April 29, 2024

Filem ‘Sazali Meor Coco’ Pertaruhan Muka Baru Dalam Industri

Preview Filem Sazali Meor Coco

Bro tempoh hari telah menonton Preview Filem ‘Sazali Meor Coco’.

Filem ‘Sazali Meor Coco’ merupakan filem sulung terbitan Aquila Emas Sdn Bhd arahan Zizan Nin menampilkan muka baru dalam industri dan akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 16 November 2023.

Menurut Encik Syarizan Md Isa, Pengarah Urusan Aquila Emas Sdn Bhd,

Filem ‘Sazali Meor Coco’ telah ditayangkan secara rasmi di Asian Content & Film Market (ACFM), Busan Korea pada 7 hingga 10 Oktober 2023 yang lalu bersempena dengan Busan International Film Festival.

“ACFM memberi pendedahan kepada saya kepada trend, permintaan pasaran antarabangsa dan peluang usahasama dengan syarikat penerbitan dan pengedaran filem di luar negara. Lanjutan daripada itu beberapa siri perbincangan usahasama sedang dilaksanakan hingga hari ini”

‘Sazali Meor Coco’, Filem Sulung Arahan Zizan Nin

‘Sazali Meor Coco’, Filem Sulung Arahan Zizan Nin

Zizan Nin berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang lakonan dan mengarah beberapa telemovie khas seperti A Christmas Hug, Papa Jinak Singa, Api Cinta Ramadan dan Opah Jangan Lupa, untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), akhirnya diberi kepercayaan untuk menjadi pengarah bagi filem ‘Sazali Meor Coco”.

Beliau sebelum ini merupakan pemenang anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki (Anugerah Skrin 2014) melalui filem ‘Tanda Putera’ dan Pelakon Harapan Lelaki (FFM ke-20) melalui filem ‘Cinta Terakhir’.

Beliau yakin dengan bakat-bakat baru serta mempertaruhkan Syazani Zikry, Shahradhy, Iman Zulkarnain sebagai tunjang utama filem ini.

Menurut Zizan, filem ini memberi kepuasan kepada dirinya sebagai pengarah untuk berkarya disamping dapat mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi sebagai barisan pelakon pelapis di masa hadapan.

Sinopsis Filem ‘Sazali Meor Coco’

Sazali Meor Coco

Filem Sazali Meor Coco mengisahkan tentang tiga orang sahabat sekampung yang berhijrah ke bandar untuk mencuba nasib menjadi bintang terkenal dengan bakat yang dimiliki.

Sorang lagi nak jadi pelakon, sorang lagi nak jadi stuntman, dan sorang lagi penulis lagu.

Tetapi impian yang ingin dicapai bukanlah mudah kerana mereka bertiga perlu menghadapi pelbagai dugaan dalam industri, termasuk ditindas kerana tidak popular.

Akibat desakan hidup, mereka mencuba nasib dengan buskin ditepi jalan.

Selepas itu nasib mereka berubah menjadi U-Tuber popular, bila video persembahan mereka viral di sosial media dan rezeki mereka datang mencurah-curah.

Malangnya, dugaan lain pula yang datang disebabkan oleh kurangnya ilmu dan masalah sikap sehingga mereka bertiga hampir berpecah.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Jom saksikan sendiri filem Sazali Meor Coco di pawagam pada 16 November akan datang.

Trailer Filem ‘Sazali Meor Coco’

Review Filem ‘Sazali Meor Coco’ oleh Bro Framestone

Review Filem ‘Sazali Meor Coco’ oleh Bro Framestone

Bro ingin mengucapkan tahniah kepada Zizan Nin atas kejayaan menghasilkan filem sulungnya. Tidak lupa juga kepada Aquila Emas Sdn Bhd kerana berani mengetengahkan bakat-bakat muda dan dipertaruhkan ke Asian Content & Film Market (ACFM).

Pemilihan pelakon dikatakan melalui ujibakat yang diadakan. Setiap pelakon yang terpilih tidak mengenali satu sama lain dan mereka menjalani latihan bersama untuk mendapatkan keserasian.

Sebagai muka baru dalam industri, Bro rasa tak perlu nak komen panjang tentang mereka bertiga.

Cuma Bro tertarik dengan Iman Zulkarnain yang memegang watak Coco, dimana beliau menyanyikan 4 buah lagu dalam filem ini. Boleh dikatakan, lagu yang dibawanya sedap di dengar.

Pelakon Filem Sazali Meor Coco

Ikutkan filem ini mudah untuk difahami walaupun ada beberapa part macam tergantung. Mungkin kerana ada perubahan skrip atas kehendak pihak tertentu menyebabkan jalan cerita tidak selancar seperti yang diharapkan.

Elemen konflik yang dipaparkan, amat releven dengan situasi yang sering belaku disekeliling kita.

Dari isu ditindaskan disebabkan oleh kekurangan ilmu dan pengalaman, kemiskinan bandar, penderaan kanak-kanak kepada isu gelandangan.

Tidak lupa juga kisah pempengaruh (influencer) yang menjadi popular dek ledakan pengaruh media sosial.

Bagi Bro, isu yang diketengahkan hanya lapisan luaran je. Tidak digambarkan terlalu dalam oleh pengarahnya. Mungkin sebab untuk memastikan filem ini tidak terlalu berat untuk diterima oleh sesetangah penonton.

Yang Bro nampak, filem ini dihasilkan dengan kualiti mengikut trend dan permintaan pasaran antarabangsa. Seperti mana yang dinyatakan oleh Encik Syarizan Md Isa, Pengarah Urusan Aquila Emas Sdn Bhd, dimana mereka ingin menjalinkan peluang usahasama dengan syarikat penerbitan dan pengedaran filem di luar negara.

Mungkin dari Filem Sazali Meor Coco ini, akan menjadi permulaan untuk jalinan ini di masa hadapan.

Apa-apa pun, korang jangan lupa untuk menonton Filem Sazali Meor Coco ini yang akan menemui penonton di seluruh pawagam pada 16 November 2023.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *