Masih mencari peranti untuk kegunaan anak-anak bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sesi persekolahan tahun ini dilihat sebagai kaedah terbaik, berikutan peningkatan kes Covid-19.
Bagaimanapun,
Bukan semua keluarga berkemampuan untuk menyediakan peranti untuk urusan pembelajaran anak mereka. Ada sesetengah keluarga, terpaksa berkongsi peranti dengan anak-anak mereka.
Kadangkala, ada ibu bapa yang serabut bila semua maklumat mengenai persekolahan kesemua anak mereka dihantar pada satu peranti menyebabkan ia jem / hang.
Lebih ketara, peranti tersebut menyukarkan anak-anak untuk melihat nota dan perkongsian yang dilakukan oleh cikgu mereka.
Bukan itu sahaja.
Capaian internet juga menjadi salah satu faktor yang menyukarkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berlangsung.
Oleh itu pemilihan peranti yang bersesuaian amat dititik berat dalam membantu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) anak-anak, terutamanya bagi mereka yang berkemampuan. Dalam masa yang sama, risau ianya disalah guna oleh anak-anak.
Bro hari ini, nak berkongsi mengenai peranti Lenovo Tab M10 HD yang digunakan oleh anak-anak Bro untuk PdPR. Dalam masa yang sama mampu digunakan pakai oleh seisi keluarga.
Dengan harga mampu milik, menjadikan ia antara tablet pilihan sesetengah keluarga.
Mana taknya, ia hadir dengan paparan skrin HD bersaiz 10.1 inci dengan bunyi audio yang menarik. Terdapat ciri log masuk melalui pengimbas wajah, Mod Kanak-kanak serta penggunaan ‘Multi-User’ menjadikan ia lebih selamat digunakan oleh anak anda.
Harga ditawarkan bermula dari RM779.35 (Sumber : Laman Web Lenovo Malaysia)
Pandang Pertama Lenovo Tab M10 HD
Pandang pertama Bro mengenai Lenovo Tab M10 HD ini, ianya bukannya dihasilkan untuk nampak premium atau esklusif sesuai dengan harga yang ditawarkan.
Direka lebih ringan, lebih kurang 480gram beratnya berbanding sesetengah tablet yang sama saiz di pasaran dengen ketebalan 8.45mm.
Menggunakan sistem operasi Android 9.0 yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon SDM429 Processor ( 2.00GHz ) dengan memory sebesar 2GB dan ruang penyimpan 16GB. Ia boleh dipentingkatan sehingga 256GB menggunakan kad microSD yang boleh dipasang melalui talam sim kad.
Ianya boleh dihubungkan melalui sambungan WiFi dan menyokong penggunaan sim kad 5G.
Sepanjang Bro menggunakan Lenovo Tab M10 HD ini, ia tiada masalah untuk dihubungkan bersama sambungan WiFi 5G.
Hadir dengan paparan 10.1″HD IPS Multitouch 1280×800 dengan 10 titik sentuhan, menjadikan ia antara peranti yang terbaik untuk digunakan bagi menonton video dalam paparan HD.
Jangka hayat baterinya pula sehingga 8 jam penggunaan (jika menonton video bersaiz 720px) dan ia masih menyokong port pengecasan micro USB.
Untuk kamera pula, ia didatangkan dengan kamera belakang 5MP autofocus, manakala kamera hadapannya pula 2MP fixed focus.
Bagi Bro, penggunaan kamera hadapan 2MP tak banyak memberi kesan kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) anak-anak.
Lagipun, anak sulong Bro menggunakan Google Meet pada Lenovo Tab M10 HD untuk hadiri kelas Taekwando beliau. Paparan lebih jelas berbanding menggunakan telefon pintar, begitu juga dengan audionya yakni Dolby Audio™ melalui 2 speaker yang disediakan.
Nampak tak?
Sekarang nie, nak belajar Taekwando pun boleh melalui online. Cuma itu la, mak bapak kena join sama, jadi tukang pegang ‘target practise’ untuk dia tendang / terajang.
Seperti yang Bro pernah bagitau, Lenovo Tab M10 HD didatangkan dengan fungsi multi-user dimana korang boleh membuat tetapan berapa user yang dibolehkan menggunakan tablet ini.
Korang hanya perlu create profile untuk setiap user. Setiap user boleh log masuk menggunakan kod pin ataupun menggunakan fungsi pengimbas muka.
Bagi kanak-kanak pula, profile mereka akan ditetapkan kepada Kids Mode.
Dalam Kids Mode disediakan beberapa aplikasi berbentuk pembelajaran yang disesuaikan untuk kanak-kanak. Maka kandungan yang dipaparkan bersesuaian dengan umur mereka tanpa perlu anda risau “anasir yang tidak sepatutnya’ ditonton oleh anak anda.
Anda juga boleh meletakan had penggunaan bagi mode ini supaya mereka tidak terlalu kerap menghabiskan masa menghadap peranti seharian.
Ok, itu sahaja dari Bro untuk kali ini. Jika anda ingin dapatkan produk terkini dari Lenovo, anda boleh dapatikan di SINI.