October 20, 2021

Capai Tumbesaran Optimum Anak Anda Dengan Dutch Lady MaxGro

Dutch Lady MaxGro
Dutch Lady, syarikat tenusu yang terkemuka di Malaysia, telah melancarkanan makanan diet formula berasaskan susu yang pertama iaitu DUTCH LADY MaxGro.

Diformulasi khas untuk membekalkan 80% daripada pengambilan nutrien yang disarankan untuk kanak-kanak (Malaysia RNI 2017), DUTCH LADY MaxGro sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 1 – 9 tahun dan kaya dengan pelbagai nutrien penting untuk membantu mereka memenuhi keperluan diet yang seimbang dan lengkap.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia kini sedang menghadapi masalah malnutrisi.

Menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar prevalens bantut dan kurang berat badan dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun di Malaysia
telah meningkat daripada 17.7% pada 2015 kepada 21.9% pada 2019.

Sebuah kajian yang dijalankan oleh Kaji Selidik Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS) pada 2012 juga mendedahkan bahawa 1 daripada 2 kanak-kanak di Malaysia tidak mencapai Pengambilan Nutrien Yang Disarankan (RNI, 2017) untuk Kalsium dan Vitamin D, di mana kedua-duanya merupakan nutrien yang penting untuk tumbesaran tulang.

Melalui inovasi terkini,

DUTCH LADY MaxGro ini mengandungi 9 Asid Amino Penting (9EAA) – yang merupakan blok asas dalam protein untuk pertumbuhan tulang dan otot, Asid Dokosaheksaenoik (DHA), Kalsium – untuk tulang yang kuat, dan Vitamin D – untuk membantu penyerapan Kalsium.

Nutrien-nutrien lain yang boleh didapati di dalam DUTCH LADY MaxGro ini termasuklah Zat Besi, Magnesium, Fosforus, Zink, Vitamin A, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C – bagi menyokong tumbesaran dan perkembangan yang optimum untuk kanak-kanak.

Aplikasi MaxGro Growth Tracker

Aplikasi MaxGro Growth Tracker

Dutch Lady Malaysia turut memperkenalkan aplikasi MaxGro Growth Tracker, yang merupakan penjejak tumbesaran yang membantu ibu bapa menjejak perkembangan dan tumbesaran anak-anak mereka.

Selain daripada menjejak Pertumbuhan Fizikal, aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa memantau Perkembangan Kognitif anak-anak mereka, memeriksa Jadual Imunisasi, mengemas kini Log Pertumbuhan Gigi, dan banyak lagi.

Aplikasi MaxGro Growth Tracker telah dihasilkan untuk ibu bapa bagi membantu anak-anak mereka mencapai cita-cita untuk membesar dengan lebih tinggi dan sihat dengan mudah, dan boleh didapati secara percuma di Google Play.

Bantulah anak anda mencapai potensi tumbesaran yang optimum dengan DUTCH LADY MaxGro yang boleh didapati di semua cawangan peruncitan utama di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari www.smartmoments.com.my dan mohon sampel percuma sekarang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Capai Tumbesaran Optimum Anak Anda Dengan Dutch Lady MaxGro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *