Dah masuk minggu ke-2 cuti sekolah bermula, masih tak tahu nak bawa anak-anak ke mana?
Apa kata korang bawa seisi keluarga dekati hidupan laut yang terdapat di The Shore Oceanarium, Melaka yang pasti mengujakan.
Ia bukan sahaja menyeronokkan, bahakan anak anda boleh menggunakan masa cuti sekolah ini dengan menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka terhadap hidupan laut.
The Shore Oceanarium terletak di tingkat 2 The Shore Shopping Complex mula beroperasi Disember 2014, merupakan lokasi santai yang sesuai untuk seisi keluarga.
Bagi yang datang jauh dari Bandar Melaka, boleh juga Menginap di The Shore Hotel & Residences yang terletak diatasnya.
Melalui hasil kerjasama bersama Jabatan Perikanan Melaka, pengunjung boleh melihat pelbagai spesies hidupan laut disamping mengenali nama saintifik serta habitat haiwan tersebut ketika berada di sini.
Bukan itu sahaja, pengunjung turut dapat mempelajari mengenai ekosistem bumi dan menerokai pelbagai hidupan di air mahupun di darat.
Spring In The Ocean @ The Shore Oceanarium, Melaka
Untuk pengetahuan anda,
The Shore Oceanarium Melaka telah membuka Fasa 2 dinamakan Spring In The Ocean dengan lebih banyak tarikan bermula 1 Disember nanti yang mampu memberi lebih banyak pengalaman baru buat pengunjung.
- Oceanarium`s Aquarist Lab
- Genomic DNA Extraction
- Schooling Fish Tunnel
- Ray Tunnel
- Music Sound of Sea
- Infinity Aqua Room
- Underwater Cultural Remix Mural Art
- Kids Dome Aquarium
Antara ciri-ciri yang menarik dalam fasa 2 adalah Oceanarium’s Aquarium Lab – makmal pendidikan yang memaparkan pemandangan penjagaan di sebalik harian ikan di sini.
Selain itu, anda juga boleh melihat terowong baru iaitu Ray Tunnel dan Schooling Fish Tunnel di mana ia mempamerkan pelbagai spesis ikan yang berenang sekawan disebalik terumbu karang.
Bukan itu sahaja,
Pengunjung turut berpeluang untuk merasi pengalaman Music Sound Of Sea yang menampilkan Dancing Musical Light Aqua Theatre melalui gabungan muzik, pencahayan dan ‘LED air bubble curtain‘ untuk memberi gambaran jauh ke dasar lautan.
Tahun Melawat Malaysia 2020 @ The Shore Oceanarium, Melaka
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 ini, anda boleh mendapatkan tiket pada harga RM40 bagi dewasa manakala RM 30 untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun serta warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Menariknya, setiap pembelian 1 tiket ini, korang akan dapat 1 tiket percuma taman interaktif Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR).
The Shore Oceanarium
Level 2, The Shore Shopping Gallery,
Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka
Tel : 06-2829966 | Fax : 06-2831003
Waktu Operasi : 10.30 pagi – 9 malam setiap hari.
Laman Web : www.oceanariummelaka.com
Tiket PERCUMA Masuk Ke VR & AR Interactive Park
Seperti yang telah Bro nyatakan tadi, anda boleh dapatkan Tiket VR & AR Interactive Park secara PERCUMA dengan setiap pembelian tiket The Shore Oceanarium pada harga RM40 bagi dewasa manakala RM 30 untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun serta warga emas berusia 60 tahun ke atas.
VR & AR Interactive Park merupakan salah satu produk The Shore Oceanarium Melaka yang telah beroperasi pada bulan Disember 2018.
Ia dibahagikan kepada tujuh zon iaitu 360 Degree View VR Cinema, Dinosaur Augmented Reality, 3D Ex Laser Cinema, Augmented Reality Interactive ,Interactive Fish ,Kids VR dan Edutainment Painting.
Makin banyak tempat menarik di Melaka . Nanti boleh berjalan ke sana lagi . Puas berjalan masa belajar di sana . Rindu Melaka . Hahaha
wah bestnya jalan sini, un p sana, x cukup masa. plan nak masuk duduk sejam lebih, last2x, 3jam kat dalam tu..adoii
Kalau anak x buat hal.. boleh je lepak lama2 dalam nie.. best
I pegi melaka selalu jugak. Tapi tak pernah singgah sini. Tempat ni nampak menarik dan satu attraction baru selain jonker walk kat melaka. Boleh la pegi next month. Biar cuti sekolah habis.
Boleh cuba datang ke sini nanti… Agak menarik juga..
Menariknya. Melaka adalah salah satu tempat yang kami tak jemu nak pergi. Semakin hari semakin banyak tempat menarik di Melaka. Mungkin boleh masuk dalam wishlist kalau ke Melaka lagi nanti.
Belum pernah ke tempat ini malah dah lama tak ke Melaka. Nanti bila ke dana nak cari lah juga The Shore ni…
cantiknya gambor gambor bro. mek dan family dah kunjungi ke The Shore ni, jun 2019. memang menarik and patut lah bawa anak ke sini if ke Melaka.
Eh. Ada tarikan terbaru. Nampak gaya boleh la Rawlins bawa famili ke sana kelak sebab famili memang suka ke Melaka.
Macam menarik je tempat ni. Boleh masukkan dalam list ni kalau ke melaka. Anak-anak Marina suka gi tempat macam ni
hi hi hi hi saya org melaka, bro, lom jejak sini lagi :)
dulu, tarikannya so so jer. so, mcm x berbaloi nak masuk dgn harga gitu.
moreover, masa tu kami terbayangkan aquaria klcc yg ohsem tu.
if like this, maybe kami dah boleh masuk la. mcm ohsem jer :)
tq for sharing.
Insya’lah… but xtau bila lagi akan ke sana.. maybe tahun depan kot.. jadual hujung tahun nie dah penuh hahaha
Saya belum sampai sini lagi. Kalau dekat Melaka dekat jela dengan kampung suami. Boleh ajak suami datang sini bawa anak anak. Confirm anak anak suka. Harga pun berpatutan.
Last week sempat singgah di oceanarium ni, memang anak enjoy that place sebab dapat pegang starfish semua kan…?
Wah… Menarik nya! Dah ada fasa 2, yang fasa 1 pun Nina lum pi lagi. Bila laaa nak pegi bawak anak-anak explore. Mau berejam dok dalam ni. Puas-puas baru berbaloi.
Ahh. Teracun pulak tgk gmbr2 dalam ni. Next month la pergi, sekarsng mesti pack kan cuti sekolah
Banyaknya benda baru ada dekat Melaka. Time belajar dulu takde pun ni. Tetiba rasa nk pergi Melaka pulak.
Seronoknya ada attraction macam ni dekat Melaka. Lokasi pula ada hotel dan tempat makan best. Nanti nak plan ke sini weekend. Sebab cuti orang dewasa dah habis. Anak je cuti sekolah. Mereka nak berjalan. Pening mak nak plan pi mana sebenarnya. hahaha
wow memang seronok ada aquarium dan VR…..I dah lama tak visit melaka seems likes it time to return on one of the weekend boleh lah nanti kunjung aquarium ni.