December 6, 2024

Pengalaman Kena Swab Test Covid-19 & Kuarantin di Rumah

Swab Test Covid-19
Bro sekeluarga dapat arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk buat swab test Covid-19 selepas Puan Isteri didapati positif Covid-19 melalui kontak rapat di tempat kerja.

Benda ini Bro dah agak dari mula bila terdapat kes positif di tempat kerja Puan Isteri.

Bila tahu, beliau ada kontak rapat dengan salah seorang yang positif, terus Puan Isteri ambil inisiatif sendiri melakukan kuarantin kendiri sebelum buat swab test pada keesokan harinya.

Swab test pertama, resultnya negatif ketika itu.

Tetapi resultnya berubah ketika swab test yang kedua beberapa hari kemudiannya, dan waktu itu Puan Isteri disahkan positif. Maka, Bro arahkan anak-anak supaya menjauhkan diri dari ibu mereka.

Selamat mereka berdua tahu pasal Covid-19 ini dan bagaimana untuk patuhi SOP walaupun ketika berada di rumah. Benda macam ini, memang Bro dah terangkan awal-awal pada mereka supaya mereka alert mengenai pandemik yang sedang melanda seluruh dunia ini.

Dapat Panggilan Dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bila Puan Isteri disahkan positif, maka Bro sekeluarga dapat panggilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk buat swab test di klinik kesihatan berdekatan (kliniknya tak de la dekat sangat, jauh la juga).

Dup dap dup dap juga la.

So malam itu terangkan pada anak-anak apa yang mereka perlu hadapi pada keesokkan harinya. Dorang cakap ok, maka suruh mereka tidur awal & Bro pula susah nak tidur pada malamnya.

Awal pagi Bro dah kejut mereka berdua, sediakan sarapan & terus bawa mereka ke tempat yang dituju, Risau ramai orang & perlu menunggu lama.

Alhamdulillah, klinik kesihatan yang Bro kena pergi tak ramai orang & segala urusan dapat diselesaikan awal.

Sampai je, kena mendaftar dulu. Bro bagitau yang kami dapat panggilan dari KKM, maka staf yang bertugas minta kami check nama dalam senarai yang disediakan, ada ke idak. Lepas mendapati nama ada dalam senarai, maka Bro dikehendaki mengisi Borang Pendaftaran Saringan Covid-19.

Selesai je, Bro dikehendaki mengisi borang Perintah Pengawasan & Pemerhatian pula untuk kuarantin di rumah. Kemudian kami dipakaikan gelang warna putih (kata orang, gelang orang nak beranak).

Bro ada tanya, nape bukan warna pink……

Kemudian kami dikehendaki menunggu giliran untuk melakukan swab test. Bro agak kejam juga dekat sini, sebab suruh anak-anak yang buat dulu, manakala bapanya kemudian hahaha.

Waktu turn Fisha, dia agak takut dan tutup hidung dia. Maka Bro terpaksa peluk & pegang kedua-dua tangan dia ketika kakitangan kesihatan melakukan swab test.

Bila turn Fyna pula. Dia menyerah diri je waktu kena swab test. Bagus budak nie, sedikit pun tak melawan atau menangis.

Selesai je swab test maka bermula la tempoh kami sekeluarga kuarantin di rumah sehingga tarikh yang dinyatakan.

Segala kenangan Bro ada rakam dalam vlog di bawah. Cuma Bro tak dapat nak kongsikan bahagian kena swab test tue, sebab tak dibenarkan buat rakaman dalam premis kerajaan.

Aktiviti Ketika Kuarantin di Rumah

Disebabkan aktiviti agak terbatas sewaktu kuarantin di rumah, Bro masak je apa yang ada dekat dapur. Tapi selalunya order FoodPanda je sebab ada promosi.

Dan Bro selalu pesan pada rider untuk tinggalkan makanan dekat luar rumah bila sampai.

Barang keperluan juga kami beli di Tesco (Sekarang dah tukar nama kepada Lotus – Syarikat dari Thailand telah beli Tesco Malaysia & Thailand) melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh FoodPanda juga.

Food Panda
Terima kasih FoodPanda

Bro juga ada update status kami sekeluarga dikuarantinkan dalam group taman & perkara ini diambil perhatian oleh AJK Komuniti taman ini.

Alhamdulillah, ada juga jiran-jiran yang sudi hulurkan bantuan. Terbaik…..!!!

Keputusan swab test Covid Bro terima melalui sms yang boleh dilihat melalui pautan yang disediakan mereka terus ke aplikasi MySejahtera (Korang patut sangat download aplikasi ini) jangan nak scan-scan pasal kamera telefon je. Risau jadi macam kes ini, dah scan tapi maklumat tak dapat diaccess semula waktu ditahan pihak berkuasa. Tak pepasal RM1,000 melayang macam tue je.

Dan keputusan yang Bro terima didapati Bro & anak-anak resultnya negatif.

Maka buat masa ini, hanya Puan Isteri sahaja kuarantin kendiri dalam bilik & anak-anak Bro halang mereka dekati bilik tersebut. Makanan semua untuk Puan Isteri, Bro yang akan urusankan letak depan pintu.

Selamat Hari Raya 2020
Gambar raya kami sekeluarga tahun lepas.

Jika anak-anak nak berbual dengan Puan Isteri, Bro buat panggilan video (video call) untuk mereka bersembang. Macam kelakar je, video call dalam satu rumah (Rumah Bro kecil je).

Next week, jika tiada gejala kami dah boleh potong gelang. Jika tidak, perlu lakukan swab test yang kedua.

Dapat khabaran tempat kerja Puan Isteri tak cukup staf sebab ramai yang kena kuarantin & ada yang ditahan di pusat2 kuarantin disebabkan oleh keadaan kesihatan mereka yang kurang baik. Mana-mana pesakit yang masuk ke wad Puan Isteri ketika ini, terpaksa di hantar ke Hospital lain.

Berat dugaan mereka yang kerja sebagai frontliner ini. Tapi Bro berbangga dapat jadi suami kepada mereka ;)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Pengalaman Kena Swab Test Covid-19 & Kuarantin di Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *