December 2, 2020

vivo V20 dan V20 Pro Boleh Didapati di Pasaran Malaysia Mulai 24 Oktober 2020

vivo V20 Series

vivo Malaysia secara rasminya melancarkan V20 dan V20 Pro, model terbaharu dalam siri V20 “Be The Focus” di Malaysia.

Majlis pelancaran produk ini telah bersiaran langsung di Laman Facebook dan saluran YouTube Rasmi vivo Malaysia.

Siri V20 menawarkan keupayaan inovatif swafoto yang membolehkan pengguna untuk merakam dan mengabadikan momen terindah dalam hidup mereka, terutama dengan teknologi terbaharunya – Eye Autofocus.

“Di dalam rekaan siri V20 yang nipis ini terdapatnya inovasi fotografi mudah alih vivo yang terkini dan canggih – kamera depan Eye Autofocus 44MP.

Ia juga dilengkapkan dengan prestasi serba boleh yang mantap, dan pada harga mampu milik, menjadikan ia peranti ideal untuk pengguna yang gemar mengambil gambar dan merakamkan kisah kehidupan mereka,” – Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.

V20 dan V20 Pro masing-masing dikuasakan oleh pemproses Qualcomm ® Snapdragon ™ 720G dan 765G, yang mempersembahkan prestasi lancar untuk aplikasi dan permainan. Bateri berkapasiti 4,000mAh (TYP) dengan teknologi FlashCharge 33W vivo untuk pengecasan yang pantas.

Menggunakan sistem operasi Android 11 bersama Funtouch OS 11 bagi memberi kepuasan kepada pengguna yang mahukan system operasi yang lancar dan efisien.

Kamera vivo V20 dan V20 Pro

Kamera vivo V20 Series

Telefon pintar V20 mempunyai kamera hadapan 44MP Eye Autofocus manakala V20 Pro pula dilengkapi dengan Eye Autofocus Dual Front Camera, yang terdiri daripada 44MP Super Definition Main Camera dan 8MP Super Wide-Angle Camera.

Ia memberi pengalaman baru kepada pengguna dalam keupayaan swafotonya.

Lensa utama bagi V20 dan V20 Pro menampilkan Eye Autofocus (AF), yang menggunakan algoritma lanjutan untuk mengesan dan fokus kepada objek swafoto yang bergerak.

Dengan kemampuannya, ia mampu memperjelaskan lagi kualiti gambar dan video yang diambil beramai-ramai serta mengesan subjek bergerak. Ciri ini sangat ideal untuk pelbagai senario seperti merakam vlog dan juga swafoto berkumpulan.

Kualiti vlog juga dipertingkatkan lagi dengan ciri Steadiface Selfie Video yang menstabilkan subjek apabila merakam video, melalui algoritma pemfokusan wajah yang melakukan pemotongan tepi secara bersasar.

Ciri-ciri ini mencerminkan kepekaan vivo tentang masalah pengguna umum apabila merakam gambar dan video menggunakan telefon pintar.

Kamera hadapan pada V20 dan V20 Pro juga sarat dengan pelbagai ciri tambahan — Slo-Mo Selfie Video, 4K Selfie Video, dan Super Night Selfie yang memperhebatkan lagi kualiti swafoto dan membantu pengguna untuk merakam saat-saat istimewa dalam hidup mereka.

Sementara itu, komposisi kamera belakang 64MP-8MP-2MP menampilkan ciri Super Night Mode pada lensa utamanya, yang menyokong rakaman menggunakan tripod, pemandangan malam bersudut lebar, dan Stylish Night Filter yang membolehkan pengguna untuk mengambil gambar yang mengagumkan di dalam senario pencahayaan yang malap.

Peranti ini juga menampilkan Dual-View Video yang membolehkan pengguna menggabungkan bahagian rakaman yang diambil menggunakan kamera depan dan belakang, menggandakan daya kreativiti mereka dan menjadikan ia lebih menyeronokkan.

Manakala, 8MP Super Wide Camera bagi V20 Pro menawarkan Super Wide-Angle Selfie bersudut 105° (103.6° selepas pembetulan distorsi), dan digandingkan bersama algoritma pembetulan distorsi untuk menghasilkan gambar yang sangat lebar dan nampak semula jadi.

V20 dan V20 Pro juga ditampilkan dengan rekaan ultra-nipis dan ringan. Ketebalan V20 Pro hanyalah 7.39mm dan beratnya pula cuma 170g, menjadikannya telefon pintar 5G ternipis di pasaran.

Manakala V20 pula mempunyai ketebalan 7.38mm dan berat 171g dan mempunyai rekaan ultra-nipis yang memberikan genggaman yang cukup selesa kepada penggunanya.

Untuk pasaran Malaysia, V20 didatangkan dengan warna Midnight Jazz dan Sunset Melody, manakala Midnight Jazz dan Moonlight Sonata bagi warna yang dikhususkan untuk V20 Pro.

Harga vivo V20 dan V20 Pro

Pre-Order V20 Series

Kedua-dua V20 dan V20 Pro boleh didapati di Malaysia pada 24 Oktober 2020, pada harga RM 1,499 dan RM 1,899.

Pra-tempahan kini dibuka di kedai rasmi vivo Malaysia di Shopee dan Lazada hingga 23 Oktober 2020, dengan hadiah eksklusif percuma* bernilai sehingga RM 788 dan RM 758 masing-masing.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “vivo V20 dan V20 Pro Boleh Didapati di Pasaran Malaysia Mulai 24 Oktober 2020

  1. Smartphones bukan sekadar untuk berhubung. Sudah lebih dari fungsi asal. Kalau dahulu balik kerja boleh rasa aman sekarang tak lagi. Ada jer gangguan lepas kerja. Hu…hu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *