kepada pengguna iPhone, sudahkah anda upgrade ke iOS 6.0?
Jika belum, apa kata anda upgrade sekarang. Dimana ada beberapa kelainan dipaparkan pada iOS 6.0 kali ini.
Apple telah memperkenalkan Passbook, yang merupakan penyelesaian bagi anda untuk menyimpan tiket penerbangan, pas anda, dan kad keahlian dalam IOS 6.
Passbook merupakan applikasi dari Apple sedikit menyerupai sistem pembayaran mengunakan mobile. Ianya dimasukkan ke dalam IOS 6 yang membolehkan industri atau syarikat tertentu menghasilkan Pas yang akan disimpan di dalam akaun Passbook pengguna.
Buat masa sekarang apps ini masih belum support bagi pengguna di Malaysia.
Apabila anda menggunakan Passbook untuk kali pertama, ia lebih berkemungkinan akan kelihatan kosong. Terdapat link yang akan membawa anda ke App Store untuk membantu anda mencari aplikasi dengan integrasi Passbook.
Diharap dalam masa sebulan dua ini akan ada industri atau syarikat yang start menggunakan applikasi ini.
Sebab ianya menarik, hanya perlu buka Passbook dan scan sebarang tiket penerbangan mahupun kad keahlian yang ada didalamnya.
Tak perlu nak tercari-cari kad keahlian yang bertimbun dalam dompet.
Bicara Bro : Kalau boleh, bukan setakat tiket kapal terbang, kad keahlian sahaja yang dimasukan dalam apps ini.
Sertakan sekal discount makan atau perlancongan. Baru terasa berbaloi.
Menarik penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak Apple. Malangnya perkhidmatan yang ditawarkan belum ada di Malaysia.
Itu la pasal.
Kecewa sangat di situ
betul tu bro, kena tunggu sikit masa lagi
kalau ada kat malaysia pon dkna belum mampu nak pakai hihiii
terbaekkk…
Jom pakai iPhone :)
Wah aplikasi yang menarik. Dalam dompet terlalu banyak keahlian, buat tebal dompet. Bagi lelaki mesti nak sempoi. Nipis dan ringan kalau berjalan.
Tapi itu la.. Rasanya tak banyak tempat yang support kad keahlian macam nie.
aiyoo xsabar nk ugrade
Dah upgrade belum ek
memang menarik tetapi benda-benda macam nie belum sampai kat malaysia.
mmg menarik la..kalo wat mcm ni x lah penuh dompet dgn member kad..hehe
dompet tebal2 org ingat duit kepok2 dlm tu, padahal tebal dgn kad je
kena tunggu la dekat Malaysia start guna benda nie.
Tapi kenyataannya, Malaysia memang jauh ketinggalan he.23x
Betul tu.. Tebal dompet kerana kad.. Kad keahlian je pun.. Bukannye kad kredit..
@nur.. haha mcm2 kad lagi ada busines kad lah, kad tesco lah
syarikat kena byk guna ni.. baru senang sket nnti..
ooo… ok. thanks 4 the info bro.. :)
Deq Noor dah upgrade ke?
harap2 cepat2 la boleh guna kan Malaysia
bagus benda ni..cuma kena pastikan security apps tu betul2 power la..sekarang kan ramai hackers..huhu
Biasa la tue kan. Hope benda ini praktikal dan sesuai digunakan di Malaysia
hacker skrg makin bijak smua benda nak digodek2 nya
Terbaik.. tapi Nurul bukan pengguna iphone.. hehehe
Akan datang siapa tahu kan he..23x
Tau-tau dapat hantaran iPhone sebijik :)
@nurul.. samalah kita
menariknya… baca je la untuk tambahkan ilmu di dada…
perghh memang makin maju.. xselesa ada byk2 kad dlm dompet neh.. dompet tebal byk duit xpa juga tp tebal kad2 saja