Sejak tahun baru ini, IPC Shopping Centre telah selesai pembangunan semula, memberikan pusat membeli belah ia nafas baru bagi masyarakat sekitarnya terutamanya area Damansara dengan kepelbagaian yang ditawarkan di sana.
Sesuai sangat dengan pembukaan stesen MRT berdekatan (hanya 5 minit berjalan kaki dari IPC Shopping Centre ke stesen MRT terdekat) menjadi ia lebih mudah dikunjungi.
Tidak dinafikan ia menjadi lokasi seisi keluarga terutamnya pada hujung minggu meluangkan masa bersama-sama.
Bro sekeluarga juga tidak menafikannya, cuma kami lebih selesa pergi pada hari-hari biasa berbanding dengan hujung minggu.
Bila kita sebut pasal IPC Shopping Centre, pasti terlintas dalam fikiran ‘IKEA’. Mana taknya, disini terdapat banyak perabot dan peralatan import berkualiti yang boleh diperolehi pada harga lebih murah.
Bro sendiri pun cari perabot dan peralatan rumah disini. Kadangkala just jalan-jalan cuci mata je.
Tetapi Mutiara Damansara bukan sekadar ada IKEA. Sebenarnya, IPC Shopping Centre yang diterajui oleh IKEA, terdapat kedai dan gedung berjenama juga.
Antaranya Harvey Norman, King Living, Fitness Concept, Brand Outlet, H&M, Padini, Toy “R” Us, Ace Hardware dan macam-macam lagi.
Dengar cerita BBQ King, Yubiso, GMG Timewear & Hanna Medispa bakal dibuka disana.
Eh, macam mana Bro tahu pasal benda nie semua? Sekarang, maklumat semua dihujung jari bila IPC Shopping Centre kini menawarkan aplikasi mudah alih mereka untuk digunakan pada peranti pintar anda.
Ianya bukan sekadar aplikasi mudah alih yang biasa, bahkan ia menjadi solusi kepada pengalaman belanja anda dan juga dilema yang anda alami setiap hari yakni “nak makan dimana?”.
‘The Mood Menu’ Aplikasi IPC Shopping Centre, Solusi Dilema “Nak Makan Dimana?”
Untuk pengetahuan anda, aplikasi mudah alih IPC Shopping Centre merupakan aplikasi pusat membeli-belah yang pertama di dunia yang mempunyai fungsi ‘The Mood Menu’. Fungsi ni dibangunkan dengan kerjasama gergasi streaming muzik, Spotify dan ahli psikologi yang terkenal.
Menurut ahli psikologi, Profesor Robin Dando, manusia mempunyai keupayaan untuk menghalang atau menonjol rasa manis, masin, pahit, masam, atau umami.
“Persepsi rasa kita boleh dimodulasi oleh pelbagai faktor, dan ini termasuk tindak balas emosi kami kepada peristiwa kehidupan yang menyenangkan atau tidak menyenangkan.
Contohnya, kami dapat menunjukkan bahawa emosi positif dapat disertai dengan peningkatan gigi manis kami, sementara emosi negatif berlaku di samping persepsi yang tinggi terhadap rasa masam. Ini mungkin sebab mengapa sesetengah daripada kita melalui makanan emosi.” – Professor Robin Dando.
Tidak dinafikan, anda semua (termasuk Bro) sentiasa dihantui dengan soalan kegemaran Malaysia “Nak makan dimana?”.
Soalan yang biasa kita tanya atau ditanya oleh rakan-rakan, keluarga, dan rakan-rakan hampir setiap hari.
Kadangkala soalan ini mampu membuat mood seseorang itu terganggu siap ada yang bermasam muka bila ‘member’ atau pasangan cadangkan makan dekat tempat yang tak berkenan dengan mood / emosi mereka ketika itu.
Kadangkala juga, soalan ini lebih sukar dari soalan KBAT yang perlu dihadap oleh pelajar sekolah dan memakan masa berjam-jam.
Dengan adanya fungsi ‘The Mood Menu’ pada Aplikasi IPC Shopping Centre ini mampu memberi penyelesaian kepada soalan tersebut. Maka anda boleh merasai pengalaman membeli-belah dan makan yang lebih tenang dan selesa.
So… Bro mengguna fungsi ‘The Mood Menu’ untuk membantu kita membuat keputusan makan tengah hari.
