September 18, 2021

10,000 Nasi Lemak MB Dijual di Shopee Sempena Hari Nasi Lemak MB

Nasi Lemak MB - Malaysia's Favourite
Sempena tahun kedua sambutan ‘Hari Nasi Lemak MB’, Marrybrown menawarkan 10,000 bungkus Nasi Lemak MB menerusi tawaran Beli 1 Percuma 1 di Shopee.

Ada tak peminat Nasi Lemak MB dekat sini?

Jika ada, maka jangan lepaskan tawaran ini untuk dapatkan Nasi Lemak MB di Shopee pada Hari Nasi Lemak MB pada hari ahad ini (1 Ogos 2021).

Pembelian hanya boleh dibuat melalui pautan ini (link hanya berfungsi di telefon bimbit) bermula 12 tengah malam (1 Ogos 2021) hingga tawaran tamat.

Kita sudah pun berada di setengah tahun pertama 2021, dan rakyat Malaysia masih lagi di dalam sesi memerangi pandemic sambil berusaha untuk membentuk imuniti berkelompok.

Pelbagai situasi yang menyentuh hati dilihat dikalangan rakyat Malaysia yang bersatu hati serta saling membantu antara satu sama lain tidak kira agama, bangsa mahupun budaya dalam memastikan kesejahteraan semua terjaga.

Bukti jelas rakyat Malaysia bersatu padu dalam mengatasi kesukaran dikala pandemik ini dapat dilihat apabila mereka sering mengambil berat tentang keadaan sekeliling terutamanya petugas-petugas barisan hadapan.

Begitu juga Nasi Lemak, Hidangan Kebanggaan ramai ini mempunyai keunikan rasa, dihasilkan dari pelbagai bahan dan ramuan, menjadikannya sebagai hidangan pilihan ramai yang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.

Nasi Lemak MB Hari Nasi Lemak MB

Marrybrown kini sudah 40 tahun beroperasi sebagai rangkaian restoran perkhidmatan pantas Halal pertama terbesar di Malaysia kini sekali lagi dengan bangganya meraikan ‘Hari Nasi Lemak MB’ sebagai hadiah untuk semua rakyat Malaysia yang menjadikan Nasi Lemak MB sebagai makanan kebanggan semua!

Oleh itu, Marrybrown ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk memeriahkan jualan atas talian melalui aplikasi Shopee, dengan 10,000 bungkus Nasi Lemak MB yang disediakan menerusi tawaran Beli 1 Percuma 1!

Jangan tunggu lagi, berkongsilah dengan kawan-kawan, keluarga, dan rakyat Malaysia pada Hari Nasi Lemak MB. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

  • Tarikh: Ahad, 1 Ogos 2021
  • Masa: Bermula jam 12 tengah malam dan seterusnya
  • Platform: Shopee Rasmi Kedai Marrybrown (Pautan web hanya berfungsi di telefon bimbit)

Hari Nasi Lemak MB Buy 1 Free 1

Setiap tahun, 1 Ogos adalah merupakan Simbolik “Hari Nasi Lemak MB” di Marrybrown, akan tetapi anda juga boleh mendapatkan tawaran menarik di setiap 1 hari bulan di bulan berikutnya.

Untuk maklumat lanjut tentang Hari Nasi Lemak MB atau tawaran dan servis penghantaran Marrybrown, sila kunjungi:

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “10,000 Nasi Lemak MB Dijual di Shopee Sempena Hari Nasi Lemak MB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *