Sempena ulang tahun ke-10 blog broframestone.com, maka Bro nak buka topik mengenai ‘Blogger Popular Bersara’ untuk segmen Luahan Hati Seorang Blogger [Part – 52].
Satu ketika dahulu,
Kebanyakan individu dalam gambar diatas agak popular dan dikenali, tetapi kini ada yang dah slow down, ada yang menghilang dan ada juga yang fokus pada kerjaya.
By the way.
Korang masih kenal tak blogger yang mukanya terpapar diatas ini?
Kredit Gambar : Hasrul Hassan.
Kenapa Blogger Popular Mula Bersara
Yup, ramai blogger yang Bro kenali telah bersara.
Ada diantara mereka fokus pada kerjaya & ada juga yang bersara bila sudah berkeluarga. Tapi ramai juga yang bersara sebab terlupa renew domain & lupa password nak log masuk ke blog sendiri.
Lebih ketara, ramai yang mula beralih ke platform social media yang lebih mudah digunakan dan PERCUMA. Kenapa jadi lagu macam tue?
Viral & Social Media Kini Menguasai
Tak dinafikan,
Blogger ketika ini, berbeza dengan blogger satu ketika dahulu. Bagi Bro yang berblog sejak tahun 2006, memang terasa perbezaannya. Dengan kewujudan blogger baru bahkan ramai beralih kepada medium facebook, instagram dan youtube yang lebih menguntungkan banyak mempengaruhi atmosfera blogging.
Sampai satu masa, orang ramai lebih suka baca sesuatu yang viral berbanding perkongsian santai menyebabkan wujudnya portal-portal cerita viral. Kesannya turut terasa kepada industri berita dimana kandungan viral diutamakan walaupun tanpa merujuk pada sumber yang sah / rasmi.
Kandungan yang diterbitkan di facebook & twitter lebih banyak menerima engagement berbanding dengan blog tanpa perlu pelajari SEO. Hanya perlu pandai membuat ayat copywriting sahaja, sudah mampu menjana pendapatan melaluinya.
IKLAN : Panduan Copywriting – The Story Selling (klik untuk memuat turun)
Silap hari bulan, ada yang dengki/menyampah dengan anda sehinggakan link blog direport sebagai spam kepada pihak facebook. Tak pepasal anda tidak boleh kongsikan link blog di facebook.
Lebih haru, bila Instagram kini dibawah syarikat Facebook. If anda kongsikan link blog (yang telah direport pada facebook) pada akaun instagram anda, maka beberapa fungsi pada akaun instagram anda dibatalkan (Anda perlu remove link blog tadi, untuk menggunakan kembali fungsi tersebut pada Instagram).
Kini,
Anda lebih mudah membina kreabiliti melalui Instagram dan juga Facebook berbanding dengan blog.
Kenapa Bro cakap macam itu?
Blogger yang punyai ratusan ribu follower dekat Instagram belum bermakna trafik blog dia ratus ribu sehari. Kadangkala, sekadar ribu bahkan ada juga yang ratusan je sehari.
Begitu juga dengan portal-portal yang keluarkan isu viral.
Kebanyakan trafik mereka dapat dari pembaca yang mereka bawa dari facebook berbanding Google mahupun enjin carian yang lain. Kalau mereka tak kongsikan dekat facebook page mereka, memang harapan tipis untuk dapatkan trafik mencacak sekelip mata.
Sebab zaman sekarang nie, orang dah malas nak google. Just scroll facebook, twitter dah boleh dapat maklumat awal mengenai sesuatu isu viral. Sebab itu kebanyakan akhbar online suka berkongsi artikle / info melalui laman sosial mereka dahulu, itu pun orang baca tajuk je, isi kandungan malas nak baca terus membawang diruangan komen.
Disebabkan penyakit ‘malas membaca’ yang dihadapi netizen ketika ini, kandungan berbentuk video mula menjadi perhatian sesetengah pengiklan.
Maka ramai yang mula buat kandungan video untuk Youtube, begitu juga di Instagram dan Facebook.
Di Facebook ramai buat kandungan video dalam bentuk streaming sehinggakan ada yang menjadikan ianya kerjaya dan mampu menjana pendapatan mencecah ratusan ribu setahun.
Setiap bulan, Bro dan kawan akan buat kelas Youtube untuk membantu rakan-rakan jana pendapatan dari Youtube.
IKLAN : Jom Sertai Kelas Youtube Bersama Bro Framestone (Klik untuk Whatsapp)
So, adakah blog masih relevant ketika ini?
Yup, ianya masih lagi relevant dimana Google sendiri ‘bergantung hidup’ pada kandungan bertulis. Bagaimanapun, ada kateria perlu di ikuti untuk memastikan hasil carian yang diperolehi di Google berkualiti dan memenuhi keinginan si penggoogle itu tadi.
Antara kateria yang Bro sendiri dapati, Google mengutamakan blog yang :-
- Responsive (template, susunan penulisan) – mampu dibaca melalui mobile & ringan
- Kandungan bukan Copy Paste
- Mempunyai link rujukan / kredit link
- Penggunaan gambar yang bersesuaian
- Minimum, 600 patah perkataan
- Menggunakan domain SSL Certificate – Secure Sockets Layer
- etc
Adakah blog anda memenuhi kateria seperti ini?
Bicara Bro : Pernah satu ketika, orang ingat Bro dah berhenti berblog sedangkan blog sentiasa update, cuma tak kongsikan di laman sosial. Nampak sangat dorang baca blog Bro jika ternampak perkongsian tentang blog ini di laman sosial je.
Trafik dari Google juga tak memberansangkan sejak beberapa mejak ini.
Bulan ini, banyak pembaharuan Bro lakukan pada blog ini untuk menawan hati Google semula.
Aku tak popular. Tapi setakat ni masih update blog lagi. Belum bersara. Cuma dah kurang post entri blog ke laman sosial.
Blogwalking pun dah jarang buat, sebab bila buka list blog kawan2 blogger dulu, tengok ramai dah tak update blog. Bersawang. Ada juga blog yang dah mati, tak renew domain hosting.
Hahahahaha best post nih…. Zaman berubah,, so strategi pon berubah. Tapi yang maintain update blog masih mampu teruskan momentum baru..
Hurmmm tahun ni tak update blog lagi ni haha
Mungkin sebab dah berjaya dapatkan kembali akaun adsense, kena sentiasa update dan dapat trafik GOOGLE, barulah income ada. Apapun harta pusaka blog kita ini, ramai tak nampak benda longtermnih.
sama bro den pun dh setahun setengah dh x sempat update blog
Bak kata CEO Nokia “we didn’t do anything wrong, but we lost”.
Zaman dah berubah dan sangat pantas pulak tu.
Rindu zaman blogging sebelum 2010. Sekarang nak follow pun dah hilang dari radar. Betul la sebab komitmen dan karier.