Yoodo telah memperkenalkan barisan terbaru bagi pasukan Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) MOBILE esports mereka, yakni Yoodo Gank bagi tahun 2021.
Untuk tahun 2021 ini, Yoodo Gank bakal menampilkan 3 muka baru – Wrydep, Putra & Bravo digandingkan bersama 2 muka lama.
Di sini, Bro kongsikan senarai pemain yang bernaung dibawah nama pasukan Yoodo Gank bagi tahun 2021 :-
- Wrydep – Azim Haris, Entry Fragger
- Putra – Fairul Iskandar Putra, Rusher/Fragger
- Bravo – Lokman Hakim, Rusher/Fragger
- Draxx – Abdul Azim Ikromi, Sniper
- ManParang – Aiman Amirul, Team Captain.
Menurut Kevin Wong, selaku Yoodo Gank Team Manager dan CEO of Wulf Esport,
“Barisan pemain yang mahir ini telah menunjukkan komitmen yang luar biasa kepada pasukan dan mereka bekerja keras di bawah pengawasan jurulatih kami, Hahagus untuk meningkatkan keserasian antara mereka dan pemain yang sedia ada, Draxx dan juga Manparang.
Saya boleh katakan bahawa Yoodo Gank sudah siap sepenuhnya dan bersedia membawa kita kemenangan yang hebat untuk tahun ini”
Yoodo Gank kini telah menjadi salah satu pasukan PUBG MOBILE yang paling berjaya di Malaysia dan dengan barisan baru ini, mereka yakin pasukan ini akan terus mencipta rekod baru dan membina legasi mereka.
Yoodo X RSG – MLBB & Call of Duty: Mobile
Selain kerjasama bagi tahun ke-4 dengan Yoodo Gank, pihak Yoodo juga turut menjalinkan kerjasama dengan 2 pasukan esport bagi memantapkan penguasaan mereka dalam arena esport.
Oleh itu Yoodo telah mengumumkan kerjasama strategik dengan RSG MY yang menyaksikan pengumuman pasukan esports MLBB baru, Yoodo RSG MLBB, selaku pencabar baru dalam arena persaingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).
Pasukan Yoodo RSG MLBB ini menampilkan : –
- Logan – Abdul Wandi, Tank/Support
- Leixia – Ahmad Ali Huzaifi, Mid/Core
- Zaraki – Jamil, Offlane
- Rush – Herwin, Tank
- Kaizer – Isme Haqeem, Offlane
- Lolealz – Ealtond Rayner, Offlane
- Syno – Mohamad Amir Afdhal.
Kerjasama baru ini juga turut menyaksikan Yoodo memperluas kehadirannya dalam Call of Duty: Mobile melalui pengumuman pasukan Yoodo RSG CODM yang baru.
Pasukan ini akan diketuai oleh Yoodo RanGer Abdul Hakiem berbakat besar serta produktif dalam memenangi kejohanan kebangsaan mahupun antarabangsa selama tiga tahun terakhir.
Barisan ahli pasukan Yoodo RSG CODM adalah ;-
- Yoodo RanGer – Abdul Hakiem
- Edz – Farris Rauf
- AlphaRe – Muhammad Azri
- Raven – Ameer Imran
- Derp – Muhammad Irfan Danial
Menurut Aiman Wafiy, Operations Manager kepada RSG MY,
“Kita semua berhubung dengan komuniti esports dengan cara yang unik untuk mencipta juara di semua pertandingan. Ketika memperluas kehadiran kami di Malaysia, jelas dari awal bahwa – dengan semangat mereka untuk sukan, Yoodo akan menjadi pasangan yang sempurna. Sekarang kami teruja untuk melihat bagaimana perkongsian ini dapat membawa pemain berbakat kami pergi lebih jauh.”
.
Sejak awal lagi Yoodo punyai semangat yang mendalam terhadap esports dan hari ini kami telah menaikkan semangat tersebut ke tahap seterusnya dengan pengumuman ini. Dengan kerjasama baru ini, senarai kejohanan dan pasukan yang mahir, tidak dapat dinafikan bahawa kami adalah Telco yang paling dominan dan komited dalam hal esport.” –Chow Tuck Mun, Head of Yoodo.
Yoodo – Moonton Partnership 2021
Pada tahun lalu, Yoodo telah bekerjasama dengan Moonton untuk menghidupkan Musim 5 dan Liga Profesional Mobile Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk Malaysia dan Singapura (MPL MY / SG S6).
Dalam acara ini, Yoodo turut mengumumkan kerjasama industri dengan Moonton untuk menganjurkan pelbagai kejohanan bertumpu pada MLBB sepanjang tahun 2021.
Kerjasama epik ini akan dimulakan dengan Liga Pro MLBB (MPL) Musim 7 yang akan datang, yang untuk pertama kalinya akan menumpukan liga khusus untuk Malaysia.
Ia kemudian akan disusuli dengan kejohanan jemputan khas sebelum melangkah ke MPL Musim 8. Kemuncak kerjasama terhebat ini pada Kejuaraan Dunia MLBB M3 pada akhir 2021.
Di sini anda dapat menyaksikan komitmen Yoodo dalam MLBB melalui kerjasama yang luas bersama Moonton. Kerjasama ini bakal menyaksikan Yoodo membawa aksi MLBB yang lebih menarik kepada lebih ramai pemain dengan menaja empat kejohanan utama ;-
MPL Season 7
Qualifiers: 5 February – 7 February 2021
Regular season: 12 March – 18 April 2021
Playoffs: 30 April – 2 May 2021
MSC/MPL Invitational
June – July 2021
MPL Season 8
Qualifiers: 16 July – 18 July 2021
Regular season: 20 August – 3 October 2021
Playoffs: 15 October – 17 October 2021
M3 2021
November – December 2021
“Kami menyedari bahawa pasaran Malaysia untuk MLBB berkembang pesat! Terdapat banyak pemain berbakat dan peminat yang bersemangat mencari aksi MLBB yang hebat.
Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Yoodo untuk memuaskan pemain dan peminat profesional dengan barisan kejohanan luar biasa sepanjang tahun 2021,” – Michael Lin, Esports Business Development and Marketing Manager for MPL MY.
Dilancarkan pada Januari 2018, Yoodo adalah perkhidmatan mudah alih digital yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Ia menawarkan perkhidmatan mudah alih pertama yang benar-benar disesuaikan di negara ini dengan ketelusan, fleksibiliti dan kemudahan pelanggan sepenuhnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, anda boleh layari yoodo.com.my atau lawati yoodoMY di Facebook, Instagram, YouTube and Twitter.
Untuk maklumat terkini mengenai esport, anda boleh ikuti Facebook Yoodo Esports.