Pantheon eSports Club Malaysia
Berita baik buat peminat DOTA2.

Pantheon bakal menganjurkan majlis pembukaan rasmi cawangan pertama Pantheon Esports Club pada 10 Disember 2019 di Mesa Mall, Nilai.

Pembukaan cawangan pertama ini dengan kerjasama Taiwan Excellence, Brightstar Computer yang turut membuka Taiwan Excellence Concept Store di tingkat 1, Mesa Mall, Nilai.

Kejohanan DOTA2 @ Mesa Mall, Nilai

Bagi menyemarakkan lagi acara ini,

Kejohanan DOTA2 turut diadakan di sini anjuran Pantheon dengan nilai hadiah keseluruhan berjumlah RM6,000 untuk anda miliki.

Tarikh : 10 Disember 2019,
Masa : Check in pada 1:30 PM, dan perlawanan bermula pada 3pm.
Lokasi : Mesa Mall, Nilai

Pendaftaran PERCUMA dan terbuka kepada semua berdasarkan pada siapa yang mendaftar dahulu. Korang boleh membuat pendaftaran melalui link ini ~ https://forms.gle/GM655VMfNskX6FdVA

Mini Dota2 tournament Pantheon eSports Club

So, siap sediakan team korang & daftar penyertaan korang sekarang…!!!

Paling penting, tandakan kalender dan bersedia untuk menyaksikan pembukaan Pantheon Esports Club pertama bersama Taiwan excellence concept store di Malaysia.

Kedua-dua acara ini akan berlangsung pada hari yang sama dengan pelbagai aktiviti menarik diadakan di sini.

Dan majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh tetamu jemputan – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan, E-sukan Negeri Sembilan dan Exco Kerajaan Negeri.

Korang juga berpeluang untuk menyaksikan tasian singa dan persembahan tarian dari KOL.

Tidak lupa juga, terdapat jualan kilat dengan diskaun sehingga 90% untuk produk tertentu oleh Taiwan Excellence concept store.

Taiwan Excellence concept store Flash Sales

Taiwan Excellence concept store Flash Sales 2

Terma & Syarat : –

  • Barisan akan dibuka pada pukul 1 tengahari pada 10 Disember 2019
  • Manakala jualan kilat akan bermula pada pukul 3.30 petang
  • Setiap pelangan hanya layak membeli 1 barang sahaja.
  • Selagi stock masih ada.
  • Pelangan dikehendaki memuat naik gambar bersama barangan yang dibeli ke laman sosial dengan hashtag #taiwanexcellentmy #brightstartcom

Jumpa korang di sana ;)