January 24, 2025

Repair Handphone Pantas di MRFIX Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

MRFIX Repair Handphone Bangi

Mana nak cari port untuk repair handphone dengan pantas sekitar Bangi?

Itu yang bermain diminda Bro bila handphone hadapi masalah ketika berada di sekitar Bangi. Dah la ada banyak benda penting dalam tue, tak pasal-pasal banyak kerja tergendala disebebkannya.

So, Bro google Lokasi Repair Handphone Bangi.

Bila dapat resultnya, Bro terus set di waze & memandu terus ke MRFIX Bangi yang terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Lokasi MRFIX Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Lokasi MRFIX Bangi

Tak susah pun nak cari lokasi Lokasi MRFIX Bangi ini (cuma susah nak cari parking je dekat sini). Ianya bersebelahan dengan Ummah Optical.

Kedainya ada signboard : MRFIX Smartphone & Laptop Repair Face2Face.

Ini bermakna, selain handphone mereka juga menawarkan perkhidmatan membaiki laptop dan macbook juga secara bersemuka (face 2 face).

MRFIX BANGI (Seksyen 7 Bangi) – Smartphone Repair Face2Face
(Dimiliki oleh – MrFix Technologies Sdn Bhd)

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Landmark : JPJ Bangi (Blok ke-3 ,Lorong Tengah)

Waze :

Waktu Operasi : Isnin-Ahad (Setiap hari) dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam.

Repair iPhone di Bangi

Tak susah pun nak berusan dekat MRFIX ini. Just datang, bagitau apa masalahnya / korang tak tahu apa masalahnya. Mereka akan check dan bagitau apa puncanya.

Siap ada check list lagi tue.

Setelah punca sudah diketahui, baru mereka maklumkan berapa kos yang diperlukan untuk membaikinya. Jika setuju, baru mereka akan baikinya.

Jika masalah tidak terlalu serius, ianya tidak mengambil masa yang lama. Bahkan korang sendiri boleh duduk & tengok bagaimana mereka membaiki handphone korang.

Repair Handphone Face2Face

Memang puas hati bila dapat repair phone dengan cepat dekat sini. Perkhidmatan & layanan juga bagus.

Bro baru tahu yang MRFIX Bangi ini sudah beroperasi sejak tahun 2016. Antara servis yang turut ditawarkan di sini :

  • Penggantian bateri
  • Penukaran skrin telefon
  • Baikpulih papan induk (motherboard)
  • Penukaran papan kekunci (keypad)
  • Baiki kerosakan audio,
  • Baikpulih kerosakan akibat air
  • Format Laptop / Komputer
  • Dan Banyak lagi.

Perkhidmatan Repair Smartphone Ke Rumah MRFIX to You (MrFix2u)

Perkhidmatan Repair Smartphone Rumah

Bro baru tahu yang MRFIX Bangi turut menawarkan perkhidmatan membaiki handphone ke rumah anda melalui MRFIX to You (MrFix2u).

Sekiranya handphone korang ada masalah minor (bukan masalah serius), korang tak perlu ke kedai untuk membaikinya. MRFIX akan hantar technician datang ke rumah anda untuk membaikinya. Sesuai sangat waktu PKP ini.

Apa korang perlu buat?

Korang hanya perlu buat temujanji melalui WhatsApp atau call di nombor ini: 018-9886 531. Kemudian inform mereka apa masalah yang korang hadapi, so memudahkan dorang standby barang untuk repair.

Masalah minor yang mereka boleh baiki dekat rumah korang, seperti tukar home button untuk iPhone, tukar bateri, tukar LCD, masalah power on/off button, masalah volume speaker tak berfungsi, masalah back dan front camera, ear piece, phone charging plug in/charing port dan banyak lagi.

Ok, itu sahaja yang dapat Bro kongsikan tentang pengalaman Bro membaiki handphone dekat MRFIX Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Diharapkan ianya bermanfaat buat semua, jangan lupa share tau ;)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Repair Handphone Pantas di MRFIX Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *