December 4, 2024

TOP Bantu 420 Pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan Kembali ke Sekolah

TOP Bantu Pelajar Orang Asli Kembali ke Sekolah
Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan Kembali ke Sekolah termasuk Pelitup Muka Guna Semula untuk Perlindungan Covid-19, Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia.

Permulaan sekolah tahun 2021 melakar sejarah apabila Malaysia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi melawan pandemik Covid-19.

Para pelajar terpaksa meneruskan pelajaran daripada rumah bagi memastikan generasi muda tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun keadaan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik, termasuk ekonomi golongan seperti Orang Asli.

Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling teruk terjejas ekonominya. Banjir yang melanda baru-baru ini di Johor, Pahang dan Perak turut menyebabkan aktiviti ekonomi tergendala dan pada masa yang sama, mereka bimbang anak-anak mereka dijangkiti wabak Covid-19.

Cerahi Kehidupan Bersama TOP

TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ yang disokong oleh TESCO dan JAKOA, kena pada masanya bagi membantu 420 orang pelajar Orang Asli dari enam buah sekolah di Pahang, Perak dan Johor dengan kelengkapan kembali ke sekolah.

Ia termasuk dua pelitup muka guna semula bagi setiap pelajar untuk perlindungan daripada Covid-19, dan serbuk pencuci TOP untuk basuhan sebersih-bersihnya pakaian sekolah untuk tahun persekolahan 2021 ini.

Dana yang dikutip menerusi kempen ini lebih daripada jangkaan dan membolehkan TOP membantu 60 orang lagi pelajar sebagai tambahan kepada sasaran asal iaitu 360 orang pelajar.

Sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah termasuk SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berprestasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok, Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental membina semula setelah tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil.

Pelajar Orang Asli dari SK Kenering, SK Pahit dan SK Batu 4 di Perak turut menerima sumbangan.

Sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP

Walaupun terdapat sekatan pergerakan rentas negeri dan banjir di beberapa kawasan, pasukan JAKOA berjaya mengatur penghantaran 150 karton kelengkapan kembali ke sekolah serba baharu.

Ianya terdiri daripada pakaian seragam, kasut, stoking, beg sekolah, alat tulis, kotak pensel, pensel warna, buku latihan, botol air, bekas makanan, dua helai pelitup muka guna semula dan satu pek 750gm serbuk pencuci TOP Super Hygienic untuk setiap pelajar, di samping alatan pendidikan seni dan ukulele untuk sekolah.

Sumbangan ini diharap dapat melindungi para pelajar ini daripada wabak Covid-19, menyuntik semangat untuk kembali ke sekolah dan meringankan beban kewangan para ibu bapa.

TOP dari Lion Jepun terkenal dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, keselesaan dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. Teknologi Micro-Clean yang termasyhur menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan begitu berkesan supaya kebersihan basuhan adalah lebih terjamin.

TOP menyumbangkan serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap pelajar dan kira-kira 3,000 orang penduduk kampung bagi memberi mereka serbuk pencuci berprestasi tinggi yang mampu mencuci pakaian mereka dengan sebersih-bersihnya termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup separa muka kain.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *