingin tegur. tapi memang tak pernah join.
Blogger baru la katakan. Tetapi best berkawan dengan blogger. sporting dan tak kedekut ilmu.
Teringin join majlis blogger macam ni tapi apakan daya, deno jauh di terengganu… huhu… btw maafkan deno jika deno ter”sombong” dengan bro
betul deno,teringin jugak nak join event blogger nie,kita dok jauh ler..
biasalah tu.. ragam dunia… sedangkan pasir pun berubah inikan pula manusia.
tapi sally mmg betul segan dan seram nak tegur hari tu..sorry :(
Mari kita sama-sama berbaik sangka
Saya pernah cuba nak bersembang dengan Bro semasa Himpunan Penulis Blog terbesar Blogrrr… Tetapi betullah seperti yang bro kata, lidah jadi kelu bila pertama kali bersua muka… ;)
Sape pulak tu yang sombong sombong….issh …buatlah baik selalu
Rasanya Bro antara blogger yang tak sombong, saya baru dalam dunia blog, bro tegur je saya kat twitter ;)
gua nak sombong pun tak dapat. sebab tak dapat gi iftar tu. ohh..
Insyaallah.. Mungkin ada kekusutan di hati. Tahun 2014 kan banyak cabaran.
:) Talan yang pahit sama sama
sdihnye bro cite ni..takpe bro..
gua sombong jugak ke bro? haha!
thanks sebab tegur ST.. st blogger baru..
akak ni kalau orang kata sombong memang patut pun sebab jarang pergi majlis blogger, kadang kat fb jadi fren tapi bila dah ramai2 masih tak perasan, apa pun situasinya berusaha untuk memahami, maklumlah blogger dah tahap mak cik mak cik
Biasalah Bro..blogger pun manusia yang tak lari dari kesilapan dan kealpaan. Bagus gak ada entry cengini agar dapat menyedarkan mereka2 yang terleka tu..:)
Biasaaa Bro..hehehee..
jarang la nampak bro sombong…
inilah masalah generasi-Y. lebih suka bersosial di laman sosial berbanding cuba bersosial dengan orang sekeliling.
kalau berborak dengan bro ni…boleh tak berhenti tau..
SA x sombong tau cuma x ditakdirkan untuk SA hadi ke majlis..pernah berharap agar SA terserempak dengan mana2 blogger kalau pi mana2..insyaallah SA akan tegur..tu la bro…susah sangat nak terserempak….
Bro tak sombong.
Kirim salam sayang kat iera.
emm sedihnyaa…saya lagi laa tak pernah jumpa terus…emmm
Teringat first time jumpa Bro dekat event Blogrrr di MIECC dulu. :D
sikap sombong memang tak baik..harus dilenyapkan segera ke dalam diri kita
tak kisah la apa orang nak kata, macam saya ni, kat blog potpet byk, tp bila berdepan diam. dgn org rapat jer boleh byk mulut
terasa nak join group top blogger..tapi belum layak lagi ..:(
Cik Iman baru lagi masuk area berblogging nie tapi Cik Iman cuba untuk bertegur sapa dengan kawan-kawan blogger >.<;;; insya-allah
Terima kasih Cik Iman. Ada masa, selalu la singgah ke blog Bro ini :)