Permulaan tahun 2018, Youtube mengumumkan perubahan polisi pada YouTube Partner Program terutamanya kepada pengguna yang menjana duit melalui iklan pada saluran Youtube mereka.
Sebelum ini, YouTube menetapkan yang mana pengguna perlu mempunyai sekitar 10,000 tontonan sebelum dapat menjana pendapatan tambahan melalui YouTube Partner Program.
Kini, YouTube memerlukan sesuatu saluran mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 subscribers dan juga 4,000 jam masa tontonan dalam tempoh 12 bulan lepas.
Akaun Youtube BroFramestone juga terkena kesan dari perubahan polisi ini.
Dimana Bro turut menerima email ‘ugutan’ dari pihak Youtube yang berbunyi,
“Under the new eligibility requirements announced today,
Your YouTube channel, Bro Framestone, is no longer eligible for monetization because it doesn’t meet the new threshold of 4,000 hours of watchtime within the past 12 months and 1,000 subscribers.
As a result, your channel will lose access to all monetization tools and features associated with the YouTube Partner Program on February 20, 2018 unless you surpass this threshold in the next 30 days. Accordingly, this email serves as 30 days notice that your YouTube Partner Program terms are terminated.
One of YouTube’s core values is to provide anyone the opportunity to earn money from a thriving channel.”
Bunyi macam kejam (Ye la, Berapa USD sangat Bro dapat dari Youtube setiap bulan), lain la Selebriti Youtube yang berjaya jana berbelas juta USD pada tahun 2017.
Bagi menjaga kualiti / nilai iklan yang dipaparkan, hanya kandungan berkualiti dan mampu tarik pengiklanan premium akan diberi keutamaan.
Bagaimanapun ianya tertakluk kepada proses penyaringan yang lebih tinggi dari YouTube.
Setiap video yang diserahkan untuk iklan Google Pilihan mesti ditonton oleh moderator dan diluluskan secara manual sebagai kandungan yang mesra keluarga.
Diharapkan anda sudi subscribe Channel Bro Framestone (Target 1,000 Subscribers sebelum pertengahan Februari 2018).
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
bagus juga mcm ni.. kualiti kena jaga
Macam2 la policy ye bro? Tak comply kita lak tak leh nak jana income. Nak tak nak kena bagi ramai subscriber tu. 4000 jam tontonan pun kalau akak susah gak tu….
Boleh punya… Chaiyok chaiyokkkk
Makin tahun makin ketat polisi nya. Tapi tak tahu la Youtube ni masih relevan atau tidak pada 10-15 tahun akan datang.
Relevan tak relevan kita tak tahu la kan…
Tapi time macam nie, better buat duit kaw kaw dulu.. sebelum bungkus macam Nokia hahaha
Belum confident nak youtube. Tapi tadi dah follow Bro punya ig, fb and twitter. Mari men’follow’ saya juga. :) TQ
Sedihnya. tak sempat nak kumpul subscriber sampai 1,000 uhuhu
Sekarang momi ada berapa ramai subscribers?
Patut la tengok ramai kawan2 blogger pakat duk mintak sub channel youtube dorang. Emi punya subs lagi laaa…sikit bebenor. Baru nak berjinak2 dgn youtube haha
Saya biar je bro. Malas lah nak layan. Geram pulak bila youtube buat banyak rules dari semasa ke semasa. Saya punya baru 200 lebih. Memang semput lah nak ke 1000 tu
Saya lagilah tak pernah jana income melalui YouTube, nak try tp xtau. Kena google dulu
eh geramlah dengan polisi terbaru ni, eh tka kisahlah i post je la videos i, last time ada budak tanya macam mana nak dapatkan followers ramai dia tanya orang youtube famous.. orang tu cakap kalau tak ada followers pun dont stop your passsion, just post only dont worry sape yang tengok sape yang tak tengok yang penting “PASSION’ hahahaha
baru je berjinak dengan youtube, jawabnya lambat lagi lah nak merasaincome dari youtube. haha. btw, dah subscribe chanel bro!
Huu.. TB nak tunggu cashout je bro.. kalau dah cashout dia nak tukar syarat apa-apa pun biaq pi laaa.. ni earning yang ada pun lum cukup lagi nak cashout.. huwwaaa.. macam2 lah pulak songeh youtube ni
Fuhhh nak dapatkan 1000 subs pun susah. Lagi dengan polisi baru ni kena usaha lebih ni. Jom subscribe youtube Aten : https://www.youtube.com/c/fatinbella . Hekhek
Their policy really different and you need at least 1000 subscribes only can earn money with youtube.
Nak dapat 100 subscribe pun makan masa bertahun inikan 1000..ummm nampak gaya buat dekkk je lee..hehehe
Semua revise polisi ye untuk tahun 2018 ni..silap² tahun yg bakal mendatang ada yuran tahunan terus..huhuhu
Hahahahaha. Jenuh la kan. Dah le bukan zaman kegemilangan nak Tambah subscriber. Bebudak muda sekarang baru pos satu video dah ramai view dan subscriber. Wuwuwuwu. Hebat betol. Hahaha
Alamak ada sikit jer subscriber.. Memang sudah disyaratkan yea kena ada 1000 subscriber.. Nageslah macam ni… Dahlah bukan ada byk sangat letak video sendiri
oh gitu… saya jarang up kat youtube… info terbaik utk mtk yg aktif masuk youtube…
tinggal lebih kurang 200 subs je lagi..harap ujung tahun ni leh dapat dah.haha