Marrybrown Caltex Sg Choh, Rawang
Buat pertama kalinya, Marrybrown telah bekerjasama dengan Caltex, jenama dibawah naungan Chevron Malaysia Limited membuka cawangan pertama mereka di area Rawang.

Kini penduduk Rawang boleh menikmati Marrybrown bersebelahan dengan stesen minyak Caltex, Sg Choh menjadikan ia tempat sehenti untuk anda mengisi minyak serta menjamu selera.

Bro berpeluang menjadi yang pelangan terawal yang datang untuk menyaksikan perasmian cawangan Marrybrown ini.

Melalui kerjasama ini, ia dapat memberikan yang terbaik buat komuniti kejiranan di area Rawang ini. Sekaligus menjadi penanda aras buat Marrybrown sendiri dalam mencipta peluang buat komuniti untuk bersama keluarga menikmati hidangan yang lazat dari Marrybrown.

Bagi pihak Caltex pula, mereka berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan Marrybrown yang berkongsi misi dan visi yang sama buat komuniti di sini.

Rawang merupakan bandar yang kaya dengan sejarah dan kini mula membangun bukan sahaja melalui aktiviti industri dan perkilangan, bahkan juga peluang peniagaan. Kemasukan beberapa pemaju hartanah mula meningkatkan jumlah komuniti setempat di sini.

Menurut Dato’ Joshua Liew, CEO Marrybrown – anda kini boleh menikmati hidangan seperti Marrybrown Crispy Chicken, Nasi Marrybrown, Mi Kari MB, Chicken Burger dan banyak lagi di cawangan Marrybrown di Caltex Sungai Choh setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Rakan Blogger Marrybrown Sg Choh

Sempena pembukaan rasmi cawangan Marrybrown di Caltex Sungai Choh, anda boleh menikmati tawaran masa terhad sepanjang 3 hari pertama ini.

Anda hanya perlu datang ke cawangan Marrybrown di Caltex Sungai Choh dan pamerkan post dari Instagram / Facebook Marrybrown untuk menikmati tawaran seperti :-

  • 15 Ogos 2019 (Khamis) – PERCUMA* Nasi Marrybrown untuk 100 pelangan terawal
  • 16 Ogos 2019 (Jumaat) – PERCUMA* Chicken Burger untuk 100 pelangan terawal
  • 17 Ogos 2019 (Sabtu) – PERCUMA* Seketul MB Crispy Chicken untuk 100 pelangan terawal

* dengan pembelian menu Marrybrown, terhad untuk 1 penebusan, seorang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown serta tawaran promosinya, anda boleh ikuti :-

Facebook MarrybrownMalaysia | Instagram @Marrybrownmy | Youtube MarrybrownTV.

Marrybrown Discount

Alhamdulillah berkesempatan untuk turun pada hari Sabtu (17 Ogos 2019) & menjadi antara 100 pelangan terawal pada hari tersebut.

Alang-alang, beli sekali kids meal untuk anak-anak. Siap dapat bekas air PERCUMA dengan setiap pembelian kids meal.