Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf, kembali dan akan melancarkan platform e-dagang baharunya – https://bigbadwolfbooks.com/my buat kali pertama untuk para pembaca di Malaysia dari 4 hingga 11 November 2020.
Jualan Buku selama 8 hari ini bakal menggembirakan para peminat dan pencinta buku dengan menawarkan lebih daripada 20 juta buku dan 40,000 judul buku.
Selain daripada itu, para pembeli di Malaysia juga akan dapat menikmati buku-buku berkualiti yang baharu dan mendapatkan penjimatan sehingga 90% daripada harga runcit yang disyorkan.
Para pembaca dari semua peringkat umur boleh meneliti pilihan luas dari pesta Jualan Buku maya pada tahun ini di mana mereka boleh mendapatkan pelbagai judul seperti novel, fiksyen sains, cinta, sastera, novel grafik, buku perniagaan, bimbingan diri, buku seni bina, buku masakan yang terlaris, dan banyak lagi; kesemuanya boleh didapati dalam satu laman web.
Terkenal dengan koleksi buku kanak-kanak yang luas; ibu bapa boleh memilih buku cerita, buku aktiviti, buku kertas tebal, buku mewarna, buku bergambar dan buku interaktif untuk memenuhi masa lapang anak-anak di rumah.
Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikenakan ke atas Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah, dan di negeri-negeri lain yang terlibat, Jualan Buku Big Bad Wolf berharap agar dapat memberikan para pembaca akses berterusan kepada pengetahuan melalui koleksi buku-bukunya, justeru menggalakkan kenikmatan membaca dari keselesaan rumah masing-masing.
Platform e-dagang baharu ini membolehkan para pengguna melayari katalog yang mengandungi 40,000 judul buku dengan mudah.
Pelbagai promosi mengikut kategori akan menanti para pembaca, contohnya Horrible Books, White Star Classic Fairy Tales, Magical Books Deal dan book of the Sale, the Christmas 8 in 1 Game Book.
Pengguna juga boleh menikmati penghantaraan percuma di Semenanjung Malaysia untuk pesanan melebihi RM180, serta tawaran diskaun RM5 dengan pembelian minimum sebanyak RM80 atau diskaun 10% daripada jumlah bil dengan pembelian minimum sebanyak RM300, tertakluk kepada terma dan syarat.
Para pembaca di Sabah dan Sarawak juga akan menikmati diskaun 30% dari kos penghantaran tanpa perbelanjaan minimum.