September 10, 2024

Lenovo Malaysia Perkenalkan ThinkBook 14 dan ThinkBook 15

Lenovo ThinkBook 14 & 15
Untuk mentrafomasikan tempat kerja, Lenovo menjalankan inisiatif dengan memperkenalkan Lenovo ThinkBook 14 dan ThinkBook 15.

Barisan ThinkBooks baru ini dapat memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana (SME) pada bajet yang sedarhana tetapi masih mahukan peranti yang mudah alih, fleksibel, inklusif dan dengan kualiti peranti Think yang tinggi.

Lenovo ThinkBook 14 dan ThinkBook 15

ThinkBook 14 dan 15 membuat penampilan pertama mereka pada bulan September semasa IFA 2019. Menampilkan casis aluminium serta menawarkan ciri-ciri perniagaan dan ciri-ciri keselamatan ThinkShield.

ThinkBooks adalah komputer riba yang sempurna untuk pekerja profesional muda hari ini yang sentiasa dalam bergerak ketika bekerja.

Ia meningkatkan pengalaman pengguna dan memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada tenaga kerja muda, membolehkan mereka beralih dengan lancar antara kerja dan hiburan.

Dikuasakan oleh processor 10 th Gen Intel® Core™ yang memberikan prestasi luar biasa, ThinkBooks juga dilengkapi dengan banyak penyimpanan pantas PCIe SSD sebesar 1TB dan memori DDR4 sehingga 24GB yang membolehkan pengguna mengendalikan beban kerja yang paling berat dengan mudah.

Manakala bateri sehingga 57Wh yang memberikan tempoh penggunaan sehingga 12 jam.

Lenovo ThinkBook 14 & Lenovo ThinkBook 15 boleh didapati di kesemua Lenovo exclusive stores (LES) seluruh negara pada harga runcit bermula dari RM3,439 dan RM4,299.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.lenovo.com/my/en/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *