May 21, 2025

Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding Benteras Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD)

Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut

Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Sementera Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) mengalami penurunan di Malaysia dengan 106,477 kes dilaporkan sehingga 18 Jun 2022, ia masih meningkat kira-kira 39 kali ganda berbanding 2,710 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, namun orang dewasa dan kanak-kanak yang umur lebih tinggi juga akan menghadapi risiko.

HFMD amat mudah merebak, dan pusat penjagaan kanak-kanak adalah tempat yang paling mudah untuk menjangkiti HFMD disebabkan oleh latihan ke tandas, penukaran lampin serta kanak-kanak sering memasukkan tangan mereka ke dalam mulut.

REALKids_DamansaraDamai

Apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk melindungi si kecil?

Dalam memerangi HFMD bersama-sama ibu bapa Malaysia, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal yang terkemuka di Malaysia bekerjasama dengan R.E.A.L Kids, rangkaian tadika yang dikendali oleh pemilik terbesar di negara ini dengan 45 pusat dan 3,600 pelajar di seluruh negara melengkapkan pelajar, guru dan kakitangan dengan set penjagaan Antabax bagi kelengkapan kebersihan diri , dan bahan pendidikan kreatif untuk meningkatkan kefahaman berkaitan hal yang boleh dan tidak boleh tentang HFMD.

Antabax akan berkongsi bahan pendidikan dan cara untuk mengurangkan penularan HFMD, yang bakal diedarkan kepada semua pelajar R.E.A.L Kids di seluruh negara.

Kandungan termasuklah perbincangan kreatif dan helaian aktiviti yang disediakan oleh guru-guru dan penjaga-penjaga untuk para pelajar memahami cara-cara mengurangkan risiko HFMD.

Jenama ini terus memainkan peranan sebagai pendorong untuk menggalakkan ibu bapa, pelajar dan guru untuk kembali ke kegiatan harian dengan menekankan amalan kebersihan diri yang baik, selaras dengan tema #BaxInAction.

Jenama ini akan menyumbang produk mereka termasuk semburan antibakteria sanitizer, sabun buku dan tisu lap antibakteria yang mampu membunuh 99.9% kuman dan memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa tentang kebersihan anak mereka.

Baucer promosi yang boleh digunakan untuk pembelian produk Antabax teleh disediakan bagi menyokong ibu bapa dalam pembelian seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Antabax, sila layari http://www.lamsoon.com.my/ atau ikuti kami di Facebook https://www.facebook.com/Antabax.Malaysia/ dan di Instagram https://www.instagram.com/antabax.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *