Bercuti di The Shore Melaka
Kami sekeluarga ke Melaka kali ini, atas urusan kerja (daddy punya kerja). Lagipun, anak-anak dah mula bercuti sekolah. Tak salah nak bawa mereka berjalan di Melaka.

Kalau ikutkan, just balik hari pun boleh. Cuma disebabkan kepenatan + puan isteri baru habis shif malam, maka kami bercadang untuk bermalam di The Shore Hotel & Residences, Melaka.

Kami ambil Studio Suite pada harga RM180+ tanpa breakfast (harga termasuk tax).

Kenapa kami tak ambil breakfast?

Ini kerana The Shore Hotel & Residences satu bangunan dengan The Shore Shopping Gallery yang punyai beberapa kedai makan. Kiranya, kalau korang lapar diantara pukul 10pg – 10malam. Korang just turun ke bawah sahaja.

Lagipun, lift dari tingkat bilik hotel boleh terus masuk ke The Shore Shopping Gallery. Cuma kalau nak kembali ke tingkat bilik, anda perlu scan kad anda sebelum menekan button no tingkat anda.

Ok, di sini Bro kongsikan beberapa gambar bilik yang sempat Bro ambil

Studio Suite @ The Shore Hotel & Residences, Melaka

Katil Studio Suite @ The Shore Hotel & Residences

Perabot Studio Suite @ The Shore Hotel & Residences, Melaka

Pekakas Studio Suite @ The Shore Hotel & Residences, Melaka

Biliknya agak luas walaupun mempunyai beberapa perabot yang mampu memberi keselesaan kepada kami sekeluarga dengan balkoni yang boleh dibuka pintu kacanya.

Cuma Bro tak puas hati, bila kerusi malas Bro jadi port si anak.

Yang tak boleh balah, bila si Fisha tanya, “Daddy tak buat work ke? yang tekan-tekan tue?”

Disebabkan kami tak plan untuk bermalam di Melaka, maka Bro tak bawa laptop seperti kebiasaan setiap kali menginap di hotel. Maka, meja yang selalu menjadi workstation menjadi meja untuk makan hahaha.

Kerusi Malas Studio Suite @ The Shore Hotel & Residences, Melaka

Nampak tak mereka berdua amik port bermalasan daddy dia.

Maka, terpaksa bermalasan dalam selimut diatas katil. Tau-tau dah lena sampai ke petang sebelum anak kejutkan ajak mandi kolam di hotel ini.

Sebut pasal kolam, Bro nak bagitau sikit.

Anak memang sebut si kolam, tapi hakikatnya ianya water park yang menyediakan fasiliti bersesuaian untuk semua peringkat umur. Siap diatas kolam ini terdapat gym sekiranya anda ingin beriadah sambil melihat gelagat mereka yang mandi di sini.

Untuk pengetahuan korang.

Water Park ini terletak di tingkap 9 diantara The Shore Hotel & Residences dengan Swiss Garden dimana ianya digunakan oleh tetamu yang menginap di kedua-dua hotel ini.

Tertiba teringat kenangan mandi kolam ketika Menginap di Hilton Hotel, Kuala Lumpur dimana kolam mereka juga turut dikongsi bersama pengunjung dari Le Méridien Kuala Lumpur.

Tip Menginap di The Shore Hotel & Residences, Melaka

Sekiranya korang ada plan nak menginap di The Shore Hotel & Residences, Melaka. Ada baiknya korang baca beberapa tip yang ingin Bro kongsikan. Antaranya :-

  • Ada baiknya korang parking kereta dekat tingkat 6 berdekatan Lift di Tower A. Sebabnya, kaunter pendaftaran di tingkat bawah dan bilik korang bakal berada di tingkat atas. Maka anda akan menggunakan lift yang sama.
  • Jangan kuatir, parking masih lagi PERCUMA (info sah pada 26 Nov 2019).
  • Ada beza lift untuk ke bilik hotel dengan lift pasaraya (walaupun ia sebelah menyebelah). Jangan tersalah ambil lift & masa menunggu lift juga agak mencabar keimanan, terutamanya di waktu puncak.
  • Lapar? Nak makan? Turun lift ke tingkat 2 The Shore Shopping Gallery dan food court betul-betul berada di sebelah kanan anda.
  • Waktu malam, luangkan masa dekat balkoni jika nak tengok sebarang aktiviti bot pelancong yang menyusuri Sg Melaka.
  • Pintu ke balkoni bila dibuka, akan memantikan aircond secara automatik. Untuk hidupkan, anda perlu menggunakan remote aircond.
  • Channel tv kurang meriah sedikit & internet hotel ada masalah ketika Bro menginap.. So xtau bagus ke idak.
  • Sekiranya nak ke Water Park. Sila bawa tuala sendiri & tiada safety guard dekat sana. Maka, jaga keselamatan keluarga anda ketika mandi ek.
  • Deposit RM100 diperlukan untuk menginap di sini dan akan dipulangkan ketika check-out.
  • Jangan lupa untuk lawati The Shore Oceanarium @ Melaka di tingkat 2, The Shore Shopping Gallery.

Menginap di The Shore Hotel & Residences, Melaka 2019

Ok, ini sahaja yang dapat Bro kongsikan kali ini. Kalau ke Melaka, jangan lupa singgah ke The Shore Oceanarium @ Melaka terutamanya time cuti sekolah ini.

The Shore Hotel & Residences
Pinggiran @Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100, Melaka

Phone: 06-282 8200
Website : www.theshorehotelmelaka.com

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter