April 26, 2024

10 Tip Penjimatan Minyak Yang Perlu Anda Amalkan Ketika Memandu

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip
Sejak beberapa menjak ini, kita nampak penurunan harga minyak sedikit demi sedikit secara mingguan selepas sistem ini diperkenalkan.

Tapi memang susah nak rasa harga minyak sama seperti dulu.

Turunnya beberapa kali, tetapi kalau naik sekali memang naik banyak juga. Kemudian ambil masa untuk turun secara sedikit demi sedikit sebelum naik kembali.

Tapi jangan risau, nak dekat pilihanraya nanti, mesti turun punya.

Ok, bukan itu yang ingin Bro bicarakan dalam artikle kali ini.

Cuma sekadar ingin berkongsi dengan anda mengenai tip penjimatan minyak yang sepatutnya anda amalkan (tak perlu lekat sticker pada tempat letak minyak).

10 Tip Penjimatan Minyak Yang Perlu Anda Amalkan Ketika Memandu :-

  1. Kurangkan kelajuan – Pemanduan dari kelajuan 120km/j kepada 90km/j mampu menjimatkan hampir 25% penggunaan minyak. Tetapi korang confirm nak jimatkan masa berbanding minyak. Betul tak?
  2. Pecutan Sekata – Tak kisah korang bawa 90km/j atau 120km/j janji pecutan sekata. Bukan sekejab 160km/j sekejab 60km/j. Senang cerita, bawa pada kelajuan yang tidak memerlukan anda asik menekan brek atau bagi ‘high beam’ pada kereta hadapan korang.
  3. Kurang Berat Yang Tidak Sepatutnya – Jika perlu, kurangkan barang berat yang tidak sepatutnya dalam kereta anda. Ini sampai tengok kereta macam almari baju. Belum bonet macam karbinet kasut lagi + ruang belakang macam katil empuk, penuh anak patung dan bantal besar gedabak he…23x
  4. Elakkan Waktu Puncak – Jika boleh, elakkan memandu ketika waktu puncak. Risau 2-3 jam anda habiskan minyak kenderaan ketika stuck dalam kesesakan lalu lintas. Sedangkan jumlah minyak + masa itu cukup untuk korang drive dari KL ke Ipoh then balik KL balik he…23x
  5. Kekalkan Aerodynamic Kereta – Simple je, tak perlu buka tingkap besar-besar ketika memandu dengan laju. Ia sekaligus memberi kesan pada aerodynamic kereta anda ketika melakukan pecutan.
  6. Pemanduan Berhemah – Lagi simple. Bila korang dari jauh dah nampak bongol, lubang mahupun trafik light merah. Rasanya tak perlu anda tekan minyak dan break bila makin mendekati. Tetapi kurangkan kelajuan (tanpa tekan minyak) dan break dengan lembut. Lagi kerap anda amalkan, lebih banyak penjimatan anda boleh nikmati.
  7. Rancang Perjalanan Anda – Perjalanan yang tidak dirancang seperti anda membazirkan minyak diatas jalan. Jika anda dari lokasi A hendak ke lokasi B, pastikan laluan mahupun jalan shortcut yang ingin anda guna.
  8. Penjagaan Tayar – Keadaan tayar juga memain peranan. Seeloknya pastikan keadaan tayar anda (dari segi angin tayar dan bunganya), jika perlu tukar elok tukar. Tayar yang ok, mampu melancarkan lagi pecutan.
  9. Penjagaan Kereta – Kerap lakukan pemeriksaan, jika boleh buat sendiri lagi bagus. Tak tahu? Boleh dapatkan Panduan Penjagaan Kereta. Kereta yang jarang diperiksaan atau dijaga mampu memberi kesan kepada penggunaan minyak. Jika tiada tindakan diambil, bukan sahaja pembelanjaan minyak anda naik bahkan kos-kos tambahan perlu dikeluarkan untuk membaiki kerosakan kelak akibat kecuaian / kemalasan anda untuk melalukan pemeriksaan.
  10. Pakai Kereta Bila Perlu – Tak semestinya setiap masa anda perlu bergerak menggunakan kereta. Contoh, macam ke kedai yang jarak sekangkang kera, tetapi tetap juga nak pergi naik kereta. Dasar Obesiti betul la.

Honda Family Trip - Honda Malaysia - CIty Bloggers Drive
Ok, cukup 10 tip ini untuk anda amalkan.

Gambar diatas ini sewaktu Bro memandu salah satu kereta Honda bersama Rakan Artis – Awi Rafael (Boleh Baca Di Sini)

Kredit Gambar : Kenangan Sewaktu Pandu Uji City Blogger Drive.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “10 Tip Penjimatan Minyak Yang Perlu Anda Amalkan Ketika Memandu

  1. Terbaik bro atas perkongsian. Izin share di facebook saya ya. Terima kasih. Lepas ni x kisah sangat la kalau harga minyak naik. Sebab dah tahu cara nak jimat kaw-kaw.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *