February 9, 2025

Syawal Menjelang Tiba, Sediakan 6 Checklist Ini Sebagai Persiapan Rapi

Keluarga Bro Framestone Raya Pertama 2017Raya datang lagi!

1 Syawal atau Hari Raya merupakan hari yang dirayakan oleh semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia bagi menandakan tamatnya bulan Ramadhan dimana umat Islam telah menunaikan ibadah berpuasa selama sebulan dengan penuh ketekunan.

Hari Raya Puasa boleh dimulai dengan 2 cara samada melalui rukyah iaitu melihat anak bulan atau secara hisab, melalui kiraan. Kebiasannya di Malaysia petugas-petugas jabatan agama akan ditugaskan untuk memerhati anak bulan pada waktu Maghrib di lokasi yang strategik.

Tetapi kini, kalendar Islam juga telah dikeluarkan untuk memudahkan kita mengetahui tarikh dan peristiwa tertentu yang berlaku dalam bulan Islam.

Menjelang Hari Raya, pasti kita sibuk membuat persiapan seperti mengemas rumah, menyediakan baju untuk dipakai pada pagi Raya, kuih-muih dan list makanan buat tetamu yang berkunjung.

Nah, disinilah ‘checklist’ itu penting agar anda tidak tertinggal satu pun perkara penting semasa persiapan Syawal. Jom lihat apa yang patut anda sedia dalam checklist ini;

1 – Berpakaian Indah Di Pagi Raya Dengan Baju Baru

OOTD Hari Raya

Sudah beli baju raya yang anda ingini? Atau masih tercari-cari. Sebenarnya, semasa musim perayaan menghampiri terutama sekali Hari Raya Puasa, pasti berpusu orang keluar membeli-belah.

Ini adalah salah satu perkara yang menjadi kebiasaan sewaktu bulan Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya. Masa inilah jualan mega, jualan murah yang berlangsung sana-sini. Membuatkan shopping complex tidak lengang dengan kunjungan.

Jika duit bukan menjadi masalah buat anda, boleh sahaja anda membeli #OOTD Hari Raya di mana-mana shopping mall.

Tetapi jika anda jenis malas hendak keluar semasa bulan puasa, boleh sahaja beli secara online yang juga menawarkan pilihan baju-baju menarik seperti Zalora. Jika anda membeli baju raya atau make-up di Zalora, gunakan sahaja Zalora promo code untuk mendapatkan diskaun bagi barangan tertentu.

Usah risau lari bajet. Rayakan setahun sekali saja!

2 – Kuih Raya Untuk Dijamu Para Tetamu

Kuih RayaMasuk minggu ke-3 bulan Ramadhan, pasti sudah berkurangan jemaah yang berkunjung ke masjid dan surau kerana sibuk membuat kuih samada untuk ‘order’ atau sendiri.

Jika anda mempunyai kekangan masa untuk membuat kuih raya sendiri, boleh sahaja membeli di kedai. Tak jadi masalah, asalkan sedap.

Bagi anda yang memang sejak dari dahulu lagi, biasa membuat kuih raya sendiri, pastikan barangan untuknya mencukupi. Dari tepung sehinggalah ke perkakas masakan agar tidak perlu berulang ke kedai banyak kali.

Bukan hanya baju sahaja hendak ditukar, kadangkala teringin juga hendak ‘self-treat’ perkakas masakan yang baru sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Malas hendak keluar? Tiada masalah. Beli saja secara online.

Terdapat pelbagai website yang menjual perkakas masakan terkini terutamanya Shopee. Harganya lebih rendah dan sesuai mengikut bajet anda. Tambahan pula, gunakan Shopee promo code supaya lagi berganda penjimatan wang anda.

3 – Duit… oh Duit!

Duit RayaDah tukar duit raya ke belum? Ini salah satu perkara yang menjadi rutin dan perlu ada dalam checklist anda.

Duit raya diletakkan di dalam sampul kecil warna-warni dengan corak yang sesuai untuk musim perayaan tersebut. Bukan sahaja kanak-kanak, malahan orang dewasa juga turut teruja menerima sampul ini. Seminggu sebelum hari perayaan, biasanya, bank akan mulai menerima penukaran duit kecil.

Dari kecil sehinggalah remaja, Bro juga menerima sampul kecil berwarna-warni seperti ini setiapkali berkunjung ke rumah sanak-saudara. Tapi sejak dah bekerja ni, masa untuk kita pula yang menjadi tangan menghulur duit raya buat anak-anak saudara.

Aduh…duit oh duit!

4 – Siap Siaga Untuk Pulang Ke Kampung Halaman

Beg Balik Kampung
Wah…tajuk dah macam nak pergi berperang pula. Sudah menjadi rutin kita setiap kali beraya pasti akan pulang ke kampung halaman bagi yang masih ada kampung dan untuk yang tiada, raya di KL sahajalah nampaknya. Checklist ke-4 yang perlu anda tulis dalam catatan.

Pastikan berapa lama anda akan berada di kampung. Jika anda berada selama seminggu di kampung, jangan pula bawa baju 2 helai sahaja.

Bawalah seminima yang mungkin untuk mengurangkan muatan, tidak kira samada anda pulang menaiki kenderaan awam atau persendirian. Bagi yang sudah bekeluarga dan mempunyai anak kecil, utamakan keperluan si manja anda terlebih dahulu.

Takut nanti tak cukup, terpaksa pula ke pekan membelinya.

5 – Jangan Lupa Servis Kereta Anda Dahulu

ALIRAN KENDERAAN SESAK

Jangan lupa masukkan tajuk ini ke dalam checklist anda yang seterusnya. Servislah kereta samada di bengkel atau pusat servis berdekatan dengan anda. Elakkan daripada terjadi kejadian yang tidak diingini.

Tambahan pula di musim perayaan ini, pastinya kereta akan penuh dan padat di atas jalanraya. Periksa brek, stereng, tayar, minyak hitam, air, wiper, headlamp, lampu isyarat dan lampu brek agar semuanya boleh digunakan.

Pesanan khidmat masyarakat : malang itu tak berbau.

6 – Pastikan Rumah Bersih

Pemilihan Perabot Berdasarkan Warna Cat Dalam Rumah

Checklist terakhir untuk anda yang beraya di kampung, bersihkan rumah terlebih dahulu sebelum anda meninggalkannya. Kunci rumah serapat yang mungkin agar dapat mengelakkan bencana.

Bagi yang beraya hanya di KL sahaja, pastikan rumah bersih sehari atau 2 hari sebelum menjelang Hari Raya. Yang penting, tiada habuk berterbangan semasa anda menerima kunjungan saudara-mara.

Terutamanya bagi anda yang baru berpindah rumah atau menukar perabot baru, pasti ada sahabat-handai dan sanak-saudara yang ingin
menziarahi. Pssst….masa untuk membawang.

Jika ada bajet extra tahun ini, tukarlah dekorasi apa-apa yang patut dalam rumah anda. Bertambah semangatlah hendak beraya tahun 2019 ini!

Bicara Bro : Selamat hari raya, maaf zahir & batin.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Syawal Menjelang Tiba, Sediakan 6 Checklist Ini Sebagai Persiapan Rapi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *