Menu A La Carte bagi hidangan antarabangsa mahupun tempatan serendah RM25 di Coffee House, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.
Biar betul?
Coffee House, yang terletak di tingkat 9, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menawarkan pelbagai hidangan Barat, Asia dan Timur Tengah, yang menarik dan tersendiri.
Restoran ini menyajikan sarapan bufet setiap hari (terutama bagi mereka yang menginap di Sunway Putra Hotel), a la carte untuk makan tengahari dan makan malam (setiap hari) dan juga pelbagai menu set (makan tengah hari setiap hari).
Baru-baru ini mereka telah memperkenal beberapa menu A La Carte terbaru seperti;-
- Lobster Cantonese Noodles,
- Nasi Lemak Gunung Berapi,
- Fried Noodle Mamak Style,
- Hainanese Chicken Rice,
- Penang Famous Char Kway Teow,
- Homemade Classic Burger,
- My Chicken Chop
- Spaghetti Aglio Olio with Prawns.
Sepanjang kami sekeluarga menginap disini, Bro ada mencuba beberapa menu terbaru mereka ini. Antaranya,
Lobster Cantonese Noodles – RM44 (Harga sebenar)
Menu sesuai bagi peminat makanan laut (seafood) dimana anda boleh menikmati Lobster pada harga RM25 berbanding harga sebenarnya RM44.
Pasti berbaloi-baloi dan lebih penjimatan.
Hainanese Chicken Rice – RM29 (Harga sebenar)
Spaghetti Aglio Olio with Prawns – RM32 (Harga sebenar)
Kesemua menu ini juga akan disajikan sebagai Set Menu Makan Tengahari pada harga menarik RM25 nett set (setiap hari dari 11 pagi hingga 10:30 malam).
Setiap menu ini disertakan sekali dengan pencuci mulut pilihan bersama secawan kopi atau teh.
Coffee House @ Sunway Putra Hotel
Level 9, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Waktu Peniagaan : 6.00 Pagi – 10.30 Malam
Laman Web : http://putra.sunwayhotels.com/dining/coffee-house
Untuk tempahan, boleh hubungi +603 4040 9888 atau email ke spkl.dine@sunwayhotels.com
Next time, jika Bro menginap di sini lagi, boleh kami cuba menu-menu yang lain pula ;)
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Saya tak bosan lihat blognya kak su. Banyak makanan yang buat lidah saya gemetar ingin coba. hehe :D
kalo ada waktu , saya pengen liburan ke malaysia bareng kak su :)
geramnya tengok harga makanan sedap murah murah ni haha teringin nak try lobster cantonese noodles tu
Makanan nampak menarik, harga pula tak terlalu mahal. Nanti 1 hari leh try la makan kat sini.
SA tengah lapar ni dia duk tayang makanan ni semua…mak oiiiii…..melampau berbunyi perut ha…Bro kena belanja SA ni..
murah sgt dah ni bro !! .. makanan semua nampak sedap woooo
Boleh tahan juga harga asalnya mencecah RM50. Dah ada promosi ni bolehlah nak makan lobster noodles. Nasi Lemak Gunung Berapi macam menarik. Adakah sambal nya pedas giler? Hehe
tengok makanan best dan sedap.. harga lebih mahal.. syok kalau g time promosi ni.. hahahahha aduhhh perut lapar la pulak…
Yummy, the food looks delicious, will drop by and taste it soon.
Makanan nampak sedap… rasa nak try Hainanese Chicken Rice nampak padu
amboii murahnya serendah rm25. yang cantonese noodle tu macam kuey tiaw basah versi sabah, dapnyee huhu
Mak aih lobster cantonese tuu
Ohoiii sedap nyeee
lobsters!! RM25 memang i will order lobster jugak cause seems more worth it. hah
Nampak sedap je Lobster Cantonese Noodle tu!…
Lobster tu yang mahal :).
EH..murahnya..kalau dekat ni, sekarang juga pi ni hehehe
Uih tak sangka makan kat hotel pun harga macam ni, rasa sure sedap lak an. Boleh ajak husband dating kat sini.
Eh, kan hari tue kita ada makan dekat hotel nie juga.. Ingat x?
menyampahnya buka blog bro kalau entri makanan ni.. buat neeza lapar gila. hmm tunggu bro belanja makan lagi ni. hahaha.
Adudu sedap gila salah timing ar buka blog bro time tengah lapar ni hahaha memang nampak sedap sangat nak terjahlah nanti
nampak semua sedap2 kedai kawan pun ada kat sana jugak
I like the food that serve at Coffee House. The taste, quality and food are good. Hygiene is super good. Recommended place for dinning
Lobster???? Sedap tp pengalaman mkn lobster kepala pusing2 sebab terlebih makan hahahaha..mesti try Kat coffee house ni..mur2 dan mampu milik hihihi
Lobster Cantonese ni ika memang kena cuba. Sangat sangat nampak sedap oii.