You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Iftar Bersama Blogger 2014 di Saloma Theatre Restaurant

Iftar Bersama Blogger 2014 di Saloma Theatre Restaurant

Iftar Bersama Blogger 2014
Alhamdulillah

Tahun ini dapat jemputan dari Denaihati Network untuk menghadiri Iftar Bersama Blogger 2014 yang diadakan di Saloma Theatre Restaurant atau lebih dikenali dengan nama Saloma Bistro.

Maaf, jika Bro banyak duduk dari berjalan dan bersembang dengan korang.

Banyak perkara perlu dikurangkan pada Ramadhan kali ini. Harap di Ramadhan akan datang masih diberi kesempatan untuk bersama dengan anda semua.

Iftar Bersama Blogger 2014 - Khir Khalid
Kehadiran Bro seawal 5 petang (seperti yang diminta oleh penganjur IBB2014)

Diawal kehadiran Bro ditegur pula oleh saudara Khir Khalid. Blogger yang Bro kenali selepas Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 tempoh hari. Dan beliau sejiran dengan Bro di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Bertambah lagi kenalan blogger di sini.

Rumahnya tidak beberapa jauh dengan rumah sewa Bro terdahulu.

Iftar Bersama Blogger 2014

Bertemakan “Arabic Night”

Jenuh fikir nak pakai apa, jika ikutkan nak pakai ala kadar. Tetapi Puan Isteri dan tetapkan pakaian apa perlu dipakai.

Ok, sayang dia ketat-ketat he..23x Selamat jubah ini tak ketat, tersorok sikit aset di perut he..23x

Gambar Bersama Teman Iftar Bersama Blogger 2014

Iftar Bersama Blogger 2014
Videographer untuk majlis kali ini.

Iftar Bersama Blogger 2014
Bersama kenalan blogger yang baru pertama kali bersua muka dan berbual.

Salah seorang pemenang pakaian terbaik bagi kategori lelaki.

Siapakah dia?

Iftar Bersama Blogger 2014

Bersama orang kuat Astro (yang sedang merajuk dengan Bro, selamat sempat minta maaf)

Dengar cerita nak akhiri zaman bujang. Bila tue ek?

Iftar Bersama Blogger 2014

Bersama #retis merangkap model + blogger yang kembali aktif – Iena Wahab dan pasangan.

Terima kasih sebab sudi datang.

Iftar Bersama Blogger 2014

Antara wanita dan gadis-gadis yang sudi bergambar dengan Bro.

Tertiba nampak Bro macam muda rumaja. Hensem tertiba. Jangan jeles…!! Hazirah, Deq Noor dan Iera Kan.

Iftar Bersama Blogger 2014
Mereka yang semeja dengan Bro.

Sebelum ada yang bertukar meja he..23x Bro pun lari ke meja lain. Tak kan nak berjauhan dengan isteri sendiri. Nanti balik dengan bakal isteri baru, lagi haru.

Iftar Bersama Blogger 2014

Bersama blogger #retis. Dengar cerita mereka ini ahli baru kumpulan 4u2c.

Sekali usha nampak macam Bro nampak sebaya je dengan dorang. Sekali ada pula yang membahan dengan facebook bagitau Bro nie nampak macam bapak-bapak mereka.

Ok, Bro terima ia dengan redha.

Sedar, kubur dah memangil-mangil nie.

Iftar Bersama Blogger 2014 - Photobomb
Baru plan nak bergambar macam Family Portrait.

Sekali ada pula yang Photobomb ini gambar. Bajet comel la dekat belakang tue.

Bro Framestone - Iftar Bersama Blogger 2014

Iftar Bersama Blogger 2014

Bro dengan rasa rendah diri ingin memohon kemaafan sekiranya ada tersilap kata, tersalah bicara dan terlanjur perbuatan sehingga menyakiti hati anda semua.

Moga Ramadhan kali ini mampu mengeratkan kita semua.

Bro bukannya manusia sempurna. Masih tetap melakukan kesilapan walaupun tak disengajakan.

Tetapi kehadiran anda hampir menyempurnakan Bro sebagai seorang kawan, teman dan juga….. Blogger he…23x

Lokasi Saloma Theatre Restaurant : 109 Jalan Ampang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

23 thoughts on “Iftar Bersama Blogger 2014 di Saloma Theatre Restaurant

  1. Assalam… majlis yg meriah.. alhamdulillah. Nasib baik bro dtg awal, dpt jugak berbual panjang sblum majlis bermula.Apa pun kita masih tinggal kat kawasan yg sama, cuma dah jauh sikit je hehee.
    Kesempatan ni nk ucapkan Slmt Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat bro sekeluarga. In shaa Allah, raya nnti kita jumpa lagi. Klu ada kelapangan jemputlah dtg ke rumah eh… ๐Ÿ™‚

  2. Bro
    Saya juga dengan rendah hati memohon keampunan seandainya ada gurauan yang terlampau dari saya sepanjang saya mengenali Bro (terkini di #IBB2014… ampun)

    Bro adalah seorang personaliti blogger pertama yang saya kenali dan syukur sehingga kini masih lagi ramah dan tidak segan menegur blogger picisan seperti saya

    Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir dan Batin

Leave a Reply

Top