September 21, 2023

Segarang-Garang Daddy, Garang Lagi Ummi Korang

Bercuti di Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Segarang daddy, garang lagi ummi korang.

Daddy kalau bersuara, boleh diam satu rumah. Kalau ummi yang bersuara, jenuh nak suruh dia diam balik.

Bab pujuk anak, ummi pass pada daddy.
Bab pujuk anak makan, daddy pass pada ummi.

Bab mandikan anak, siapkan dorang. Ummi pass pada daddy.
Bab kemaskan rumah, daddy pass pada ummi.

Bab sepahkan rumah? Siapa pass pada siapa sebenarnya? Ke tak pass pun, dah boleh tahu kerja siapa hahahaha

Yang Benar,
Bro Framestone – Bapak Tidur Anak Peluk Kiri Kanan. Selamat 2 Orang Je.

Gambar : Pengalaman Bercuti Di Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut.

Perlu ke Garang Dengan Anak?

Mengajar Anak Berenang

Sebagai ibu bapa, tidak semestinya kita kena garang dengan anak, tetapi ianya perlu ada. Garang dalam ketegasan, bukan garang sebab nak melepas amarah.

Cara mendidik anak dengan betul adalah menjadi ibu bapa yang garang dan tegas supaya anak lebih bertanggungjawab dan berdisiplin apabila dewasa nanti.

Jika tidak, kita pula yang terpaksa ikut kerenah mereka hingga sampai satu tahap, mereka menjadi “Tuan” di dalam rumah kita. Bila sesuatu gagal kita tunaikan, mereka akan mula membenci kita. Itu yang kita tak nak berlaku.

Jika mereka melakukan kesalahan, ajar mereka untuk mengakui kesalahan yang mereka lakukan. Paling penting, ajar mereka untuk meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

Ini secara tidak langsung mendidik mereka menjadi insan yang bertanggungjawab dan berani kehadapan serta tidak gentar dengan kegagalan. Nampak macam remeh je kan, tapi impaknya amat besar dalam diri mereka.

Paling penting,

Kita perlu tegas dan garang bila masuk waktu tidur mereka. Jangan biasakan mereka berjaga hingga lewat malam semata-mata kerana ingin menonton television mahupun menghadap handphone. Ajar mereka limit penggunaan ‘benda ini’ dalam kehidupan seharian.

Realisasikan Imaginasi Anak Melalui Play-Doh's Creative Learning Toolkit - Mini Chef

Kembali kepada part menyepah rumah.

Kadangkala kreativiti mereka terbentuk dan mula berkembang, tetapi kesan sampingannya boleh nampak dengan ketara. Tak salah jika kreativiti ini menyebabkan rumah bersepah, asalkan mereka mengemaskan ianya semula selepas ia selesai.

Ajar juga mereka untuk mengemas benda yang bukan mereka yang sepahkan. Ini secara tidak langsung membiasakan mereka melakukan sesuatu dengan sukarela & bukannya terpaksa.

Tapi, kalau bapa dorang yang sepahkan… Itu segaja nak cari pasal namanya hahahah

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Segarang-Garang Daddy, Garang Lagi Ummi Korang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *