November 4, 2024

Kampung Garden BBQ Steamboat – RM25 Seorang

Kampung Garden BBQ Steamboat Food Blogger
Teringin nak lari dari kesibukan kota dimalam ambang kemerdekaan ke-56. Bro dan beberapa rakan blogger habiskan masa bersama di Kampung Garden BBQ Steamboat yang terletak di Jalan Meru Tambahan menghala ke Puncak Alam.

Jarak dalam 20-30 minit dari Bandar Tasik Puteri, Rawang (rumah Bro) melalui Lebuhraya Latar menghala ke Puncak Alam.

Bagi sesiapa yang pernah singgah ke gerai Burger Bakar Kampung, mungkin tiada masalah untuk ke sini. Kerana lokasi dan ownernya tetap sama. Jika ada masalah, mungkin anda perlu menggunakan Waze.

Jika susah sangat, anda boleh refer pada peta dibawah ini.
Peta-Burger-Bakar-Kampung-Meru
Alamat lot 1838 batu 7 3/4, jalan meru tambahan, 42100 klang

Atau,

Jika anda menggunakan GPS, boleh set coordinate N 3 8′ 59.5″ E 101 26′ 14.9.

Jika anda duduk disekitar Meru, Shah Alam mahupun Puncak Alam. Anda tidak perlu turun ke ibu kota untuk menikmati steamboat bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Anda gunakan peluang ini untuk menikmati steamboat dalam suasana kampung. Tidak perlu stress nak cari parking atau berebut-rebut meja untuk makan bersama keluarga. Insya’lah mencukupi.

Kampung Garden BBQ Steamboat Kampung Design

Nak lagi menarik, disediakan ruang pangkin bagi mereka yang ingin makan bersila. Tang ini memang menarik, malangnya tak sesuai bagi ibu mengandung (wife Bro) untuk bangun duduk pergi ambil makanan.

Kalau ambil lebih risau tak habis dan dikenakan charge tambahan (denda sebab tak habiskan makanan – membazir itu amalan syaitan).

Surau juga disediakan bagi mereka yang ingin menunaikan solat.

Walaupun lokasinya agak pendalaman, boleh dikatakan pengunjung tidak putus-putus datang bila ianya dibuka awal petang.

Sewaktu Bro datang tempoh hari, ada beberapa kumpulan terdiri dari student UiTM Puncak Alam, gathering bekas rakan sekolah dan juga syarikat lebuhraya berdekatan buat makan-makan disini.

Alhamdulillah murah rezeki pemilik kedai ini.

Kampung Garden BBQ Steamboat Owner

Gambar bersama pemilik kedai. Kalau jumpa dia, cakap “Bro kirim salam” insya’lah dia kenal. (sila abaikan model dekat banner tue)

Harga Kampung Garden BBQ Steamboat

Dewasa – RM25
Warga Emas (60 tahun keatas) – RM20
Student (kena tunjukan kad pelajar) – RM20
Kanak-kanak (7 – 12 tahun) – RM12.50

Untuk maklumat lanjut, anda boleh usha dekat facebook page mereka (jangan lupa like ek)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “Kampung Garden BBQ Steamboat – RM25 Seorang

  1. Bestnya dapat makan Steambot… Selagi perut tak kenyang selagi tu boleh belasah makan banyak-banyak…

    P/s: Rasulullah berpesan supaya berhenti makan sebelum kenyang… ;)

  2. Amboi. Elok sangatlah tu. Suami saya suka bebeno bbq steambot. Sehat katanya. Bolehlah menyinggah nak kene redah highway jugaklah kan kalo dari Bangi. Huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *