January 19, 2025

Pra-Tempah Neffos X20 & Neffos X20 Pro Kini Dibuka Untuk Pasaran Malaysia

Neffos X20 Pro
Neffos Malaysia telah memperkenalkan model terbaru mereka – Neffos X20 & Neffos X20 Pro untuk pasaran Malaysia mulai hari ini.

Anda boleh membuat pra-tempahan bagi Neffos X20 (RM449) Neffos X20 (RM599).

Didatangkan dengan GSM Antenna Diversity Technology membolehkan kualiti panggilan lebih jelas dan stabil serta Dual-band Wi-Fi memberikan pengalaman melayari internet lebih pantas dan lancar.

Dikuasakan oleh multi-core processor dengan 4GB RAM dan ruangan menyimpan yang boleh dipertingkatkan sehingga 128GB dengan bateri bersaiz 4,100mAh, mampu bertahan sepanjang hari untuk mengimbangan penggunaan secara berlebihan.

Kedua-duanya mempunyai kamera 13 & 5 megapixel dibelakangnya, dan salah satunya bertindak sebagai sensor kedalaman untuk gambar potret atau bokeh.

Sensitiviti foto kepada pencahayaan yang rendah atau objek bergerak mudah diuruskan. Kameranya secara automatik akan meningkatkan kecerahan dan kejelasan, menjadikan setiap foto anda dapat diingati.

Neffos X20 boleh didapati dalam 4 pilihan warna – hitam, biru, merah dan ungu. Manakala Neffos X20 Pro pula hitam, biru, hijau dan merah.

Best ke tak Neffos X20 & Neffos X20 Pro? Nantikan review dari Bro ;)

Untuk maklumat lanjut mengenai Neffos X20 & Neffos X20 Pro, anda boleh layari http://www.neffos.my/

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *