Subsidi Minyak Malaysia
Jika sebelum ini, setiap hujung bulan pasti menjadi tanda tanya pada rakyat Malaysia sama ada harga minyak akan naik, turun atau kekal seperti bulan sebelumnya.

Kini, mulai 29 Mac 2017 kadar harga minyak akan berubah secara mingguan dan bukannya bulanan seperti sebelum ini.

Kerajaan akan menguatkuasakan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan, yakni pada setiap hari Rabu dimana harga berkenaan bakal berkuat kuasa bermula jam 12.01 pagi pada keesokannya.

Nampaknya aktiviti beratur di stesen minyak secara bulanan akan menjadi aktiviti mingguan selepas ini.

Diharapkan setiap bulan lebih banyak penurunan berbanding kenaikan.

Jika kerajaan betul-betul prihatin kepada rakyatnya. Harap jangan naikan harga minyak time gaji lambat lagi masuk dan jangan gegatai naikan harga minyak time rakyat baru dapat gaji.

Nak lagi best, asal minggu perayaan bagi diskaun minyak (aka subsidi mingguan) untuk rakyat menikmati minggu perayaan dengan hati yang senang hahahaha.

Bicara Bro : Gua sembang punyalah kencang, tapi gua merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang akan menangis dalam diam bila isi minyak RM50 rasa sehari je dah habis (kenkadang tak sampai sehari)