Sebagai peminat Nando’s, Bro ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun yang ke-20 buat Nando’s Malaysia.
Tahniah diucapkan atas pembukaan cawangan terbaru Nando’s yang ke-75 yakni di The Waterfront, Desa Park City, Kuala Lumpur.
Terima kasih juga kepada pihak Nando’s Malaysia kerana sudi menjemput Bro sekeluarga untuk meraikan ulang tahun ini bersama (Bro start minat Nando’s since 2006/2007).
Daripada permulaannya yang sederhana di Jalan Telawi (Cawangan Pertama), Nando’s telah berkembang menjadi salah satu kegemaran di kalangan penggemar ayam bakar tempatan. Begitu juga dengan penggemar sos PERi-PERi Nando’s yang berpelbagaian rasa.
Sebut pasal PERi-PERi Nando’s, Bro nak kongsikan satu informasi mengenainya.
Sebaik sahaja restoran Nando’s dibuka di Malaysia, sos PERi-PERi Nando’s juga turut dikenali dan merebak seumpama api apabila Iebih ramai orang mula mengalami rasa kepedasan yang begitu enak.
(Tidak dinafikan buat Bro yang juga pengemar sos PERi-PERi Nando’s).
Disebabkan pemintaan yang tinggi serta memastikan keaslian rasa PERi-PERi Nando’s terjaga, maka Nando’s menanam cili PERi-PERi sendiri dengan bantuan Iebih daripada 1,400 petani bebas di Afrika Selatan.
Dikatakan keadaan cuaca & jenis tanah disana mempengaruhi rasa cili yang ditanam disana untuk dijadikan PERi-PERi Nando’s.
Sekaligus membuka peluang dan ruang buat 1,400 petani bebas tadi menjana pendapatan dengan melakukan penanaman cili ini.
Untuk pengetahuan anda,
42,000 cili diperlukan untuk mengisi satu beg 14kg dan 25,000 beg diperlukan untuk menghasilkan sos PERi-PERi Nando’s setiap tahun.
Ini bersamaan dengan 1,000,000,000 (1 bilion) cili. Banyak bukan..!!
Setiap cili itu tadi dipetik & diasingkan satu persatu dengan tangan, kemudian dikeringkan secara semulajadi dibawah sinaran matahari Afrika.
Cili tadi diadunkan dengan bawang, minyak, herba, lemon segar dan bawang putih menghasilkan ‘senjata rahsia’ jenama ini yang tiada tandingannya, iaitu sos PERi-PERi Nando’s.
Hingga kini, PERi-PERi Nando’s mempunyai 4 tahap kepedasan tersendiri – Lemon & Herb, Mango & Lime, Mild, Hot, Extra Hot.
Bro & tetamu yang hadir turut diajar untuk hasilkan sos PERi-PERi Nando’s sendiri.
Ini rupanya PERi-PERi Nando’s yang Bro adun sendiri, selamat kena dengan tekak Bro. Berselera Bro makan ayam Nando’s bercicahkan sos yang Bro adun ini.
Tidak dapat dinafikan ‘cili kecil’ ajaib yang dipanggil PERI-PERI menjadi senjata rahsia dan intipati kepada kepedasan yang menjadi keunikan ayam bakar Nando’s sehingga pengemarnya setiasa datang dan datang kembali selepas merasainya.
Mengutamakan rasa diikuti dengan kepedasan, menjadikan sos PERi-PERi Nando’s tidak bersifat ‘pedas secara langsung’ seperti sos cili yang lain.
Ayam-ayam disini diperap dalam sos selama 24 jam, kemudian dilumur dengan pilihan tahap kepedasan bermula daripada lemon & herb hingga ke Super Hot yang berapi-api pedasnya.
Kini pengemar sos PERi-PERi Nando’s boleh membelinya dalam bentuk botol dan membawanya pulang ke rumah.
Terima kasih Nando’s Malaysia sebab sudi hadiahkan sebotol sos PERi-PERi Nando’s dengan label dicetak muka Bro sendiri. Limited Edition nie, hahahaha.
