Ada berita baik buat peminat barang-barang pre-loved dari Jepun dan murah.
Jom beramai-ramai luangkan masa ke Jalan Jalan Japan yang terletak di One City, USJ pada hujung minggu ni 10 & 11 Februari 2018, sebab ada tawaran istimewa dan lucky draw buat pembeli bertuah.
Maka hujung minggu ini, Bro sekeluarga terus berada di sini, semata-mata untuk tidak melepaskan peluang ini.
Mana tidaknya, dengan hanya pembelian bernilai RM1 dalam satu resit melayakan anda menyertai lucky draw yang menawarkan hadiah berupa wang tunai berjumlah RM1,000 untuk pemenang pertama.
Biar betul ada benda bernilai RM1 dijual disini?
Yup betul… Percayalah cakap Bro….!!! Macam mana nak menang? Nanti Bro ceritakan di akhir artikel ini.
Jalan Jalan Japan @ One City Dibuka Semula
Kedai Jalan Jalan Japan merupakan cawangan pertama yang dibuka di Malaysia dimana ia terletak di One City Mall, USJ menjadikan ia kedai pre-loved barangan Jepun yang terbesar di Malaysia.
Ia dibuka melalui kerjasama antara Bookoff Corporation Limited, Koike Malaysia Sdn Bhd, Koike Corporation Limited dan Bok Marketing Sdn Bhd.
Bookoff merupakan rangkaian dari Jepun dengan 800 kedai di seluruh dunia dengan pengalaman 27 tahun dalam perniagaan penggunaan semula (preloved item).
Mereka turut membuka lagi satu cawangan baru di 1 Shamelin Mall.
Jalan Jalan Japan mula beroperasi pada akhir November 2016 di One City, dan kini dibuka semula selepas beberapa pengubahsuaian dilakukan untuk memberi keselesaan kepada pelangan.
Selain mempunyai 2 tingkat,
Ia juga mempunyai satu jalan masuk (yakni ditingkat atas) dan satu jalan keluar ditingkat bawah selepas kaunter pembayaran. Maka urusan anda disini untuk membeli belah lebih teratur dan tersusun.
Pelbagai barangan pre-loved dari Jepun dijual disini dan ia beroperasi setiap hari pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam termasuk cuti umum.
Cuma ketika membeli disini, pastikan anda meneliti segala benda yang anda ingin belikan. Biasalah, tak semua barang pre-loved yang dijual disini dalam keadaan 100% sempurna.
Sebab itu, Bro ada nampak pelangan (sebenarnya cakap pasal diri sendiri) mengambil masa yang lama pada satu-satu seksyen semata-mata nak pilihan barang pre-loved yang berkenan pada hati mereka.
Tak percaya? Boleh tanya anak-anak Bro.
Mereka berdua lagi banyak nak beli itu ini. Boleh dikatakan kebanyakan benda yang dorang nak memang berkenan dihati mereka. Bila tengok harga terus Bro rasa berganda-ganda berkenan.
Selain itu, Bro juga tak lepaskan peluang usha apa-apa barangan yang menarik dijual disini.
Berkenan dengan gitar bass ini, harga dalam RM450. Telan air liur kejab, next time je la beli… Hari ini lari bajet sikit hahaha.
Jom kita lihat, apa yang ada dijual disini ;)
Untuk keselesaan kepada pelangan, Jalan Jalan Japan One City turut menyediakan fitting room.
Maka anda kini boleh mencuba pakaian pre-oved yang dijual disini untuk mendapat kepuasan dalam membuat keputusan sebelum membelinya.
Berbelanja RM1 & Boleh Menang Lucky Draw Wang Tunai RM1,000
Anda hanya perlu berbelanja dengan nilai minimum RM1 dalam satu resit di Jalan Jalan Japan pada 10 & 11 Februari 2018.
Kemudian kongsikan pengalaman anda shopping di Jalan Jalan Japan pada laman sosial media anda dengan hashtag #JalanJalanJapan #HargaGiler.
Hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM1,000 (sehari ada 1 pemenang). Tempat kedua pula voucher RM100 + Limited Figurines, manakala tempat ketiga, voucher Rm10. Saguhati pula berupa gula-gula, snek atau hadiah misteri.
