November 10, 2024

Filem Komedi Romantik Suamiku Jatuh Dari Langit

Suamiku Jatuh Dari Langit merupakan filem ke-101 dari Metrowealth yang akan ditayangkan pada hari raya Aidilfitri tahun ini.

Ianya merupakan filem bergenre komedi romantik arahan Eyra Rahman yang menampilkan Nora Danish dan Qi Razali sebagai watak utama.

Konsep komedi romantik diselitkan dengan elemen islamik diterapkan dalam filem ini diharap mampu memberi impak positf kepada penonton pada hari raya ini.

Suamiku Jatuh Dari Langit

Mana tahu filem ini berjaya meraih kutipan box-office sama seperti filem-filem yang terdahulu. Antara yang turut menjayakan filem ini adalah Atikah Suhaime, Shuk SYJ dan Kazar Saisi.

Tidak lupa juga penampilan istimewa Mejar (K) David Teo yang mampu buat anda tidak kering gusi.

Sinopsis Filem Suamiku Jatuh Dari Langit

Filem Suamiku Jatuh Dari Langit mengisahkan tentang Awie (Qi Razali) yang selalu bernasib malang dan tidak dapat menerima takdir yang menimpa beliau.

Sudah la tidak mempunyai keluarga, tinggal sebatang kara, dibuang kerja dan selalu ditimpa musibah walaupun sebenarnya beliau seorang yang baik dan lurus bendul.

Akibat menghadapi tekanan hidup, beliau telah meminjam duit dari Daddy Cool (David Teo) yang merupakan Ah Long. Lebih malangnya, beliau hanya sempat membeli air sirap bungkus sebelum duit beliau dicuri.

Ini menyebabkan beliau lagi tertekan dan Daddy Cool hanya memberi masa 3 hari untuk beliau selesaikan. Kalau tidak, bunga akan naik dua kali ganda atau ada part pada badan dia akan kena potong.

Suamiku Jatuh Dari Langit

Maka Awie terpaksa pulang ke kampung beliau untuk meminta jasa baik rakan sehidup sematinya Mus (Shuk SYJ) menyelesaikan hutang beliau.

Berbagai cara yang “kurang baik” digunakan oleh Mus untuk menolong kawan baiknya ini.

Antaranya mencuri tabung masjid, memukau orang dan berjudi. Malangnya hasil yang mereka perolehi tidak mampu men’cover’ hutang Ah Long. Lagipun pergerakan mereka diperhatikan oleh orang-orang yang dihantar oleh Daddy Cool.

Suamiku Jatuh Dari Langit

Sehinggakan Mus mencadangkan mereka merompak rumah bakal ayah mertuanya – Pak Bidin (Kaza)

Pak Bidin sebenarnya tidak berkenan benar dengan si Mus ini. Selain suka mencuri dan melakukan aktiviti yang kurang baik, beliau juga merupakan kekasih kepada anak beliau, Wani (Atikah Suhaime).

Wani mempunyai kakak kandung, Asyikin (Nora Danish) dimana sifat dan perwatakan jauh berbeza dengan Wani.

Malangnya Asyikin hingga kini masih belum berjumpa jodoh, kerana Pak Bidin inginkan calon yang terbaik buat beliau. Lagipun itu adalah amanah kepada beliau sebelum isterinya meninggal dunia.

Ini memberi tekanan pada Asyikin.

Suamiku Jatuh Dari Langit

Maka pada satu malam, selepas solat Asyikin telah berdoa supaya dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik dan mampu membimbing beliau dunia dan akhirat.

Selepas habis berdoa.

Awie yang sedang merompak rumah Pak Bidin terjatuh betul-betul depan Asyikin dari atas bumbung rumah. Maka berlaku kekecohan sebentar.

Pak Bidin terkejut bila dapati ada lelaki berada dalam bilik anaknya terpaksa menikahkan Awie dengan Asyikin bagi menutup aib keluarga beliau dengan mas kahwin berjumlah RM50 hutang.

Suamiku Jatuh Dari Langit

Apa yang terjadi selepas itu?

Sama-sama kita saksikan di pawagam berdekatan anda pada hari raya ini.

Trailer Filem Suamiku Jatuh Dari Langit

Review Filem Suamiku Jatuh Dari Langit by Bro Framestone

** Sedang dikemaskinikan **

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Filem Komedi Romantik Suamiku Jatuh Dari Langit

  1. Patutlah bro selalu dapat duit raya daripada David Teo.. Rupanya bro rajin ikuti perkembangan filem-filem terbaru terbitan syarikat beliau… Kiranya bro ni blogger kesayangan David Teo lah yer…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *