Sempena perayaan akhir tahun, foodpanda Malaysia sekali lagi berkongsi kegembiraan dengan membuat sumbangan istimewa kepada badan amal pilihan duta jenama mereka.
Tahun ini, foodpanda Malaysia ingin melakukan sesuatu yang berbeza, dengan meminta duta jenama bersaing dalam pandamart Sweep dan memenangi bekalan pandamart bernilai RM 10,000 untuk badan amal pilihan mereka.
Duta jenama ini termasuk pengacara televisyen, juruhebah radio dan pengacara majlis, Aishah Sinclair, penyanyi, model dan pelakon, Elizabeth Tan, dan vlogger terkenal Malaysia serta YouTuber yang berjaya, Tanesh Vijayagomaran.
Diilhamkan daripada sebuah rancangan hiburan Amerika, Supermarket Sweep, pandamart Sweep menghendaki tiga duta jenama ini untuk mendapatkan barangan yang disenaraikan di cawangan pandamart dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Bagaimanapun, kelainannya disini ialah, selain daripada merujuk kepada senarai barangan tersebut, mereka perlu mendengar barang-barang itu daripada lagu rap yang dimainkan. Setiap duta jenama ini akan mendengar versi rap yang berbeza dan cuba mendapatkan semua barangan dalam masa 3 minit.
Setiap daripada mereka akan bergilir-gilir meneliti lebih 4,500 barangan yang berbeza di pandamart dan mencari 18 barangan daripada lagu rap yang dimainkan itu. Pemenang permainan ini akan membawa pulang hadiah yang akan didermakan kepada badan amal pilihan masing-masing.
Antara badan amal terpilih :-
- OrphanCare Foundation (pilihan Aishah Sinclair), – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membantu dalam pembuangan bayi dan pengambilan anak angkat. Faktor pemilihan saya untuk badan amal ini adalah kerana perasaan sedih dan kecewa setiap kali mendengar tentang bayi yang tidak diingini dan tidak dirancang ini. Dengan adanya pertubuhan seperti OrphanCare, bayi-bayi tersebut berpeluang untuk terus hidup dan mencari rumah yang akan menjaga dan memastikan kebajikan mereka dipelihara.
- Agape Outreach to the Blind (pilihan Elizabeth Tan), sebuah badan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada orang cacat penglihatan dan buta. Dia percaya bahawa cinta itu tidak buta dan ingin meningkatkan kesedaran tentang cara membantu mereka yang cacat penglihatan.
- Rumah Amal Anbe Sivam (pilihan Tanesh Vijayagomaran), sebuah rumah anak yatim serta kanak-kanak kurang upaya dan berkeperluan khas sebagai badan amal pilihannya. Semasa kecil, setiap hari ibu bapanya akan memandu melewati pusat tersebut dan dia akan melihat kanak-kanak di situ bermain di luar. Sejurus itu, dia terus memutuskan apabila dewasa nanti, dia akan sedaya upaya untuk membantu mereka dalam apa juga cara.
Pemenang bagi pandamart Sweep menerima bekalan pandamart sebanyak RM 10,000 yang akan disumbangkan kepada badan amal pilihan masing-masing dan juga akan membawa pulang baucer pandamart yang bernilai RM 1,000.
Akan tetapi, duta jenama ini tidak mengetahui bahawa kesemua rumah amal akan menerima hadiah yang sama. Untuk menambah lagi unsur kejutan, ketiga-tiga duta jenama hanya dimaklumkan berkenaan berita ini sebaik sahaja mereka telah selesai dengan cabaran pandamart Sweep tersebut, dimana kesemua wakil dari rumah kebajikan terpilih turut hadir.
Untuk menonton persaingan antara ketiga-tiga duta jenama ini.
| Masukan Video |