Kami sudah, anda bila lagi?
(Tak menang pun, janji dapat gula-gula pun dah kira ok)
Maka jangan lepaskan peluang ini, miliki barang pre-loved dari Jepun pilihan anda di mana-mana cawangan Jalan Jalan Japan :
Jalan Jalan Japan @ One City
Level 1A (Block A), Sky Park @ One City, USJ
Jalan Jalan Japan @ 1 Shamelin Mall
Unit L3-032, Level 3A, 1 Shamelin Mall,
100, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 10 pagi – 10 malam (dibuka setiap hari termasuk cuti umum)
Instagram : @JalanJalanJapanMY | Facebook : Jalan Jalan Japan
Banyaknya barang-barang yang ada dekat sini. Kedai pun luas dan teratur. Dari barang untuk mak ayah sampai ke anak-anak semua ada. Dah masuk sini confirm berjam baru keluar especially bila dekat rak kereta2 tu. Kena ke sini juga nampaknya.
Pernah ke cawangan ONe City..memang banyak barang-barang preloved yang rare ada jual kat situ. Agak berterabur susunan barang masa kami pergi tu. Tapi banyak gak kami berhabis kat situ dalam masa sejam..
bestnyer shop ni. pelbagai pilihan. ada. masuk sini, memang pening nak pilih ape. rambang msta.. semuanya nak dibeli
Wah can menarik ni. Opis nak cr barang goodies event , bole la usha kat sini dgn team nanti.
Seronok la si kakak ngan adik tu berjalan pilih macam- macam benda kat situ..walau pre loved item nampak ada yang masih baik keadaanya kan…harga pun sure murah tu…SA x pernah lagi masuk sini..boleh la pergi nanti
I selalu dah pergi jalan-jalan japan ni memang banyak sangat barangan dari jepun berkualiti tinggi dan tawaran barangan murah.. nak beli mainan untuk anak-anak I .. i beli dekat sini.. tak lama lagi nak travel i nak cari baju sejuk dan kasut boot je disini.. hehee
pernah pergi ke sini sekali. memang aneka barangan yang dijual. menarik! harga pun murah-murah belaka!
Memang boleh jadi gila dan pokai kalau datang JJJ ni. Pernah satu time, habis dekat RM100 sebab barang semua murah.
Takyah jauh” gi jepun dah. boleh shopping puas” kat sini. harga pun boleh tahan murah,confirm made in japan lagi haha
Jalan2 Japan memang tempat kegemaran saya
Wah.. ramai dah bercerita pasal japan one city usj ni.. TB je tak tahu bila nak pi sini.. nak juga cuci-cuci mata tengok barang apa yang boleh di grab.. kalau preloved tapi barang still dalam condition ok tak salah kita grab.. betul tak
Dah lama tak datang sini. Dulu selalu jugak datang sini. Masa nak p tokyo ritu pon datang cari winter coat kat sini. Harga murah, kalau pandai pilih dapat lah yang bagus-bagus
Besar nya.. dan banyak benda untuk dibeli.. I nak pergi shopping!
Pernah pergi sana memang best. Yaya beli baby seat dengan tempat mandi baby hehe
Menarik nih. Kadang barang pre love pun kalau pandai cari memang elok macam baru. Lagi2 kalau kualiti jepun. Nak g cari car seat jugak la kat sane.
lama tak singgah nampak banyak barang menarik kat sana. minggu nie nak kena ushar jugak la. tq for info mana tahu boleh menang thehehehe
Wah bestnya, tengok banyak boot tu berkenan pulak nak beli
Dah lama tak singgah Jalan Jalan Japan, kat sana memang banyak benda yang kita boleh cari at a very good price.
org KL pegi le shopping pepuas..org luar KL tengok ja..haha
Berbaloi beli barang pre-loved boleh dapat yang berkualiti walaupun barang terpakai.
Kalau masuk kedai mcm ni, mesti akan ‘terperangkap’ sekurang2nya 1 jam!
ad ke komik jepun di situ?
Alamak, tak perasan la pula waktu datang tempoh hari…