January 19, 2025

Cari Pasangan Hidup Yang Punyai Ciri-Ciri Sebagai Bapa Mithali

Blogilvy Nur Elfisha Bro Framestone
Nak cari suami bukan macam cari pakaian dekat pasaraya.

Perlu dilihat pada jenamanya, dibandingkan dengan harganya, dikelaskan dengan lokasi dibelinya.

Ini tidak dapat menjamin kebahagaian rumah tangga yang bakal anda kecapi. Kalau nak cari pasangan hidup, cari yang mampu dan mempunyai ciri-ciri sebagai bapa mithali.

Ciri Bapa Mithali

  1. Mempunyai keimanan yang kukuh
  2. Menguasai ilmu duniawi dan akhirat
  3. Bertanggungjawab terhadap keluarga
  4. Mampu menjadi pendidik kepada zuriat keturunan
  5. Mampu memberi nafkah kepada keluarga dan tanggungannya.
  6. Mampu menjadi ketua keluarga
  7. Mempunyai kewibawaan yang tinggi dalam melaksanakan peranan dalam institusi kekeluargaan
  8. Mempunyai sifat pengasih dan penyayang.
  9. Menjadikan solat perkara utama dalam keluarganya
  10. Sentiasa mendoakan kebahagiaan keluarganya.

Adakah semua ciri-ciri ini ada pada anda?

Jika tiada, perbaikinya sebelum anda merancang untuk mendirikan rumah tangga. Perkahwinan bukan setakat anda dengan si dia sahaja.

Bicara Bro : Kadangkala kita merasakan kita dah cukup sempurna.

Tetapi orang sekeliling lebih mengetahuinya.

Bro tengah cuba menjadi lebih bertanggungjawab dan mampu jadi pemimpin keluarga walaupun dah tak mampu jadi pemimpin seperti dahulu.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Cari Pasangan Hidup Yang Punyai Ciri-Ciri Sebagai Bapa Mithali

  1. Kenali dulu bakal suami tu dalam 2-3 tahun.Pastikan betul2 berusaha mengenali,ada orang yg couple sampai 6 tahun tapi masih tak cukup kenal dgn pasangan mereka sbb hubungan tu penuh kepura-puraan.

    1. Ramai yang amik masa 2-3x jumpa, dah tidur sekali tanpa menggunakan masa 2-3x jumpa untuk mengenali pasangan.

      Mungkin juga mereka berpura-pura single di depan anda. Mahupun berpura-pura alim

  2. Kalau semua molek sampai bila tak akan berkahwin. Selalu mempunyai keazaman untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang dunia dan akhirat.

  3. :)
    Sentiasa rasa ayah saya dah buat yang terbaik untuk saya.
    Sentiasa rasa suami dah buat yang terbaik untuk anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *