Filem adaptasi novel terlaris karya novelis Hannah Dhaniyah berjudul Suami Aku Ustaz bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei bermula 14 Mei 2015.
Filem sulung terbitan Karya Seni Production diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar bersama Adi Putra menampilkan barisan pelakon popular seperti Nora Danish, Adi Putra, Izzue Islam, Jue Aziz dan Betty Rahmad.
Buat julung-julung kalinya novel adaptasi terbitan Karya Seni diterbitkan sepenuhnya oleh Karya Seni menerusi syarikat produksinya sendiri iaitu Karya Seni Production.
Sebelum ini banyak novel terbitan Karya Seni telah diadaptasi ke drama bersiri dan filem berjaya mendapat sambutan hebat sehingga mencapai rating tertinggi yang diterbitkan oleh syarikat produksi lain.
Penerbit filem Suami Aku Ustaz, Dato’ Wan Mohd Muzri Ramli berkata novel dan filem Suami Aku Ustaz ini penuh dengan ilmu dan pengajaran. Sambutan terhadap novel begitu hebat sehinggakan karya novelis Hannah Dhaniyah ini telah 14 kali dicetak dan melebihi 150,000 naskhah.
Sebagai penerbit, saya berharap agar penonton bukan sekadar terhibur, tapi dapat mengutip ilmu dan pengajaran yang cuba disampaikan menerusi filem ini.
Semoga Suami Aku Ustaz akan menjadi pemangkin untuk banyak lagi filem sebegini diterbitkan. Kami sangat berpuas hati dengan hasil keseluruhan filem ini ditambah pula dengan lakonan mantap para pelakon yang dipilih untuk menjayakan filem ini.
Sinopsis Filem Suami Aku Ustaz
Suami Aku Ustaz mengisahkan Alisa (Nora Danish) seorang gadis kampung yang berpewatakan agak kasar seakan-akan lelaki. Banyak habiskan masa diluar rumah berbeza dengan rakan-rakan sejantinanya.
Bagaimanapun beliau dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji.
Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah.
Alisa yang masih bersekolah dan kurang matang merasakan terlalu awal untuk dia menjadi isteri.
Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam).
Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.
Dalam diam-diam, johan sebenarnya menaruh hati kepada Alisa.
Apa terjadi setelah rahsia status Alisa dengan Ustaz Hafiz terbongkar? Akan wujudkah cinta Alisa buat suaminya dan bertahankankah jodoh mereka berdua?
Saksikan kesudahannya dalam Suami Aku Ustaz, filem adaptasi novel terlaris di pawagam bermula 14 Mei 2015!
Filem bergenre romantik ini menelan belanja kos produksi sekitar RM2 juta termasuk pembikinan dua muzik video bagi lagu tema yang dinyanyikan oleh Adi Putra bersama Zizan Razak berjudul Ustazku Rajaku dan Cintaku Kernamu nyanyian Adi Putra berduet bersama Betty Rahmad.
Kedua-dua lagu tema tersebut ciptaan Faiz Alberto.
Trailer Filem Suami Aku Ustaz
Filem edaran Alternate Pictures ini bakal ditayangkan sekitar 70 buah pawagam Malaysia dan Brunei.
Takde pelakon lawak ke bro, baru meriah sikit…heee. Pelakonnya memang mantap, mesti menarik ni.
Pelakon lawak?
Ade je…. Si Izzue Islam atau nama blognya Melastik Bintang
Syoknya peluk Nora Danish Ustaz ni .. hoho .. lalalala
Hang nak try ke?