Anyway, Untuk maklumat lanjut mengenai Nando’s Malaysia, anda boleh layari www.nandos.com.my
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Tahniah…dah duta yer. Nanti bolehlah belanja akak. Seumur hidup akak belum pernah makan nando’s.
botol sos yang ada muka tu comell. hehe. fav ainy jugak nandos ni. sos dia sedappp.
Nandos ni marketing dia best. pandai dia buat yang catchy. happy birthday Nandos!!! lamaaa tak makan Nandos sedap gak kalau weekend ni pegi
eii jelesnya, bila lah nandos ni nak perasan I, tak pernah dia nak invite i lagi…. tapi walaupun tak dapat invitation husband memang suka makan nandos.. kadang kadang dia belanja kitaorang selalu ambil chicken grill lime and herbs… lepas tu campur 4 perasa sos dia … extra peri peri…. eh tapi untunglah dapat tumbuk cili buat sos sdn bhd….
Botol sos ada gambar Bro tu memang permanent ada utk Nandos ke apa..hehehe..kena mintak royalti tu Bro…well Suka Nandos, SA suka ratah ayam je..sos memang sedap
Eh, just ada pada botol yang ini je… hahahha
Nandos ni favorite ana sekeluarga. Boleh dikatakan 2 minggu sekali abg nandos dtg rumah hantar order. Hehe. Untuk ana selalu order lemon and herbs je sebab kena kongsi dengan anak bujang. Melazat kitorang makan. Patutlah sedap ayam tu marinate 24jam haaa.
wah.. nandos sudah 20 tahun a?
Lamanya…
family i semua suka makan nandos…. Yeah!
Wahhh bestnya bro event Nandos nie. Sy pon peminat tegar nandos. Syioklah dpt botol sos label muka bro.
Nandos mmg fav Liez.. sbbnya ada sos peri2 yg pedas tu.. bestnya dpt tahu resepi sos peri2 tu… boleh buat kat rumah dan marinate ayam sendiri
Oh dah boleh beli sos peri-peri Nandos ya. Yelah lain tampat tanamnya, lainlah rasa cilinya, memang khas bawa dari Afrika rupanya. Memang suka makan Nandos dari yang lain. Set quater tu la selalau makan. Datang mengidam dah ni.
Mula2 dulu kita tak suka nandos sebab rsa sos dia yg pelik tu…
Tapi lama2 kita pulak yg jatuh chenta…
Itu la org kata jgn benci2 nanti jatuh cinta kan
It’s been a long time since Nando’s was nervous with chicken and their delicious and unique sauces. Happy birthday to Nando’s
Selamat ulang tahun 20 untuk Nando’s dah lama tak pergi makan kat sini rindu dengan ayam dan sos yang unik dan menarik tu hehehehe…
Antara kegemaran adalah menu Ayam Goreng Nandos antara yang terbaik.
my favourite go-to-chicken-restaurant is definitely Nandos…also because i totally am in love with all of their sauces. Even if hidung banjir also still will lick the sauce and plate clean..hahhahaha
Cover muka kat botol tu yg mahal tu hahhaha..hilma pun minat nandos..every month mesti pegi nandos.anak pun suka mkn sana..huhu bro nnt nandos ajak lagi bwk la kitorg pulak hahhahaha
Next time ajak Rawlins please – nak menambahkan peri-peri kehidupan dengan pelbagai masakan ayam.
Happy anniversary Nando’s. Long time didn’t eat nando’s and I think should give it a try again….
Lama dah tak makan nandos ni..bila baca entry ni teringin pulak nak makan nandos. Nampak gaya bro kena belanja ni..:D
Belanja? Insya’lah kak… Bila tue?
Nando’s is my favourite place for dining. Cannot miss their Peri-Peri chicken. Happy 20th anniversary to Nando’s. Will always support it.
One of my favorite dining places!! I always visit them for lunch didn’t know they are 20yo already. Btw the sos PERi-PERi Nando bottle with your pic printed on it is just so cute! Nak juga!
Definitely one of my favorite eating venues to dine in . And it is so nice to see how they do their sauces as well. Love the personalization that they did on yours too.
Sudah 20 tahun rupanya Nandos ni. Baru 2 kali makan sini, sedap tapi tak sesuai pula dengan selera saya.