realme X2 Pro
realme secara rasminya hari ini melancarkan telefon pintar kelas flagship atau high end dengan ciri-ciri premium iaitu realme X2 Pro.

Kini, rakyat Malaysia mempunyai akses kepada model with 64MP Hawk-Eye Quad Camera menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 Plus, iaitu yang terpantas bagi mana-mana telefon Android.

“Tampak muda dan bergaya, inilah reka bentuk dan penampilan yang ditonjolkan pada model ini sekaligus memberi nafas baharu kepada gaya penggunanya. Kami yakin, realme X2 Pro adalah pilihan yang tepat buat mereka yang inginkan kepantasan dan prestasi tiada bandingan pada tanda harganya.” – Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.

Ciri-ciri Menarik Pada realme X2 Pro

Sejak hari pertama, realme telah berjaya memenuhi keperluan teras pengguna muda menerusi pembangunan teknologi, inovasi dan pengalaman yang berterusan.

Di sini diserta beberapa ciri menarik yang ada pada realme X2 Pro

  • Prestasi realme X2 Pro telah ditingkatkan sepenuhnya dengan pemproses okta Snapdragon 855 Plus yang memaparkan proses 7nm dan Adreno 640 GPU (15% graphic rendering yang lebih cepat berbanding Snapdragon 855).
  • realme X2 Pro tampil dengan bateri berkapasiti 4000 mAh selain menyokong teknologi penyejukan AI.
  • Dilengkapi teknologi 50W SuperVOOC Flash Charge melalui sambungan USB-C yang mana bateri boleh meningkat daripada 0% ke 100% dalam masa 35 minit sahaja.
  • Model ini ditambah baik dengan ciri Dolby Atmos Dual Stereo Speakers untuk penghayatan bunyi permainan video dan tontonan filem on-the-go yang berkualiti tinggi.
  • Badan realme X2 Pro diperbuat daripada logam dan kaca, dengan dua pilihan warna yang menarik, Neptune Blue dan Lunar White.
  • Skrin sebesar 6.5-inci FHD+ Super AMOLED dan nisbah skrin sehingga 91.7%.

X2 Pro mempunyai ciri idaman setiap pengguna telefon pintar iaitu 90Hz Ultra Smooth Display yang diperakui Persijilan Paparan Penjagaan Penuh TÜV Rheinland untuk perlindungan kecerahan rendah stroboskopik dan cahaya biru rendah.

Lebih mengagumkan, pengimbas cap jari peranti realme X2 Pro dapat membuka kunci dalam tempoh sesingkat 0.23 saat.

Dari segi pengimejan, realme X2 Pro mempunyai 64MP quad kamera dengan kebolehan 20x zoom hibrid yang terdiri daripada lensa utama (64MP), lensa 115° ultra-lebar (8MP), lensa telefoto (13MP) dan lensa potret (2MP) yang turut menyokong Super Nightscape.

Modul ini menggunakan sensor baharu Samsung ISOCELL Bright GW1 1/1.72. Untuk kamera hadapan 16MP f/2.0 aperture mempunyai fungsi AI beautify sesuai dengan kehendak pengguna yang inginkan selfie sempurna.

Kamera belakang realme X2 Pro juga boleh merakam video resolusi 4K dengan algoritma anti-shake UIS yang digabungkan dengan gyroscope sensitiviti tinggi, bagi membetulkan sebarang pergerakan tangan atau gemetar semasa merakam video (Penambahan ciri ini sebaik kamera
sukan profesional).

Di samping itu, ia juga boleh mengambil kesan kabur (bokeh) pada latar belakang video , video sudut lebar dan video perlahan 960fps. realme X2 Pro akan dijual pada harga RM 2,399.00 sahaja!

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan promosi realme Smartphone Malaysia, ikuti kami di halaman Facebook realme Malaysia dan Instagram @realmemalaysia.

Jualan online Lazada bermula 12 Disember 2019, jam 12AM – http://bit.ly/lzdx2propr