Tahukah anda, bahawa penjagaan kesihatan oral berkait rapat dengan penyakit diabetes?
Bro sendiri baru tahu (ramai juga yang tak tahu sebab kurang mendapat pendedahan) ketika menghadiri majlis pelancaran kempen ‘Keep Your Teeth For Life’ anjuran Vital Signs BH Sdn. Bhd. selaku pengedar jenama ubat gigi DentYucral.
Untuk pengetahuan anda,
Gigi serta gusi yang sihat merupakan indikasi kepada tahap kesihatan seseorang. Tanda-tanda dan simptom seperti bengkak gusi, kehilangan gigi, mulut kering serta nafas berbau merupakan gejala penyakit sistemik seperti diabetes.
Dengan purata jangka hayat rakyat Malaysia kini pada 75 tahun dan ke atas, kebersihan oral adalah amat penting bagi memastikan gigi semulajadi sentiasa sihat pada usia emas terutamanya jika individu tersebut menghidap Diabetes.
Kempen ‘Keep Your Teeth For Life’
Kempen ini diadakan sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia, bertujuan bagi meningkatan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan penjagaan kesihatan oral.
Ia merangkumi platform pendidikan untuk mempromosikan kebersihan dan penjagaan oral bagi rakyat Malaysia yang menghidap Diabetes berumur 18 tahun dan ke atas.
Hadir pada majlis pelancaran ‘Keep Your Teeth For Life’ merupakan Prof. Madya Dr. Jeyakantha Ratnasingam, Perunding Endokrinologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Pakar Universiti Malaya; Dr. Sai Mala, Pengamal Perubatan Gigi Swasta, Klinik Surgeri Sai Mala; Dr. Rajes Qvist, Saintis Kajian Diabetes Jenis 2, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya dan Annie Joseph, Pengarah Urusan, Vital Signs BH.
Menurut Prof. Madya Dr. Jeyakantha Ratnasingam,
“Kesihatan oral dan Diabetes jarang dianggap berkait antara satu ama lain. Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan penghidap diabetes adalah 3x ganda lebih cenderung untuk menghidap penyakit periodontal pada gusi jika paras gula mereka tidak dikawal dengan baik”
Sekiranya pesakit tersebut tidak mengekalkan kebersihan oral yang baik, ini mengakibatkan ia menjadi lebih mudarat dan menyebabkan masalah lain seperti jangkitan kulat, gusi bernanah, gigi reput dan kehilangan gigi.
Bagi Dr. Rajes pula,
“Kebanyakan penghidap Diabetes menderita dengan penyakit gusi kerana diabetes menggalakkan respon bengkak terhadap bakteria (mikroflora) yang hadir dalam mulut”
Oleh itu, penekanan terhadap kesedaran kesihatan oral perlu dilaksanakan dalam kalangan penghidap Diabetes. Mereka dalam bidang kesihatan juga perlu melakukan rujukan berkala bagi penghidap diabetes untuk melakukan pemeriksaan gigi.
Murut garis panduan rawatan oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit menyarankan rawatan pergigian bagi penghidap Diabetes sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan.
Bagaimanapun, rawatan lebih kerap disarankan bagi mereka yang menghidap penyakit periodental.
Dr. Sai Mala pula berkata,
“Disebabkan peningkatan umur, gigi akan menjadi lebih kecil kerana kerap digunakan, menyebabkan makanan mudah terperangkap antara celahan gigi. Ini menyebabkan gusi mudah berdarah terutamanya bagi mereka yang sihat.”
Penggunaan berus gigi, ubat gigi serta floss boleh membantu individu, termasuk mereka yang menghidap Diabetes untuk mengelak dari penyakit gusi kronik dan membantu gigi untuk kekal sihat walaupun menjangkau 90 tahun.
Tabiat kebersihan oral yang betul serta kekerapan ke klinik gigi boleh mambantu gigi semulajadi untuk kekal sihat walaupun dimamah usia sama ada anda menghidap Diabetes atua tidak.
Seiring dengan kempen ‘Keep Your Teeth For Life’, Vital Signs BH Sdn. Bhd. juga berkerjasama dengan Diabetes Malaysia melalui aktiviti terpilih untuk melaksanakan kesedaran kesihatan oral dalam kalangan penghidap Diabetes.
Ini termasuklah sidang kecil media, artikel Keep Your Teeth for Life di dalam risalah berita Diabetes Malaysia yang diedarkan kepada penghidap Diabetes seluruh Malaysia, risalah kempen serta mengedarkan produk kepada penghidap Diabetes melalui Diabetes Malaysia.
“Kesihatan oral merupakan satu aspek yang terabai dalam penjagaan Diabetes. Oleh itu, ia amat penting bagi penghidap untuk dididik dan menjadikan kesihatan oral sebagai sebahagian pengurusan Diabetes mereka” – Annie Joseph, Pengarah Urusan, Vital Signs BH.
Mereka perlu hadir bagi pemeriksaan dan pembersihan gigi secara berkala dan menggunakan produk gigi dan ubat gigi yang sesuai. DentYucral merupakan ubat gigi yang membantu dalam penjagaan oral seharian, termasuklah bagi penghidap Diabetes.
DentYucral diformulasikan di Eropah dengan 18 bahan kandungan berbeza yang membantu untuk menguatkan gigi, melindungi gusi, melawan plak gigi, tartar dan kerosakan gigi.
Ia juga membantu untuk memulihara dan melembapkan gusi dengan melancarkan peredaran darah serta membantu pemulihan luka dengan menggalakkan pembaharuan sel.
Vital Signs BH juga akan berkongsi mengenai DentYucal serta manfaatnya kepada ahli Diabetes Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai DentYucral, anda boleh layari www.dentyucral.my atau Facebook DentYucral Malaysia.