You are here
Home > Iklan > Advertorial > Menikmati Burger Bakar Kampung, Meru Klang

17,436,177 total views, 32 views today

Menikmati Burger Bakar Kampung, Meru Klang

Menikmati Burger Bakar Kampung

Burger Bakar Kampung

Tidak setanding dengan bakar yang selalu dicari oleh pengemar burger bakar di sekitar kota raya.

Tetapi ada kelainan beserta keunikan yang mungkin anda sendiri tidak tahu mengenai burger bakar yang terletak di Jalan Meru Tambahan menghala ke Puncak Alam.

Jarak dalam 20 – 30 minit dari Bandar Tasik Puteri, Rawang melalui Lebuhraya Latar menghala ke Puncak Alam.

Tidak sukar pun untuk menemui gerai Burger Bakar Kampung ini yang terletak di tepi jalan utama yang menghubungkan Pekan Meru, Klang dengan Puncak Alam.

Ini peta lokasi Gerai Burger Bakar Kampung

Peta-Burger-Bakar-Kampung-Meru

Alamat lot 1838 batu 7 3/4, jalan meru tambahan, 42100 klang

Atau,

Jika anda menggunakan GPS, boleh set coordinate N 3 8′ 59.5″ E 101 26′ 14.9.

Jika anda duduk disekitar Meru, Shah Alam mahupun Puncak Alam. Anda tidak perlu turun ke ibu kota untuk menikmati burger bakar.

Anda gunakan peluang ini untuk menikmati burger bakar dalam suasana kampung. Tidak perlu stress nak cari parking atau berebut-rebut meja untuk makan bersama keluarga.

Gerai ini mampu memuatkan 20 pelangan pada satu masa dan mempunyai tempat parking yang luas.

Apa keistimewaan Burger Bakar Kampung?

Tokey Burger Bakar Kampung

Dari apa yang dikongsikan oleh pemilik gerai Burger Bakar kampung ini dimana patties yang digunakan adalah homemade recipe.

Berat burger lebih kurang dalam 150g (jika dibandingkan dengan burger bakar yang popular, lebih kurang 170g)

Bagaimanapun tekstur patties mereka tidak sama dgn tekstur burger bakor yang lain, maka anda jangan samakan atau bandingkan burger bakar ini dengan burger bakar yang lain.

Mungkin anda sendiri boleh teka selepas merasanya.

Patties Burger Bakar Kampung

Dimasak di atas kuali leper untuk memastikan patties masak sepenuhnya luar dan dalam.

Tidak seperti sesetengah burger bakar yang pattiesnya kurang masak sepenuhnya akibat perlu dimasak dalam masa yang singkat.

Selain burger bakar, burger biasa juga disediakan.

Tak semua orang kampung boleh terima burger bakar. Maka gerai ini cuba sebaik mungkin memenuhi kehendak dan permintaan penduduk dikawasan berhampiran dalam masa yang sama memperkenalkan burger bakar yang agak sukar ditemui di kawasan berdekatan.

soft drink burger bakar kampung

Paling menarik pada Bro.

Pada harga yang murah (jika dibandingkan dengan harga burger bakar yang sedia ada) disertakan dalam bentuk set dimana terdapat fries dan juga soft drink.

Sudah ada gaya macam McD mahupun Burger King.

Jika anda kurang berminat dengan soft drink, anda boleh upgrade minuman anda kepada ice blended.

Istimewa Bagi Pendudukan Berdekatan

Jika anda tinggal berdekatan dengan gerai Burger Bakar Kampung ini.

Apa kata anda call atau sms alamat untuk menempah Burger Bakar Kampung ke 010-7731917 (En. Hafiidh), Mereka sedikan perkhidmatan Delivery ke rumah anda. Setiap delivery dicaj RM1 sahaja.

**kawasan penghantaran terhad (hanya sekitar meru sahaja dan untuk kawasan perumahan sahaja)

Harga Burger Bakar Kampung

harga burger bakar kampung

Waktu perniagaan:

Ahad hingga Khamis : 6 petang – 11 malam
Jumaat hingga Sabtu : 6 petang – 12 malam

Untuk makluman lanjut anda boleh like dan roger di Facebook Burger Bakar Kampung (Jangan lupa Like).

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

28 thoughts on “Menikmati Burger Bakar Kampung, Meru Klang

  1. fine..sangat jeles. tengok gambar bro makan burger tue dah menyelerakan. mohon post untuk fyna. ayam double + double cheese satu ye bro. hehehehe…

Leave a Reply

Top