Agak terkesan juga bila bisnes Tauhu Begedil Sambal Kicap Parit King tidak dapat beroperasi sepenuhnya akibat pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.
Ada beberapa tempahan untuk katering + mereka yang selalu order dalam jumlah yang banyak untuk budak office, tidak dapat ditunaikan.
Memang terasa juga la.
Sebab kebanyakan kawasan yang biasa buat delivery memerlukan Bro untuk merentas daerah. Rasanya tak berbaloi habiskan masa berjam-jam menghadap beberapa roadblock.
Lagi satu, had dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar. Memang agak sukar juga untuk buat delivery tanpa tinggalkan anak di rumah.
Nak buat macam mana, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup. Maka mereka terpaksa belajar secara online di rumah.
Nampak gaya, buat masa ini hanya fokus pada market kawasan setempat sahaja.
Jika anda berada di sekitar Bandar Puncak Alam dan teringin nak rasa keenakkan Tauhu Begedil Sambal Kicap Parit King, anda boleh wasap ke 016 744 0274.
Nota Kaki : Harap semuanya bakal pulih selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ya, tidak dinafikan ada yang terjejas dan ada yang masih bertahan.
sedapnya tahu begedil! moga yang terjejas dipermudahkan urusan :)
Ramai pengusaha kantin sekolah bakal muflis.ada juga pengusaha yg mohon penamatan kontrak awal sebab dah kehabisan modal
Semoga ada rezeki lain utk bro. dan sama2 kita doakan covid 19 segera hapus dr bumi bertuah ini.