February 14, 2025

Seronok Main Basikal Dekat Depan Rumah Opah

Basikal Petang Rumah Opah
Cuti Raya Aidil Adha kali ini, berkesempatan pulang ke kampung halaman dengan anak, tanpa puan Isteri di sini (Dia kena kerja sepanjang raya nie).

Seronok bukan kepalang si anak ini bila sepupu mereka juga turut balik (walaupun lewat).

Waktu petang, ini pertama kali Opah mereka benarkan mereka bermain basikal dekat jalan raya depan rumah Opah. Kalau tidak, hanya main dalam kawasan rumah sahaja.

Dan sepanjang mereka bermain basikal, sempat lagi Bro merakam aksi mereka untuk dimasukan ke dalam Youtube Channel Fisha & Fyna (jemput subscribe)

Ada 8 kejadian yang dapat Bro rakamkan.

Kalau ikutkan lebih, cuma waktu itu kamera belum standby lagi hahahaha (Tak terfikir nak ambil video waktu itu)

Memang seronok bila sekali sekala dapat pulang ke kampung halaman dan menikmati petang yang mendamaikan. Ada bunyi burung-burung berkicauan.

Rasa hilang segala permasalahan seketika.

Nota Kaki : Harap tahun ini dapat hidupkan Youtube Channel Fisha & Fyna dengan memuat naik 1 video setiap minggu. Sekurang-kurangnya nampak perkembangan mereka sewaktu membesar.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Seronok Main Basikal Dekat Depan Rumah Opah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *