Ingin berbuka puasa di Shah Alam bersama keluarga, rakan-rakan mahupun rakan sekerja?
Bro cadangkan anda memilih De Palma Hotel Shah Alam yang merupakan peneraju hotel yang berlandaskan syariah serta mempunyai sijil halal.
Sesuai untuk dijadikan pilihan terbaik lokasi berbuka puasa untuk sepanjang bulan Ramadhan dimana anda boleh menikmati diskaun hingga 12% sewaktu membuat tempahan dengan menyatakan anda dapat maklumat ini dari “BLOG Bro Framestone“.
Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam mula beroperasi dari hari pertama hingga hari ke-29 ramadhan.
‘Gempita Rasa 29 Malam’ merupakan slogan yang diangkat menjadi tema bufet Ramadhan kali ini. Berkonsepkan pasar malam, setiap menu akan dipersembahkan berkonsepkan gerai seperti kebiasaan yang dilihat di pasar-pasar malam atau di bazar Ramadhan.
Menu Berbuka di De Palma Hotel Shah Alam
Pihak hotel berbesar hati untuk mengekalkan barisan menu pilihan yang bercirikan warisan melayu kampung terutamanya masakan pantai timur, lauk-pauk kenduri dan pelbagai lagi.
Masakan kampung yang enak seperti Gulai Kawah Kambing Nangka, Masak Lemak Ikan Keli Salai dengan Pucuk Ubi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Siput Sedut Masak Cili Padi, Ikan Tongkol Goreng Berlada, Asam Rebus Keladi, Masak Lemak Ikan Masin dengan Nenas, Asam Pedas Daging Tetel dengan Terung Pipit.
Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi – My Fav
Tidak ketinggalan sedikit selingan juadah hari raya seperti Nasi Impit, Pulut Kuning, Ketupat dan Rendang turut menemani para pengunjung yang datang berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam.
Kepelbagaian hidangan yang diutarakan ditambah seri dengan lauk pauk kenduri atau dikenali dengan lauk pengantin yang diberi sentuhan moden sesuai dengan citarasa golongan muda masa kini selain mengekalkan sebahagian ciri-ciri asli lauk tersebut.
Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Bukhari beserta lauk pauk terkenal yang tak lapuk ditelan zaman seperti Daging Masak Hitam Manis, Ayam Masak Merah, Daging Rendang juga dihidangkan pada setiap hari.
Bagi memberi nilai untuk wang yang dibelanjakan, pihak De Palma Hotel Shah Alam juga turut menyediakan hidangan pilihan buat kanak-kanak.
Antaranya adalah Jejari Ikan Goreng, Sosej, Nasi Ayam dan tidak ketinggalan pencuci mulut kegilaan kanak-kanak malahan juga orang dewasa iaitu aiskrim dan ABC juga turut disediakan.
Untuk sudut minuman pula, selain kordial pelbagai perisa, tahun ini kami turut menampilkan air kopi yang diperbuat daripada kopi asli tempatan selain teh tarik yang mempunyai aura tersendiri dan anda pasti akan mengulangi untuk kesekian kalinya.
Sejajar dengan pematuhan syariah yang diterapkan, sedikit pengisian rohani diselitkan bagi mengimarahkan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak.
Bermula dengan bacaan surah-surah penting untuk seketika sementera menanti masuknya waktu berbuka puasa dan laungan azan secara langsung sejurus masuknya waktu Maghrib.
Seterusnya para pengunjung disajikan dengan video ringkas tazkirah Ramadhan selingan sebelum masuknya waktu solat fardhu Isya’.
Para pengunjung juga akan didengari dengan alunan merdu qasidah yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar tahfiz terpilih sepanjang bulan Ramadhan.
Tidak dilupakan Kumpulan Traboxx Buskers yang diterajui oleh Black, Haris, Azmi dan Fathi yang akan turut menghiburkan semua para pengunjung sepanjang Ramadhan ini dengan mendendangkan lagu-lagu yang berbentuk Islamik dan ketuhanan.
Tambah istimewa, De Palma Hotel Shah Alam tidak hanya menyediakan bufet Ramadhan tetapi juga solat terawikh secara berjemaah pada setiap hari di Surau Nurul Iman yang boleh memuatkan sehingga 200 orang pada satu-satu masa.
terawikh akan diimamkan oleh Ustaz Amir dan Ustaz Nasri selaku Imam Residen De Palma Hotel Shah Alam.
Ubi Rebus – Benda paling rare untuk anda nikmati sewaktu berbuka.
Harga Bufet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam
Bufet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam diadakan di The Grand Ballroom yang boleh memuatkan lebih 600 orang pada satu-satu masa yang sudah pastinya menjanjikan keselesaan kepada setiap pengunjung yang datang.
Dengan hanya RM68.00 bersih untuk dewasa dan RM 34.00 bersih untuk kanak-kanak, ianya sangat berbaloi dengan pakej bufet yang ditawarkan.
Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam akan mula dibuka pada jam 6.30 petang sehingga jam 10.00 malam. Pihak hotel juga turut mengadakan promosi iaitu hanya RM 50.00 bersih sahaja untuk golongan dewasa yang hanya sah pada 6 hingga 10 Jun 2016.
Para pelanggan yang berminat untuk merasai kemeriahan berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam boleh membuat tempahan terus ke Kaunter Ramadhan atau pun menghubungi talian khas tempahan bufet Ramadhan di talian 03-55428080 atau Jabatan Jualan di sambungan 611/608/405/406.
Sebarang tempahan atau pertanyaan juga boleh diajukan kepada pautan emel kami noraini@depalmahotel.com.
PERINGATAN : Sebut nama “BLOG Bro Framestone” untuk menikmati diskaun sebanyak 12% sewaktu membuat tempahan. Selamat berbuka puasa ;)
Wow siap ada diskaun 12% kalau sebut nama Bro eh?
He…23x jangan pula mintak free dengan sebut nama Bro
wow ada diskaun tu bestnya
Siapa xnak diskaun kan…. NIe dah beri, kalau xnak juga tak tau la kan
Assalam,
Cantik2 gambar.
W’salam & Terima kasih…
wah..siput sedut my favaorite…rasanya kalau g mmg tak tgk org dh..hahaha…mmber dulu praktikal kt sini..terbaik…
bace menu yang bro tulis pun dah boleh lapar huhu…
bro, klu de palma shah alam & de palma kuala selangor, buffet ramadhan mana yg best n berbaloi?
Susah nak cakap dari segi berbaloi atau tidak. Sebabnya harga kedua-duanya adalah berbeza dan lokasinya juga berbeza.
Yang pasti, dekat Shah Alam menunya lebih banyak pilihan.
Bagi di Kuala Selangor, menunya lebih spesifik. Tidak sebanyak yang disajikan di Shah Alam. Tetapi tetap menarik hati.