Bagaimana ‘The Mood Menu’ Berfungsi Pada Aplikasi IPC Shopping Centre
Untuk memastikan aplikasi ini berfungsi dengan lancar, pengguna perlu mempunyai akaun Spotify yang aktif.
‘Mood Menu” akan menganalisa sejarah pemutaran Spotify terkini dan rupa-rupanya, Bro berasa “Happy”. Aplikasi ini memilih dan memberi cadangan restoran yang membuat Bro tertarik antaranya terdapat Oyster King, Absolute
Thai dan beberapa restoran Korea.
Jikalau berjalan sendirian, Bro akan menjamu selera di restoran Korea sahaja. Akan tetapi, anak hendak makan ayam – Jadi kita berkunjung ke Nando’s!
Bagi hemat Bro, tanpa aplikasi ini, Bro tak mungkin boleh membuat keputusan dan akan pulang ke rumah dan isteri perlu memasak pula. Alhamdulillah, dengan fungsi app IPC Shopping Centre, lebih mudah untuk buat keputusan nak makan di mana.
Selain itu, aplikasi mudah alih IPC juga mengandungi maklumat bermaklumat seperti Panduan Kedai, maklumat tempat letak kereta, promosi terkini, serta promosi ahli sahaja untuk mereka yang mendaftar dalam aplikasi ini.
Anda boleh memuat turun aplikasi melalui pautan dibawah :-
- Apple App Store: http://bdj.bz/IPCappIOS
- Google Play Store: http://bdj.bz/IPCappAndroid
Sudah muat turun aplikasi ini pada telefon pintar anda? Sync dengan akaun Spotify anda untuk memadankan ‘Mood Menu’ anda.
Maka, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman terbaik di IPC Shopping Centre bersama keluarga, teman mahupun rakan-rakan sekerja anda.
IPC Shopping Centre
Ikano Power Centre, NO.2, JLN PJU 7/2, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor
Laman Web : www.ipc.com.my
asal dilema nak makan dekat mana pos gambar bini atas sekali ?
.
bestlah macam ni. senang nak decide nak makan kat mana. soalan sebegini mengalahkan soalan KBKK zaman dulu. boleh angin 1 badan kalau tak boleh decide
.
hope semua tempat makan or shopping boleh buat apps sebegini rupa
Bro ok je… mana2 pun boleh telan.. Tapi bila ada bini, lain sikit… dia lagi sukar nak buat keputusan nak makan dekat mana.
Tak explore lagi wajah baru IPC ni..selalu terjah IKEA je..dah habis renovation dah eh…bleh la terjah nanti
Best… try la datang terjah nanti
Kan best kalau aplikasi ni mana nak makan dia suggested kan mengikut bajet yang kita ada, lagi senang at least berbaloi la nak makan-makan hilangkan kelaparan, thanks for sharing bro
best kalau boleh cadangkan tempat makan ikut bajet mcm ni. tak la pening kepala
I love the new transformation of the IPC. Children friendly Mall and full with new eating place.
Marsha belum pernah jejak IPC lagi tapi apps tu memang bestlah tak pening nak cari tempat makan
I love IPC new kiddos entrance.. kiddos can spend lots n lots of time there… just at the entrance… great app!
Belum lagi jejak kaki kat IPC ni..rasa jauh naa dari rumah, tapi kalau lalu kat sana nanti bolehlah singgah. Nampak macam best je kat sana
Menu ikut mood ye. Senang nak decide makan apa. Dah xde masalah nak makan dekat mana. Nak dw lah apps ni.
Yes I have downloaded this app too, have you try their mood menu?
Its very interesting and innovative too.
Wahh!! Maklumat di hujung jari!! Senang nak bajet harga & leh tgk menu2 menarik bila dah install applikasi IPC nie.. mmg win la!!
Wah..senang mcm ni…tpi IPC tu quite big..kadang2 jadi blur jugak nk mkn kt mana kan
I am actually very impressed by their upgrade..IPC really outdid themselves this time…I visited recently and i am loving the upgraded version of the place. Even more convenient compared to before and with apps that makes manuvering around the mall easier without the hassle of having to walk around to find the information counter…big big thumbs up!
menarik untuk dicuba nih
Tempoh hari web cam di IPC. Sekali masuk banyak yang dah berubah.
Baguslah ada apps boleh cari kedai-kedai di IPC dengan mudah.