March 5, 2021

4 Langkah Mudah Beli Rumah Pertama Dengan Myra’s Homebuying Hub

Projek Perumahan Myra

Siapa disini masih belum memiliki rumah pertama?

Tidak dinafikan, ramai orang yang teringin nak memiliki rumah pertama. Kerajaan siap tawarkan pelbagai inisiatif untuk membantu ramai pihak untuk membeli rumah pertama mereka.

Tapi ramai yang tidak mempergunakan peluang ini, atas faktor kekurangan ilmu hartanah & tidak yakin kemampuan kewangan mereka untuk dapatkan rumah yang mereka idamkan.

Oleh itu pemaju hartanah, Myra memperkenalkan aplikasi web tempahan rumah yakni Myra’s Homebuying Hub menerusi laman web mereka melalui proses 4 langkah mudah untuk memudahkan perjalanan membeli rumah untuk pembeli rumah pertama kali.

4 langkah tersebut, adalah :-

  1. Menerima perkongsian informasi pra-pembelian sebelum keputusan pemilihan hartanah dibuat. Contoh dokumen yang perlu diserahkan dan sebagainya.
  2. Dijelaskan tentang kebolehan kewangan dan bayaran pinjaman mengikut kesesuaian serta kelayakan.
  3. Mendapat nasihat tentang perjanjian secara sah (legal) dan menandatangani kontrak.
  4. Diberitahu perkara yang apa perlu dilakukan setelah permohonan pembeli berjaya.

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Aplikasi Myra’s Homebuying Hub

Aplikasi Myra’s Homebuying Hub

Selama bertahun-tahun, industri hartanah tidak menyaksikan sebarang perubahan ketara terhadap proses pembelian rumah yang kompleks.

Oelh itu, Myra mula memperkenalkan laman web mereka yang dikenali sebagai Myra’s Homebuying Hub. Melalui 4 langkah, memudahkan perjalanan anda membeli rumah untuk pembeli rumah pertama kali.

Ia merupakan inovasi baru bagi mengubah cara perjalanan membeli rumah yang membosankan dan rumit sekarang kepada yang lebih memudahkan & menyeronokkan.

Ini sekaligus mengurangkan kekangan yang selalu dihadapi oleh prospek melalui proses tempahan rumah secara konvensional & ini merupakan matlamat utama Myra mewujudkan Myra’s Homebuying Hub.

Melalui aplikasi tempahan baru ini (ia dapat diakses melalui laman web Myra), mempermudah proses pembelian secara menyeluruh. Ia termasuk contoh dokumen yang perlu diserahkan serta maklumat lain untuk membimbing anda dalam urusan membeli rumah.

Ia turut disertakan dengan kalkulator dalam talian untuk membuat kiraan angaran ansuran pembayaran pinjaman bulanan bank yang perlu dibuat untuk pembelian rumah anda berdasarkan maklumat yang anda berikan.

Pihak Myra pula kemudian akan menyemak semua dokumen yang telah dilampirkan dan menawarkan bantuan dari segi penyerahan dokumen. Aplikasi ini juga turut berfungsi sebagai portal bagi pembeli untuk mengetahui perkembangan mengenai status tempahan mereka.

Penyelesaian Digital Bagi Cabaran Masa Kini

Myra's Homebuying Hub

Myra’s Homebuying Hub diwujudkan bagi menyelesaikan dua masalah utama – kekurangan kemudahan dan pengetahuan.

Bagi mereka yang ingin membeli rumah untuk pertama kali, mereka perlu mengira ansuran, pembayaran balik semasa, kadar faedah dan pemeriksaan Nisbah Perkhidmatan Hutang (DSR).

Bagi mereka yang ada kepakaran dan ilmu dalam hartanah, perkara ini bukan masalah pada mereka. Tetapi, bagaimana pula bagi mereka yang tak tahu apa-apa?

Dalam kebanyakan keadaan, tugas-tugas ini dilakukan secara manual dan ditulis pada sehelai kertas oleh sesetengah ejen hartanah. Ini menyusahkan pembeli rumah sekiranya mereka kehilangannya dan tidak dapat mengingat kembali pengiraan penting ini.

Malah terdapat pemboleh ubah yang boleh mempengaruhi pengiraan tiba-tiba ‘wujud’ dari masa ke semasa.

Promosi Perumahan Myra

Myra Installment Calculator

Myra House Loan Document

Jika dahulu, segala dokumen perlu dikumpul untuk tujuan permohonan pinjaman, dan ini merupakan proses manual yang sangat tidak efisien untuk semua pihak yang terlibat.

Ada kalanya, perlu membuat lawatan peribadi ke pejabat pemaju sambil membawa segala dokumen yang disediakan seperti penyata KWSP, borang EA, cukai pendapatan dan banyak lagi. Perkara ini membuatkan pembeli rumah pertama yang muda mula rasa terbeban dan pening kepala. Mereka berasa terbeban dengan banyaknya dokumen yang perlu disediakan.

Dengan adanya ciri aplikasi seperti kalkulator ansuran dalam talian, penilaian pengiraan DSR, panduan penyerahan dokumen, malah terdapat petua tambahan untuk pembeli rumah memastikan pengalaman membeli rumah korang lebih lancar dan dalam masa yang sama mendapat didikan bagi bakal pemilik rumah.

Ianya mudahkan uruskan kedua-dua pihak, yakni Myra dan juga pembeli bila segala urusan dilakukan secara digital. Banyak masa dapat dijimatkan, bahkan segala urusan boleh diselesaikan dengan lebih cepat dan pantas.

Pembeli rumah, sebaliknya dapat menikmati kemudahan rujukan untuk sebarang dokumen yang mereka perlu sertakan untuk menyelesaikan tempahan, dan dalam masa yang sama, mendapat bantuan pantas dari pasukan Myra sepanjang perjalanan untuk memiliki rumah mereka.

Projek Perumahan Myra Yang Perlu Anda Tahu

Myra' Project

Hingga kini, Myra mempunyai 7 kawasan perumahan, yakni :-

  • Myra Saujana di Dengkil,
  • Myra Meranti di Puchong,
  • Myra Alam di Puncak Alam,
  • Myra Putra diDesa Pinggiran Putra,
  • Myra Vista di Bandar Baru Salak Tinggi,
  • Myra Gardens in Kundang, &
  • Myra Irina, projek pertama RSKU di Puncak Alam.

Myra’s Homebuying Hub telah dilancarkan pada Januari 2021 bagi tujuan mengumpul, menyimpan dan mengendalikan peribadi maklumat individu mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) dan turut memperolehi Sijil SSL bagi tujuan memastikan keselamatan privasi setiap pengguna aplikasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Myra’s Homebuying Hub atau projek terbaru dari Myra, anda boleh layari www.myra.com.my.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “4 Langkah Mudah Beli Rumah Pertama Dengan Myra’s Homebuying Hub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *